Resepi Nasi Goreng Ikan Sardin Hadiah Dari Hati

Assalamualaikum

Bertemu kembali dalam entri masakan dari PapaG. Baru-baru ni PapaG ada masak nasi goreng ikan sardin. Kebetulan pada malamnya Ibu Dhia ada masak sardin lebih. Pagi tu PapaG macam rajin la pulak nak masuk dapur kan. Hehehe. Kami berdua memang macam ni. Kadang-kadang PapaG masuk dapur, Kadang-kadang Ibu Dhia la yang masuk. Tapi kebanyakannya Ibu Dhia la. Sebab dia masak sedap. Tak macam kite ni. Hehehe. #Bodek

Pagi-pagi selain beri senyuman PapaG nak beri hadian ikhlas dari hati. Nak masakkan isteri tercinta. Orang kata amek hati gitu. Hehehe. Sebab tu la nama dia Nasi Goreng Ikan Sardin Hadiah Dari Hati. Ala-ala lagu Dato' Siti Nurhaliza kan.
Resepi-Nasi-Goreng-Ikan-Sardin-Mudah-Sedap

Ok la jom layan resepi ringkas ni.

Bahan-bahan membuat Nasi Goreng Ikan Sardin

3 cawan nasi putih
Ikan sardin - hancur kasar kasar
2 biji telur
1 biji bawang
1 biji bawang putih
3 biji cili merah
Garam
Kacang panjang (jika ada)
Lobak merah (Jika ada)

Cara-cara membuat Nasi Goreng Ikan Sardin


  • Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili merah.
  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Tumis sehingga naik bau bahan yang telah di tumbuk tadi. 
  • Masukkan sardin yang telah di kisar.
  • Pecahkan telur di dalam kuali.
  • Masukkan nasi putih.
  • Gaul kesemua campuran tadi seingga sebati. Pastikan api yang sederhana untuk mengelakkan nasi tadi hangus.
  • Suaikan rasa dengan masukkan garam. 
  • Siap..!! Boleh la hidangkan panas-panas. Gerenti sedap.
Selamat mencuba..!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

21 comments

comments
2 September 2015 6:32 PTG delete

Jangan lupa letak telur mata...kuningnya cair tau...baru sedap makan...up plak sekali ngan budu...hehehehehe

Reply
avatar
2 September 2015 6:46 PTG delete

memang sedap.. lelbih dr tgn papaG.. Hahahha...

Reply
avatar
2 September 2015 7:00 PTG delete

tu diaaa 2 batang serai sekali tuu dia punya garnishing... ^_^

Reply
avatar
2 September 2015 8:04 PTG delete

Ganaih kan?? Tangan lelaki uolssss.. hahaha

Reply
avatar
2 September 2015 8:28 PTG delete

lawanyaa chopstick... warna hijou

Reply
avatar
2 September 2015 8:47 PTG delete

kalau tak tahu masak apa, sebagai student memang inilah antara makanan yang wajib ada setiap semester. haha

Reply
avatar
2 September 2015 9:59 PTG delete

Wah bestnyerr ..Nanti bak sini sikit Pejal oiii nak rasa jugak hahhaa

Reply
avatar
2 September 2015 10:17 PTG delete

Kak lya meh la dtg kuantan nnt sy buat kn. bkn jauh pun.. heheh

Reply
avatar
3 September 2015 9:45 PG delete

macam sedappp jeeee..
menu yang senang ni untuk org x reti masak. haha :D

Reply
avatar
4 September 2015 12:33 PTG delete

Saya suka makan ikan sardin..masak apa sekali pun mmg suka..kalau buat ns goreng cam ni lagi suka...
tq sudi sggh ke blog saya

Reply
avatar
8 September 2015 1:45 PG delete

Air tangan suami biasanya mahal, dan sesekali mengerjakan dapur dengan masakan......pastinya menjadi tanda mata yang terhebat buat isteri tercinta. Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya Papaglamz

Reply
avatar

Google+ Followers