Panduan Memilih Baju Kemeja Lelaki

/
1 Comments
Oktober 17, 2015

Panduan memilih baju kemeja lelaki, Bergaya dengan baju kemeja, Baju kemeja berjenama


Assalamualaikum

Baju kemeja dan lelaki sememangnya tidak dapat dipisahkan. PapaG pasti setiap lelaki majoritinya mempunyai paling kurang pun sehelai baju kemeja yang akan memenuhi almari pakaiannya. PapaG sendiri buat masa ini mempunyai lebih kurang 8 helai baju kemeja dalam almari. Kemeja ini termasuklah kemeja yang dibeli masa zaman-zaman di universiti dulu. Yang pasti banyak yang dah tak muat. Memandangkan pekerjaan sekarang tidak memerlukan untuk PapaG memakai baju kemeja, rasanya agak lama tidak membeli baju kemeja. Tadi saja mencuba baju-baju lama yang ada di dalam almari. Ternyata ada yang masih muat lagi. #MasihKurus

baju-kemeja-slim-fit

Kalau dulu, pemakaian baju kemeja kebanyakannya dipakai untuk menghadiri majlis-majlis formal atau sebagai pakian di tempat kerja. Namun, seiring dengan peredaran zaman dan revolusi fesyen masa kini, kemeja boleh digayakan sebagai pakaian harian dan juga mempunyai fesyen yang tersendri yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan fesyen pakaian-pakian yang lain.

Tips untuk memilih baju kemeja

Jenis kain

Pada PapaG tidak kira baju apa sekalipun, pemilihan kain yang tepat dan selesa adalah lebih utama. Yela, sekiranya baju yang kita pilih tidak selesa bagaimana kita hendak tampil konfident bila menggayakan sesuatu pakaian. Jadi, hal ini juga tidak terkecuali bagi mereka yang ingin memilih baju kemeja. Pastikan pilih baju yang menggunakan kain yang selesa di tubuh. Kebanyakan kini orang lebih suka menggunakan kain jenis kotton. Sebab ia lebih sejuk dan selesa serta menyerap peluh. Dan ada juga sesetangah baju kemeja yang menggunakan kain polyester dimana baju kemeja yang menggunakan jenis kain ini kan kelihatan sentiasa rapi pada si pemakainya.

Sesuai dengan saiz badan

Harus diingat, sekiranya ingin memakai baju kemeja, anda harus memakai kemeja yang tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat. Masa kini amat popular dengan kemeja potongan 'Slim Fit' dimana kemeja jenis ini akan membentuk badan si pemakai agar kelihatan lebih muda dan ranggi.

baju-kemeja-slim-fit

Pemilihan warna

Rasanya pemilihan warna yang sesuai amat penting. Yela, di takuti tersalah memilih warna akan menukar mod kita nanti. Sebagai saranan, pemilihan kemeja harus sesuai dengan warna kulit kita. Sebagai contoh, mereka yang berkulit gelap pilihlah warna-warna kemeja yang agak cerah kerana ia akan memancarkan kesan kecerahan pada kulit anda nanti. Manakala bagi mereka yang memakai kemeja semasa bekerja, pilihlah juga baju yang berwarna agak cerah agar mood kerja anda sentiasa ceria.

Sesuai dengan seluar

Bagi PapaG pemilihan baju haruslah sesuai dengan seluar yang dipakai. Kalau tidak sesuai takut ada kejanggalan nanti. Jadi, untuk keselamatan, pilihlah baju kemeja yang mempunyai warna-warna solid seperti putih, hitam, biru ataupun kelabu serta yang bermotif kotak-kotak kerana ia sesuai jika dipadankan dengan seluar jeans ataupun seluar slack.

Selamat memilih.....!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

1 ulasan: