Lelaki pun nak cantik juga...

/
5 Comments
September 02, 2015

Produk kecantikan untuk lelaki
Pencuci muka terbaik untuk lelaki
Langkah penjagaan kulit untuk lelaki


Assalamualaikum

Mungkin seringkali kita kaitkan kecantikan wajah dan kulit itu hanya berkait rapat dengan wanita. Jangan tidak percaya kini, menjaga penampilan dan menjaga kecantikan kulit juga telah menjadi salah satu rutin wajib bagi sesetengah lelaki. Mungkin tidaklah sehebat wanita yang perlu make up segala bagai tu. Tetapi cukup dengan mencuci muka, merapi misai, janggut dan sebagainya. Bila cakap tentang penjagaan kulit muka, dapat kita lihat lambakan produk yang ada di pasaran kan? Jom PapaG Kongsikan pencuci-pencuci muka yang famous di pasaran yang PapaG pernah guna.

Pencuci Muka Untuk Lelaki

Garnier Men Acno Fight Wasabi Foam

Pencuci Garnier ni adalah yang terbaru PapaG guna. Di katakan pencuci muka ni dapat membuang minyak, kekusaman dan bakteria. Ia juga mampu menghalang pembentukan jerawat serta membuat kulit wajah lebih cerah berseri. Selepas je cuci muka menggunakan pecuci muka ni, muka akan berasa ringan. Ia baik jika digunakan selepas balik kerja masa mandi. Ye la, PapaG kan rider. Mesti banyak kotoran yang melekat di muka masa naik moto tu kan? Jadi, pencuci antara yang menjadi idaman di hati. Korang mesti cuba.
pencuci_muka

SAFI BALQIS White Trilogy

PapaG pernah guna pencuci muka dari safi. Walaupun produk ni iklan-iklan die untuk perempuan tapi PapaG beli ja. Kenapa? Ingin mencuba. Lagipun tertarik dengan fungsinya yang di iklankan, PEMBERSIH MUKA KAWALAN MINYAK DAN JERAWAT. Jerawat tu penting. Muka kita ni jerawat macam rajin pula bertamu mesra. Ada sahaja. Jadi, SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Limau Gedang bertindak menerusi 3 lapisan kulit untuk 10 aksi pada kulit wajah menjadi pilihan. Insyalah jika di amalkan berkesan. Tapi PapaG dah guna produk lain sekarang ni. Hehehe.

L'Oreal Men Expert Pure & Matte

Pencuci muka dari loreal jugak antara yang pernah PapaG cuba. Rasanya L'oreal antara yang mula-mula mengelurkan produk penjagaan kecantikan untuk lelaki. Ingat lagi model dalam iklan tu Aaron Aziz kan. Huhu. Memang menggeletis la nak beli. Tapi PapaG sekejap je guna. Beli satu botol jer. Mahalnya ya ampunnnn.I is tak mampu. Bayangkan 150 mL berharga RM 53.00. Kesan memang ok la. Tapi tu la mahal sangat la bagi PapaG. So cari produk lain lepas tu. Bagi yang mampu boleh la amalkan.

Sabun Herba Natasha

Sabun herba natasha ni PapaG pun pernah pakai. Tapi pakai sekejap sahaja. 2 minggu rasanya. Sabun ni menggunakan formulasi kulit kayu manis dalam pembuatanya. Sebab tu dipanggil herba. Kalau pakai di kulit, muka PapaG rasa perit yang amat. Sebab dalam sabun ni ade kayu manis. Sakit masa kita cuci tu je la. Tapi tak tahan PapaG pun cari la produk lain. Lain orang mungkin lain kesan die. Korang boleh cuba.

Sebenarnya banyak lagi produk-produk pencuci muka yang baik untuk lelaki. Yang PapaG senaraikan ni adalah produk yang pernah digunakan. Mesti kita sering tertanya-tanya bagaimana caranya hendak memilih pencuci muka yang elok kan? Mari PapaG kongsikan.

Tip memilih pencuci muka yang baik untuk lelaki

Budget

Ni penting untuk memastikan kita konsistent. Kalau diluar kemampuan nanti akhirnya akan jadi hangat-hangat tahi ayam je lah.

Pilih pencuci mengikut kesesuaian jenis kulit anda

Anda harus tahu jenis kulit anda bagaimana. Samada berminyak, kering, sensitif dan sebagainya. Kalau tak tahu, boleh tanya perunding produk kecantikan yang biasanya ade di farmasi-farmasi atau watson tempat produk pencuci muka di jual.

Tahu masalah kulit anda

Maksud PapaG di sini, kalau masalah kulit tu berjerawat janganlah membeli pencuci muka yang kesanya untuk pemutihan. Kan jauh berbeza tu. Lagi best kalau boleh beli produk yang mempunyai dwi-tindakan. Menghilangkan jerawat dan memutihkan. Mudah kan.

Ok la, sampai di sini perkongsian PapaG. Semoga bermanfaat. Ingat kecantikan paling utama yang harus kita pelihara ialah kecantikan akhlak dalam diri kita. Insyallah jika akhlak kita baik, penampilan dan aura-aura kecantikan bakal kita miliki. Orang pun akan suka. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

5 ulasan:

  1. perghhh..boleh jd perunding kecantikan utk lelaki ni....hahaha

    BalasPadam
  2. Bakpe mata papaG merah tuu. *Keluar topik. hahaha

    BalasPadam
  3. saya jarang guna pencuci muka,setahun maybe 2 kali je beli

    BalasPadam