Resepi Roti Telur Mudah dan Ringkas

/
7 Comments
Assalamualaikum

Kebetulan hari ni PapaG kerja separuh hari sebab mata tidak berapa sihat. Tiba-tiba petang ni datang pula rasa rajin. Nampak ada roti yang dibeli semalam. Teringin pulak makan roti telur. Godek-godek barang kat dapur ok jumpa bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat Roti Telur yang mudah dan ringkas.

Bahan-bahan

  • 6 keping roti
  • 2 biji telur ayam
  • 1 biji bawang merah
  • 3 biji cili merah
  • Daun sup
  • Sedikit garam
  • Minyak masak

Cara-cara membuatnya


  1. Potong kecil-kecil bawang, cili merah dan dauh sup.
  2. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan garam secukupnya dan gaul.
  3. Panaskan kuali. Masukkan sedikit bawang, daun sup dan cili merah yang telah di potong tadi ke dalam kuali yang berisi minyak panas. Tumis sebentar. Tuangkan sedikit telur ke dalam kuali. Letakkan roti di atas permukaan telur dan bahan yang ditumis. Biarkan telur tadi garing.
  4. Sedia untuk dihidang.
Mudah kan? Biasa orang makan roti telur ni masa sarapan. Tapi hari ni PapaG makan petang-petang sebab teringin. Kalau korang nak makan dengan sos pun boleh. Lebih sedap.

Ini lah sahaja resepi yang ringkas dan tak seberapa dari PapaG. Harap berguna untuk korang yang sudi membaca. Kalau masak lebih tu ingat jiran-jiran tetangga. Lazimkan amalan memberi juadah sesama kita agar ukhwah yang terbina lebih erat dah kukuh. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

7 ulasan:

  1. wah..kreatif papa G.... boleh lah esok plan untuk bekal irine..heheh

    BalasPadam
  2. salam singgah sini...wahhh...sedapnya roti telur tu...nnti ada stok roti nak try buat roti telur ni...tq sudi kongsi resepi ini...

    BalasPadam
  3. rajin papa kan.nampak pun sedap..kalau kak ana makan dengan mayo :)

    BalasPadam
  4. Amboi....tu diaaa sesekali orang lelaki masuk dapur...

    BalasPadam