eGTukar | Permohonan Pertukaran Guru Kini di Buka

/
4 Comments

Cara permohonan rayuan pertukaran guru Sesi Jan 2016 melalui eGTukar secara online


Assalamualaikum

Alahamdulillah telah melangkah kita ke bulan September. Macam biasa la kalau bulan september ni adalah bulan-bulan yang dinantikan oleh kebanyakan guru yang ingin memohon pindah. Terutamanya mereka yang duduk berjauhan dengan suami atau isteri dan keluarga. Sebenarnya dalam setahun permohonan pertukaran guru melalui sistem eGTukar secara talian ini dibuka sebanyak 2 kali iaitu pada bulan April dan September. Pada bulan ini lah sistem eGTukar akan sibuk. 
Cara-permohonan-rayuan-pertukaran-guru-Sesi-Jan-2016-melalui-eGTukar-secara-online
Sebenarnya isteri PapaG masuk kali ni merupakan kali ke dua membuat permohonan pertukaran guru melalui eGTukar. Sebelum ni permohonan pada bulan april tetapi tidak berjaya. Dan kali ini permohonan yang sama secara online melalu sistem eGTukar pada bulan September pula. Untuk pengatahuan semua, permohonan pertukaran guru ini bermula pada 1 september yang lepas dan akan berakhir pada 30 september nanti. Bagi cikgu-cikgu yang berhasrat hendak memohon pindah tu cepat-cepat tau. Buat permohonan dan isi borang awal-awal. Ditakuti lambat-lambat nanti sistem eGTukar akan sesak kerana terlalu ramai yang membuat permohonan pertukaran ini.

Ok bagi mereka yang nak tahu cara untuk membuat permohonan pertukaran guru melalui eGTukar secara online boleh lah (klik link di sini). Lupa PapaG nak cakap. Bagi yang ingin melihat kekosongan sekolah di setiap negeri, anda dapat melihatnya melalui sistem eGTukar ini secara sistem trafik light. Jika ada kekosongan di dalam negeri itu, sistem eGtukar ini akan menunjukkan warna hijau. Jika tidak ia akan berwarna merah. Tapi wife PapaG isi je hijau ke merah ke. Yang penting isi. Hahaha

Sebab kenapa wife PapaG nak mohon pindah?

Pertamanya mestilah sebab nak duduk dekat dengan PapaG suaminya yang terchenta. Orang kata tempat isteri itu kan di sisi suami. Cukup la kami berjauhan selama 2 tahun. Kalau boleh esok jugak nak pindah. Tapi, itu semua ikut pada rezeki la. Usaha kami isi borang permohonan pertukaran guru melalui eGTukar ini la. Usaha lain? Ermmmmm nak jumpa kenalan-kenalan A.K.A kabel kat kementerian macam takde jer. Redha je la. Kena positif. Mungkin berjauhannya kami ade hikmahnya. Mungkin tak nampak pada mata kasar. Yang tersembunyi ade kot. Semua ni kan aturan Allah. Dia sebaik-baik perancang kan. 
Cara-permohonan-rayuan-pertukaran-guru-Sesi-Jan-2016-melalui-eGTukar-secara-online
Sorang isi eGTukar, sorang buat entri pasal eGTukar Sessuaaiiiii sangat. Hahaha
Ok la. Doakan wife PapaG dapat pindah yer. Mudah sikit. Tak jadi jejakakesepian.com selalu. Hahaha. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

4 ulasan: