Rahsia Mencari Jodoh Ideal

/
4 Comments
Oktober 16, 2015

Tip mencari jodoh untuk lelaki dan wanita, Mencari jodoh yang baik saranan rasulullah

Assalamualaikum


Jodoh adalah ketentuan dari Allah. Ia telah ditetapkan namun ikhtiar mencari dan mendapatkan pasangan adalah tugas kita sebagai hamba. Sebabnya tidak akan berjaya sesuatu pekerjaan itu tanpa usaha dan doa. Mungkin kita tidak pernah tahu siapa jodoh kita. Mungkin pasangan yang kita cari-cari selama ini sudah ada di depan mata cuma belum masanya untuk Allah gerakkan hati kita untuk melamarnya. Mungkin juga jodoh kita nun jauh dari pandangan mata, tapi atas asbab usaha yang kita lakukan jodoh itu datang pada kita. Yang pasti dengan usaha dan doa sahaja serta mendekatkan diri pada yang Maha Esa yang boleh membuat hati kita tenang dan damai untuk mendapatkan jodoh yang kita inginkan.

tip-mencari-jodoh

Ternyata ramai yang menginginkan jodoh yang sempurna. Pasangan yang soleh dan solehah adalah rezeki paling baik kurniaan dari Allah pada kita. Yela, bukan sahaja dapat membina keluarga bahagia di dunia tetapi matlamat hidup bahagia di Akhirat insyallah akan tercapai dengan berkat rahmatnya. Lantas bagaimana caranya untuk mendapatkan pasangan yang ideal dalam hidup ni ye?

Memiliki niat yang betul

Ya, setiap perkara yang kita lakukan dalam dunia ini bermula dengan niat. Jika baik niatnya, maka baiklah apa yang akan dilakukan dan sebaliknya. Lantas, jika kita berniat untuk mencari jodoh kerana ingin mencari redha Allah semata-mata kerananya, Insyallah dia akan menyatukan hati kita dengan insan yang memiliki niat yang sama dengan kita. Jadi, pasang niat yang betul dalam mencari jodoh pilihan di hati. Insyallah jodoh yang di nanti bakal menjelma.

Tingkatkan amal dan berbuat baik

Rata-rata semua tahu bahawa JODOH YANG BAIK ITU TERCIPTA UNTUK ORANG YANG BAIK, DAN ORANG YANG TIDAK BAIK ITU JODOHNYA JUGA UNTUK ORANG YANG TIDAK BAIK. Nampak kan di sini sekiranya kita ingin kan jodoh yang baik, maka jadilah orang yang baik. Perbetulkan diri, tingkatkan amal, sentiasa membantu orang dan macam-macam amal kebajikan yang boleh kita lakukan bagi membawa diri kita kearah yang lebih baik. Hal ini selari dengan firman Allah dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud;
Dan perempuan baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik pula

Jangan demand terlalu tinggi

Kita akui setiap manusia itu banyak kekurangannya. Jadi janganlah kita terlalu memilih yang sempurna dalam mencari pasangan. Ditakuti sampai ke tua tidak bertemu nanti. Sebenarnya untuk mencari pasangan yang sempurna atau tidak, kita jadikan diri kita sendiri sebagai kayu pengukur. Sedar diri dimana kesempurnaan dan kekurangan yang kita ada. Kalau mahukan pasangan yang sempurna, baik dan sebagainya, seharusnya kita menjadi sempurna dan baik. Orang kata, hati orang yang baik ni akan bertemu dengan hati orang yang baik juga.

Berdoa

Inilah senjata ampuh yang kita ada sebagai umat Islam. Setelah kita berikhtiar semampunya, maka sempurnakanlah ikhtiar kita dengan berdoa padanya. Jangan pula kita sombong untuk meminta pada Allah. Tidak kira dalam keadaan apa sekalipun. Baik dimasa kita lapang ataupun dalam kesempitan. Teruskan meminta padanya. Dan jangan pernah putus asa. Jodoh adalah takdir dan ia sesuatu diluar bidang kuasa manusia. Ia rahsia Allah yang tidak seorang pun mengatahui siapa dan bila ia akan datang. Oleh itu teruslah berdoa dan berusaha mencari jodoh anda. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

4 ulasan: