Dengan Berbisik Anak Mudah Mendengar Kata?

/
0 Comments
September 08, 2015

Petua anak dengar kata,  Cara nasihat anak agar dengar kata


Assalamualaikum

Anak... Anak.. Anak.. Kadang letih melayan kerenah dia. Kerenah anak-anak yang hendak membesar memang sangat mencabar. Tak dapat bayangkan bagaimana orang-orang zaman dahulu mampu beranak ramai. Kadang tu susah hendak membuatkan anak-anak mendengar kata kita. Bila kita marha, menjerit dan sebagainya bukanlah satu jalan penyelesaian untuk membuatkan anak-anak kita mendengar kata kita.

Cara-nasihat-anak-agar-dengar-kata

Alangkah indahnya jika anak-anak dapat mendengar kata tanpa perlu kita menjerit-jerit memarahinya. Mungkin dengan komunikasi yang baik dapat kita gunakan dalam mengatasi masalah ini. Daripada cuba memaksa anak-anak untuk mendengar kata dengan paksaan dan sebagainya mungkin kita boleh cuba beberapa cara di bawah untuk mengatasi masalah ini:

Jalinkan hubungan

Hubungan di sini membawa maksud membina keserasian ataupun ikatan yang mesra antara anak dan juga ibu bapa. Apabila hubungan antara ibu bapa dan anak-anak kuat, maka akan mudahlah anak-anak anda untuk bertindakbalas dengan segala arahan ataupun kata-kata anda sebagai ibu bapa. Antara cara-cara yang boleh digunapakai untuk menguatkan lagi hubungan antara anak dan ibu bapa ialah dengan bermain bersama, membaca bersama, melakukan aktiviti bersama dan ketawa bersama. Insyallah ikatan yang lebih arab antara anak dan ibu bapa menjadikan mereka lebih mendengar kata-kata dari anda.

Berbisik atau rendahkan suara

Bagi anak-anak berbisik merupakan sesuatu yang amat menyeronokkan. Mereka rasa gembira sekiranya seseorang berbisik di telinganya. Cuba anda lakukan, pasti anak-anak akan tersenyum riang. Berbisik di sini membawa maksud, perlahankan suara anda jika bercakap dengan anak-anak. Gunakan nada manja atau kasih sayang bukan nada geram atau marah. Insyallah anak-anak anda akan lebih mudah mendengar kata.

Gunakan bahasa badan atau pandangan mata

Daripada anda menjerit-jerit dari jauh untuk meminta anak anda membuat sesuatu, apa kata anda mendekati anak anda. Pandang pada matanya dengan senyuman dan berkata dengan kasih sayang perimintaan anda. Insyallah anak-anak akan mudah mengikuti apa yang anda inginkan. Orang kata, sopan dalam mengganggu aktiviti anak. 

Ulangi permintaan anda

Apabila anda telah bercakap pada anak anda akan permintaan anda, cuba suruh mereka ulang kembali. Ini bagi memastikan maklumat yang anda ingin sampaikan telah mereka terima. Insyallah jika anak anda mampu mengulangi apa yang anda ingin kan, mereka akan mudah faham dan permintaan anda akan diikuti oleh anak anda.

 Hormati dan hargai anak anda

Andainya anak anda telah melakukan apa yang anda ingin kan, apa kata hargai mereka. Mungkin cukup dengan ucapan terima kasih dan sebuah kucupan mesra ditambah dengan pelukan hangat dari ibu atau ayah. Pastinya mereka gembira dan hubungan anda dengan mereka pasti bertambah erat. Insyallah

Sebenarnya anak-anak kita boleh mendengar kata dengan mudah. Tetapi ia bermula dari kita sebagai ibu bapa. Bagaiman tindakan yang kita ambil dalam memberi arahan-arahan pada anak-anak dan corak atau tabiat percakapan kita dengan mereka. Itu semua memberi kesan. Jadi, ubah cara percakapan anda dengan anak-anak. Isyallah mereka akan mudah mendengar kata. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

Tiada ulasan: