27.10.15

Atasi Kulit Muka Berminyak dengan Remedy PLUSH

Cara mengatasi masalah kulit muka berminyak untuk lelaki. Produk skin care terbaik untuk kulit muka berminyak.


Assalamualaikum

Sebenarnya ini adalah kali pertama PapaG mencuba produk rawatan kulit ataupun skin care product yang berbentuk serum. Orang kata serum ni tindak balasnya lebih cepat dan berkesan. Jadi, PapaG mencuba la. Rata-rata kita tahu masalah kulit muka yang utama ialah jerawat. Jerawat itu berpunca dari banyak faktor. Antaranya kulit muka yang berminyak. Kalau korang nak tahu, kulit muka PapaG adalah jenis yang berminyak. Jadi, diantara 5 serum keluaran Remedy.my yang ada iaitu Luminous Serum, Golden Serum, Plush Serum, Serene Serum dan Radiance Serum, Plush Serum menjadi pilihan PapaG. 

Kelebihan Serum PLUSH keluaran Remedy.my

Mesti korang nak tahu kenapa PapaG memilih Plush Serum kan. Masa mula-mula membaca kebaikan serum ni, dah di tulis siap-siap dekat kotak dia SESUAI UNTUK KULIT BERMINYAK. Inilah antara sebabnya. Serum plush ni mampu mengawal masalah kulit muka yang berminyak selain mengecilkan saiz liang-liang roma dan pastinya mampu mencegah jerawat-jerawat nakal dari tumbuh dengan jayanya di muka kita. Insyallah. Yang menarik lagi tentang Serum Plush ni ialah dia sangat kaya dengan vitamin E. Rata-rata tahu, kebaikan vitamin E dalam penjagaan kulit kita kan? Jadi, serum ini adalah sesuai bagi mereka yang begitu menitikberatkan kesihatan dan kecantikan kulit anda. Kulit muka yang sihat mampu menghasilkan wajah yang cantik dan berseri.

Cara-mengatasi-masalah-kulit-muka-berminyak

Testimoni pengguna Serum Plush dari Remedy.my

Setelah beberapa minggu PapaG menggunakan Serum Plush dari Remedy.my ni, alhamdulillah perubahan yang memuaskan hati PapaG. Biasanya PapaG akan menyapukan serum ini pada kulit muka sebelum pergi kerja. Ternyata di kala waktu tengahari, kulit PapaG tidak lagi berminyak. Ia sangat berbeza la dengan sebelum ni. Biasanya masuk tengahari je, mula la rasa tidak selesa pada kulit muka. Bau pun kurang menyenangkan. Kerap masuk ke bilik air membasuh muka la. Walaupun PapaG bekerja di dalam bilik aircond, kulit muka tetap berminyak. Alhamdulillah Serum Plush membantu PapaG mengatasi masalah kulit muka berminyak. Tapi kena rajin tau. Kalau tak rajin pakai memang tak mana la. Hehehe

Cara-mengatasi-masalah-kulit-muka-berminyak

Cara-mengatasi-masalah-kulit-muka-berminyak

Cara-mengatasi-masalah-kulit-muka-berminyak

Jadi macam mana? Ok kan serum Plush ni? Mampu menyelesaikan masalah kulit berminyak. Jangan lupa untuk mencuba tau. Dengan harga buat masa ni hanya RM 79.00, serum ini mampu anda guna dalam masa 2 bulan lebih kurang la. Jimat...!!! Di tambah pula kesan yang yang terbaik...!!! Bagi anda yang tak nak ketinggalan promosi-promosi dari Remedy.my ataupun nak tahu lebih lanjut tentang produk-produk kecantikan yang di keluarkan, boleh hubungi Remedy Malaysia di laman sosial seperti di bawah ni.

ALAMAT:
Remedy Malaysia,
No 315C, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati,
Kuala Lumpur

INSTAGRAM:

WEBSITE:

FACEBOOK:

Ok la sampai di sini sahaja coretan dari PapaG. Mana yang baik dari apa yang PapaG kongsikan jadikan lah sebagai panduan. Mana yang buruk jadikan sempadan. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

6 ulasan:

  1. Incik suami pun jenis muka berminyak... puas dok pakai pencuci muka itu ini... gitu jugak kekdahnya... ada rezeki nak try laa... insyaAllah... thx for review Papa-G !

    BalasPadam
  2. Terbaik laa! Lelaki pun kena jaga kesihatan kulit muka juga kan. Hee nice review :)

    BalasPadam
  3. nk bagi suami satu..kulit dia cepat naik jerawat

    BalasPadam
  4. tak sabar nak beli yang baru lepas stok yang ada ni habis, heh heh

    BalasPadam
  5. Memang ketara kan kesan dia? Serius best! :)

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com