Aku Budak Kampung Seri Merlong

/
6 Comments

Kenangan di kampung


Assalamualaikum

Kampung ku indah. Kampung ku permai. Suasana kampung pastinya mengasyikkan. Suasana yang jauh dari hiruk-pikuk kesibukan di kota, amat menenangkan. PapaG masih lagi terkenang ketika zaman kanak-kanak. Suatu masa yang memang tidak akan dapat diulang kembali. Ingat lagi, teman-teman sepermainan sama-sama bermain. Macam-macam permianan kami cuba. Main pondok-pondok, kawen-kawen, masak-masak, kejar-kejar, dan macam-macam lagi la. Bila dah meningkat dewasa pulak, mak ayah belikan basikal, seharian la pusing kampung dengan basikal masing-masing. Makan pun tak ingat dah masa tu. Kelakor je la.

Dalam banyak-banyak aktiviti yang PapaG lakukan masa kecik-kecik dulu, satu yang PapaG sangat suka. Berkubang dalam sungai atau parit. Ya Allah, ni la rasanya permainan paling best di alam semesta. Di kampung PapaG ada satu parit yang dulunya memang jadi tempat untuk berkubang. Memang popular. Bebudak dari kampung sebelah pun datang ke kampung PapaG nak berkubang sama. Khabarnya sejak PapaG belum lahir lagi tempat tu dah popular. Tapi kini dah tak lagi. Parit mula ditumbuhi semak-samun. Jadi masing-masing dah takut nak terjun.

Baru-baru ni PapaG lepak-lepak dekat parit ni sambil snap gambar sekeping dua dengan kawan-kawan lama. Memang menggamit kenangan la. Ingat nak terjun tapi, melihat keadaan parit yang agak menyeramkan, tak jadi la. Dah tua-tua ni rasa geli pulak nak terjun. BTW, sebab masa kecik dulu rajin berkubang la sekarang ni PapaG pandai berenang tau. Dedulu tak pandai berenang tau. Sekarang ni kalau di campak ke kolam-kolam mana pun insyallah boleh lah berengan-renang ketepian.  

Gambar kenangan di kampung

Kenangan-di-kampung-seri-merlong

Kenangan-di-kampung-seri-merlong

Kenangan-di-kampung-seri-merlong

Kenangan-di-kampung-seri-merlong


Korang mesti ade kenangan-kenangan yang best kan masa kekecik dulu kat kampung? Apa pulak perkara yang korang paling suka masa kat kampung dulu? Moh la share dengan PapaG.

SAYA BUDAK KAMPUNG. KAMPUNG SAYA NAMA DIA KAMPUNG SERI MERLONG. SAYA SUKA KAMPUNG SAYA…..!!!!!

With love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

6 ulasan:

  1. laaa...orang rengit rupenye..saya orang benut :)
    hehe...

    BalasPadam
  2. Abg ipar saya duduk kat seri merlong....best kampung nie. Serba serbi lengkap....landskap, pokok nenas, parit, pokok sawit...paling best sebab dekat nak shopping barang seken Singapore. ..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owhh yeke? Anak wak sapa la tu? Mungkin kenal ☺️

      Padam