Getuk Ubi Abang Sado

/
2 Comments
Oktober 19, 2015

Resepi getuk ubi


Assalamualaikum

Bagi yang mengikuti PapaG di instagram, korang ingat lagi tak tutorial ala-ala poyo cara-cara nak kupas ubi kayu? Video tu diambil sebaik sahaja PapaG cabut ubi kayu tu dari pokok dia tau. Sapa yang tak tengok lagi. Boleh la tengok video kat bawah ni.


Haaa rentetan dari proses mengupas tu. PapaG rebus la ubi-ubi tu tadi. Petang tu kami minum petang makan ubi cicah sambal tumis. Sedapnya ya Allah. Dah lama tak merasa makanan kampung yang macam ni. Sesekali merasa sedapnye tu alin macam la.


Esok paginya ubi rebus tu msih berbaki. Jadi, terasa nak bersenam pagi-pagi buata dengan membuat getuk ubi. Resepi getuk ubi ni mudah jer. Korang kena ada ubi yang sudah direbus, kelapa parut, garam dan gural merah. Gula ni tak kisah nak gula pasir pun boleh. Kesemua bahan tadi tu masukkan dalam periuk. Lepas tu tumbuk la sampai lumat. Dah lumat ratakan kesemua bahan tadi di atas dulang atau loyang. Siap la untuk di makan.

Getuk-Ubi-Abang-Sado

Getuk-Ubi-Abang-Sado

Mudah kan? Selamat mencuba tau. Tapi sekarang ni mudah ke nak cari ubi kayu? Entah la...

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

2 ulasan:

  1. Ubi kayu ni buat laaa apapun.... sedap je...

    BalasPadam
  2. Bagus tutorial cara kupas ubi kayu tu..haha..yer laa kot ramai yang tak tahu kan..cam ciknad ni, saya memang org kampong..wajib la tahu kan..:) Apapun ubi kayu rebus cicah sambal tumis paling win!

    BalasPadam