Petua dan Larangan Ketika Berpantang

/
4 Comments
Oktober 04, 2015

Petua, Larangan, dan Makanan ketika berpantang selepas bersalin

Assalamualaikum

Sesiapa yang mengikuti PapaG dalam post-post di blog dan juga instagram, pastinya tahu yang wife PapaG sedang berpantang. Jadi, dalam entri ini PapaG ingin berkongsi tentang Petua, Larangan dan Makanan yang boleh diamalkan ketika berpantang selepas bersalin. Orang kata berpantang akibat keguguran agak berbeza dari bersalin. Tapi wife berpantang seperti orang selepas bersalin. Cuma tidaklah lama seperti orang yang bersalin. Yela, cuti bagi mereka yang keguguran ni hanya di beri selama 2 minggu. Itupun atas budi bicara doktor yang merawat anda.

ibu-berpantang-bersalin-normal-pembedahan-ceaser

Antara amalan ketika berpantang selepas bersalin

Mengurut

Bagi mengurut ketika berpantang ni menurut pandangan mak mertua dan mak PapaG sendiri ada perbezaan antara orang yang bersalin dan orang keguguran. Bagi mereka yang berpantang keguguran, tidaklah digalakkan untuk mengurut setelah selesai sahaja proses mencuci. Berbanding orang yang bersalin, mereka boleh berurut sehari ataupun dua hari selepas bersalin. Khabarnya orang yang berpantang akibat keguguran ini adalah lebih elok mengurut seminggu selepas proses mencuci di lakukan. Kanapa yer? Sebab luka dalam rahim orang yang keguguran lebih teruk. Jadi biarkan luka itu sembuh dahulu barulah diurut.

Pemakaian bengkung

Berbengkung ketika berpantang adalah amalan yang amat disarankan. Ini kerana ia mempunyai manfaat yang sangat baik. Orang-orang tua mengatakan berbengkung ini dapat mengelakkan angin sejuk masuk dalam liang-liang perut yang akan menyebabkan kekembungan dan sakit-sakit yang lain. Pengalaman wife PapaG sendiri, ikatan bengkung yang sempurna akan membuatkan perut dan rahim lebih kukuh kerana ia telah di sokong oleh bengkung tadi. Kalau kita lihat masa kini banyak bengkung moden di pasaran. Tidak kira apa jenis sekalipun, penggunaan bengkung yang sempurna adalah bengkung yang meliliti dari bawah dada hinggalah ke bawah punggung. Wife PapaG menggunakan bengkung tradisional yang panjang berjela tu. Ups sebelum terlupa. Berbengkung ni biasa orang yang bersalin normal jer. Yang bersalin secara pembedahan tidak di galakkan. 

Makanan

Bagi menu-menu ketika berpantang ni wife PapaG mudah sahaja. Antara makanan wajib setiap hari ialah sayur hijau iaitu ranti masak air dan ikan bilis goreng. Sayur ni kena pandai pilih. Jangan pilih sayur yang sejuk dan berangin kerana ia akan mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.

Selain itu, ikan goreng. Ikan pulak kena pandai pilih. Ada orang cakap ibu berpantang tak boeh makan ikan berbisa sebagai contoh bawal, ikan terubuk, ikan pari serta ikan sembilang. Hal ini kerana boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. Mengikut petua melayu, ikan haruan baik untuk orang lepas bersalin, ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran.

Hubungan intim suami isteri

Hubungan intim suami isteri semasa berpantang amatlah di larang. Yela, dalam islam sendiri di larang suami-suami menggauli isterinya ketika bernifas. Tunggu la nifas tu kering dulu. Secara amnya wanita yang berpantang selepas 40 hari barulah tubuhnya beransur sihat. Tetapi bukan sepenuhnya. Orang-orang ada menyarankan untuk berpantang selama 100 hari sebelum melakukan hubungan intim bermula selepas sahaja bersalin. Dan ada juga yang suruh berapantang selama 6 bulan. Over tak.? Hikhik. Bagi PapaG 100 hari itu sudah mencukupi insyallah. Hehehe

Sebenarnya berpantang ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan ibu yang bersalin kembali sihat untuk menjalani kehidupan yang seterusnya. Mengamalkan pemakanan dan petua-petua ketika berpantang adalah disarankan untuk memastikan kesihatan anda terjaga. Jadi, ibu-ibu di luar sana selamat berpantang dan semoga anda kekal sihat. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

4 ulasan:

  1. perlu sangat penjagaan sempurna semasa berpantang ni, untuk kesihatan di usia mendatang nanti..semoga ibu dhia dah sembuh sempenuhnya..amin.

    BalasPadam
  2. haii...singgah blogwalking sini..lama tak singgah..anyway..nice info!! ^_^

    BalasPadam
  3. walaupun tak kawen lg tapi banyak hal pasal brpantang ni dh baca.. lama juga nk berpantang ni

    BalasPadam
  4. kalau tak jaga pantang nanti badan juga yang merana

    BalasPadam