Menangi Hadiah Lebih RM 1000 Hanya Dengan Berselfie atau Berwefie

/
4 Comments
September 04, 2015

Hari Malaysia 2015, Contest, Giveaway

Assalamualaikum

Biasa la geng-geng EFG pepagi buta dah berselfie. Macam-macam gaya dan cara mereka ni berselfie. Masing-masing macam happy go lucky je berselfie kan. Kepada sesiapa yang rajin berselfie tu korang ada peluang untuk menang hadiah lumayan. Menarik kan? Hanya berselfie atau berwefie mengikut cara tersendiri, anda boleh menang duit lumayan. Waowwww...!!!!
Menangi-Hadiah-Lebih-RM-1000-Hanya-Dengan-Berselfie-atau-Berwefie
Ni bukan selfie untuk contest ni tau

PapaG dapat info contest ni dari Mommy Irra (www.irrayyan.com). Kalau nak tau Mommy ni pun ratu selfie tau. Hehehe. Mommy dah join. PapaG pulak nak join lepas ni. Tunggu selfie terbaek dari PapaG. Untung-untung dapat menang hadiah lumayan dengan selfie atau wefie dari PapaG dan family nanti. Insyallah.

Pertandingan Selfie atau Wefie dan menang hadiah lumayan lebih RM 1000 ni dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Sabah bersama Lembaga Kebudayaan Sabah bersempena dengan sambutan Hari Malaysia 2015 yang bakal menjelang tak lama lagi. Menggunakan platform Instagram sebagai medium pertandingan, para peserta di kehendaki memuat naik gambar selfie atau wefie mereka di Instagram bersama caption dan juga hastag #HariMalaysia2015. Mudah kan? Rugi kalau tak join contest mudah ni.

Hadiah yang bakal di menangi antaranya ialah Tempat pertama RM 1000.00, Naib Johan RM 750.00, Tempat ke-3 RM 500.00 dan 5 hadiah saguhati bernilai RM 300.00. Masyallah banyaknye hadiah yang kita boleh dapat hanya dengan berselfie atau wefie. Tapi PapaG tak pasti macam mana dia pilih pemenang. Confius jugak. Hehehehe.
Menangi-Hadiah-Lebih-RM-1000-Hanya-Dengan-Berselfie-atau-Berwefie
Sumber dari Kosmo Online

Ok la. Enjoy berselfie dan berwefie. Wallahualam.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

4 ulasan: