Nikmati Mee Hoon Sup Johor di Tengah Hutan

/
0 Comments
Oktober 20, 2015

Sup pure dari johor, Kelainan rasa sup johor, Air terjun sungai pandan


Assalamualaikum

Baru ni PapaG dan keluarga menghabiskan masa di Air Terjun Sungai Pandan macam yang PapaG kongsikan di dalam entri Lokasi Air Terjun Sungai Pandan di Kuantan sebelum ni. Di sekitar kawasan itu terdapat gerai-gerai kecil yang di buka bagi memudahkan kepada para pengunjung untuk menikmati makanan ringan sambil-sambil mandi-manda. Dalam banyak-banyak gerai tu, PapaG tertarik dengan satu kedai ni yang menjual sup pure dari Johor. Memandangkan PapaG ni pun berlidah johor cuba la sekali.

Kelainan-rasa-sup-johor

Ternyata pemilik gerai ni berasal dari johor. Bila dah jumpa orang kampung apa lagi pakat la sembang panjang lebar. Gerai yang simple bukan sahaja menjual sup pure dari johor ada juga makanan ringan lain seperti keropok goreng, kacang rebus dan air. Bila di tanya tentang waktu operasi gerai ni, pemilik berkata gerai ni mula beroperasi pada jam 9 pagi sampai la petang. Kira-kira nak gelap tu tutup la. Tak kan ada orang memalam buta datang ke air terjun ni kan? Kang lain pulak yang jumpa. Dan gerai ni di buka setiap hari. Insyallah. Sebab pemilik gerai ni cakap selama berniaga kat sini tak pernah tutup lagi la. Jadi, siapa yang nak rasa sup johor di sini, datang je la. Isyallah jika ada rezeki anda pasti dapat mencuba.

Apa kelainan sup dari johor?

Ok ini hanyalah pendapat dari PapaG. Kelainan yang utama bila makan mee hoon sup atau mee sup di Kuantan dan bezakan dengan sup dari Johor, ada sedikit kelainan pada rasa. Kebanyakan sup di Kuantan ni dia macam ala-ala kearah rasa tom yam sebab ada masam-masam sikit. Kalau sup johor langsung tak de rasa masam. Selain tu, kalau makan sup ni tak sah kalau tak de SAMBAL KICAP. Kat johor memang popular makan sup dengan sambal kicap. Kat Kuantan ni bukan tak ade, ada cuma tidak la sepopular di johor. Lagi pedas lagi mengancam kot. Hehehe.

Kelainan-rasa-sup-johor

Haa nampak tak dalam gambar kat atas tu? Sambal kicap wajib mesti ada di sebelah tu. Hehehe. Ok la sampai sini je perkongsian dari PapaG. Kalau nak datang sini jangan lupa try sup johor ni. Jangan lupa jugak hello-hello PapaG. Boleh mandi-manda sama-sama. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

Tiada ulasan: