Resepi Ikan Masak Asam Pedas

/
3 Comments

Ikan masak asam pedas yang mudah di sediakan


Assalamualaikum

Rasanya lama PapaG tak kongsikan resepi-resepi dari air tangan PapaG ataupun dari isteri. Jadi malam ni sebelum tidur nak kongsikan pada pembaca semua resepi mudah untuk menyediakan ikan masak asam pedas. Bahan-bahan yang digunakan mudah sahaja. apa sahaja yang ada di dapur. Yang penting kalau nak masak asam pedas ni kena ada cili dan asam. Kalau nak tambah buah nanas pun ok jugak. Tak kisah la. Yang penting ada bahan yang berunsur masam dan pedas, jadi la masak asam pedas. Pusing lagu mana pun insyallah jadi punya lah. 

Resepi-Ikan-Masak-Asam-Pedas

Sebelum PapaG berkongsi resepi ikan asam pedas air tangan isteri yang tercinta, cuma nak bagi tahu ikan masak asam pedas ni antara favorite menu PapaG. Kalau masak asam pedas mesti PapaG request kuah lebih sikit. Sebab nak hirup. Biar la pedas pun. Memang suka sangat. Bila wife pandai masak ikan asam pedas ni macam bertabah-tambah sayang gitu. Ala-ala asam pedas untuk suami kan. Khas dari hati. Hikhik

Resepi ikan asam pedas mudah simple dan sempoi

Bahan-bahan

1kg Ikan (PapaG suka ikan kembong yang besar-besar. Ikan lain pun boleh)
3 gegenggam Cili kering (Kalau nak pedas boleh tambah)
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
Sedikit halia
Sedikit kunyit hidup 
Asam jawa
Gula
Garam
Serai
Daun kesum

Cara-cara memasak ikan masak asam pedas

Blender cili, bawang merah, bawang putih, halia, dan kunyit. Panaskan kuali dan minyak. Tumis bahan yang telah di blender tadi bersama serai wangi. Biarkan kering sehingga naik bau. Kemudian masukkan airdan air asam jawa. Kemudian masukkan daun kesum yang telah di basuh. BIarkan mereneh seketika. Masukkan ikan dan sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Jika kurang masam boleh tambah air asam. Biarkan mendidih dengan api yang sederhana. Ingat api jangan terlalu kuat. Nanti ikan akan hancur. Tak syok makan kalau ikan hancur. Duri di sana-sini. Menganggu nak makan nanti. Kalau dah mendidih dan ikan dah masak, boleh lah hidang kan. Mudah kan? Ni sresepi yang simple je la. Kalau yang tak simple boleh la masukkan kacang bende atau pun nanas. Ikut cita rasa masing-masing la. Selamat mencuba.

With ove
Papaglamz

-sekian-

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini



You may also like

3 ulasan:

  1. favourite kak zi jugak asam pedas ni...tetiba rasa macam nak masak asam pedas ikan tenggiri pulak petang ni.....hehhe

    BalasPadam
  2. pandai papaG masak asam pedas, beruntung mama Dhia kan , alhamdulillah.

    BalasPadam