El-Dorado Timur di Sungai Lembing

/
4 Comments
Oktober 22, 2015

Perlombongan bijih timah popular di Sungai Lembing Malaysia, 


Assalamualaikum

Siapa yang masih ingat lagi mata pelajaran sejarah masa sekolah menengah? Ada satu bab tu menceritakan tentang kegiatan ekonomi masyarakat di Tanah Melayu sebelum merdeka. Dalam sejarah perkembangan ekonomi di negara kita, pada suatu masa dahulu aktiviti perlombongan bijih timah adalah antara yang paling popular. Salah satu lokasi perlombongan yang sangat terkenal pada suatu ketika dulu ialah di Sungai Lembing.

Perlombongan-di-sungai-lembing-El-dorado

Kegemilangan sektor perlombongan pada waktu itu menjadikan sungai lembing salah satu pusat perlombongan terbesar di dunia. Tercatat dalam satu sejarah bahawa pekan kecil ini pernah di panggil dengan nama El-Dorado Timur kerana di sini terdapat satu perkampungan Inggeris yang sangat terkenal pada waktu itu. Namun, aktiviti perlombongan yang aktif selama hampir 100 tahun mula menyepi akibat kejatuhan harga bijih timah dunia dan juga faktor-faktor lain yang mendatang.

Inisiatif kerajaan Pahang dengan membina Muzium Sungai Lembing pastinya mampu mengimbau kembali sejarah kegemilangan kegiatan perlombongan di kawasan ini bagi menjadi tatapan serta pengajaran generasi kini dan akan datang. Dengan terbinanya muzium ini juga sudah pasti aktiviti-aktiviti pengumpulan dan kajian artifak yang di jalankan mampu menjadi sumber rujukan bagi penyelidikan-penyelidikan masa kini disamping mampu memulihara dan menjaga hasil peniggalan bahan bersejarah secara teratur dan baik.

Lokasi Muzium Sungai Lembing

Baru-baru ini PapaG telah meluangkan sedikit masa bersama wife dan Imtiyaz melawat muzium ini. Lokasi muzium ini terletak di tengah-tengah Pekan Sungai Lembing. Perjalanan dari bandar Kuantan kira-kira memakan masa lebih kurang 30 minit. Bagi memudahkan pencarian anda, PapaG kongsikan koordinat untuk ke muzium ini (3.9138205,103.0300554).

Perlombongan-di-sungai-lembing-El-dorado

Perlombongan-di-sungai-lembing-El-dorado

Di katakan pekan ini sangat unik. Walaupun tidaklah semegah dahulu, tapi hasil peninggalan aktiviti perlombongan yang hampir mencecah 100 tahun lamanya menjadikan pekan ini begitu unik. Keunikan yang dapat kita lihat antaranya ialah lokasi serta reka bentuk binaan yang mempunyai gabungan antara seni bina melayu pahang dan inggeris serta landskap panorama yang indah dan menyegarkan. Almaklumlah, kawasan sekitar pekan ni adalah hutan, jadi segar je udara di sini. Dan tarikan utama di pekan ini ialah muzium dan juga terowong bawah tanah sedalam 30 meter yang boleh di masuki oleh pelawat-pelawat yang datang. Tapi berbayar la.

Itu lah dia sedikit sebanyak yang PapaG dapat kongsikan tentang pekan kecil ini. Insyallah dalam lembaran akan datang, PapaG akan kongsikan apakah yang menarik yang anda boleh lihat di dalam Muzium Sungai Lembing. Tunggu tau. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

4 ulasan:

  1. SA BLOM EXPLORE LAGI ...ENTAH BILA BOLEH EXPLORE NTAH

    BalasPadam
  2. cuti sekolah nanti nak bawa anak-anak gi jalan2 Kuantan lah...
    papaG tolong senaraikan apa tempat menarik kt Kuantan tu... hehehehee.. special entry pleaseeee... :p

    BalasPadam
  3. one day boleh bawak anak2 kesini..tq for sharing

    BalasPadam
  4. Blogwalking. Giveaway sedang dijalankan! Jemput join =) http://misssakuradiary.blogspot.my/2015/10/muharram-birthday-giveaway.html

    BalasPadam