Resepi Nasi Goreng Jagung

/
5 Comments

Resepi Nasi Goreng Mudah, Jagung fresh


Assalamualaikum

Ok entri kali ini PapaG nak berkongsi satu resepi yang di panggil Nasi Goreng Jagung. Korang perasan tak PapaG banyak sangat kongsikan nasi resepi nasi goreng kan. Salah satu sebabnya nasi goreng ni antara menu kegemaran PapaG. Bila pandai buat nasi goreng sendiri, mudah la untuk PapaG masak jika teringin. Tapi, semua nasi goreng yang PapaG masak ni simple-simple sahaja. Tak la grand sangat. Asal boleh masuk erut ok la. 

Korang nak tahu resepi mudah nasi goreng jagung khas dari PapaG? Teruskan membaca ok.

Resepi-nasi-goreng-jagung

Macam biasalah bahan-bahan asas untuk masak nasi goreng yang perlu ada:

Nasi putih
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi
Bilis
Telur ayam
Jagung rebus yang di leraikan

Cara-cara memasak nasi goreng jagung


Tumbuk bawang, bilis dan cili. Panaskan kuali. Tumiskan bahan yang di tumbuk tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan nasi putih. Pecahkan telur. Gaul rata kesemua bahan di atas kuali. Masukkan pula jagung. PapaG masukkan jagung akhir sekali sebab nak biarkan jagung tu tak la layu sangat. Kan sudah di rebus. Bila makan nanti akan terasa jagung fresh.

Dah siap....!!!! Boleh la cuba resepi simple ni. 

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

5 ulasan:

  1. Food stylo! Terbaik. Bertuah mama dhia..

    BalasPadam
  2. wah...x pernah buat lagi ni nasi goreng jagung....nanti nak cuba la..kalau letak sotong pun sedap kan PapaG?

    BalasPadam
  3. perghhh esok pagi leh tiru resepi papa ni hihihi

    BalasPadam
  4. Sedapnyaaa papa. Salam Maal Hijrah :)

    BalasPadam
  5. Nasi goreng pun fevret aRz. Erut tu apa papaG

    BalasPadam