1.9.15

Mengejar Nikmat Sesaat demi Menghampiri Azab Sepanjang Zaman

Pasangan curang


Assalamualaikum

Salam kedamian buat semua pembaca Papaglamz.com yang tak pernah jemu menjengah halaman tidak seberapa ini. Ingat lagi entri PapaG yang bertajuk Ketahui 5 Tanda-tanda Suami Anda Sedang Curang di Belakang Anda? Ternyata ramai yang memberi respons tentang entri ini. Sebenarnya apa yang di kongsikan ini hanyalah dari pembacaan PapaG sendiri. Di harapkan perkongsian dalam entri itu memberi manfaat buat semua. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Bukan dijadikan satu titik tolak untuk menjatuhkan hukum pada seseorang tanpa usul periksa. 
Pasangan_curang
Tatkala PapaG membaca isu tentang kecurangan di dalam rumah tangga. PapaG amat tertarik dengan satu hujah dan pandangan yang di beri oleh Ustazah Fatimah Syarha. Siapa tak kenal kan? Penulis novel Aku Ada Wali dan telah pun di dramakan di TV Al-hijrah. Beliau membicarakan isu kecurangan yang dapat dielak sejak dari awal perkahwinan itu sendiri. 

Masih ingat lagi entri Terokai 4 Ciri-ciri Pasangan Pilihan Yang Harus Anda Cari yang PapaG coretkan sebelum ini? Ya, seawal langkahan pertama telah di ajar pada kita dalam memilih pasangan hidup. Adakah pemilihan pasangan yang kita inginkan itu nanti bakal menjadi seseorang yang akan memberi kita nikmat bahagia yang hakiki  ataupun pasangan yang hanya mampu memberi nikmat bahagia seketika lantas menghampiri azab sepanjang zaman. 

Ironinya, pembentukan keluarga yang harmoni dan bahagia itu bermula dengan pembentukan sahsiah dan akhlak suami isteri. Pernah tak dengar satu ayat ni? 
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita yang jahat."
Jelas kan? Untuk mencari seseorang yang baik sebagai pasangan hidup kita, sebaiknya ubah diri kita sendiri menjadi baik. Misalnya, inginkan isteri yang berakhlak baik, jadilah seorang lelaki berakhlak mulia malah lebih lagi. Penuhi ilmu-ilmu islam yang kukuh dalam diri agar dapat membimbing keluarga dengan baik. Insyallah.

Begitu lah juga jika kita tidak mahu mendapat pasangan yang curang, jangan curangkan hubungan kita dengan Allah melalui perbuatan menghampiri zina. Tiada nikmatnya maksiat. Hanya memberi azab setiap hari bahkan juga di kemudian hari.

Analoginya, jika kita tidak mahu terkena penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi ketika di usia tua, kita perlu menjaga pemakanan dan berdoa ketika di usia muda. Inilah kebijaksanaan mencegah sebelum merawat. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-

3 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com