Petua Melembutkan Daging Ayam Tua

/
2 Comments
November 05, 2015

Cara-cara melembutkan daging ayam


Assalamualaikum

Selamat pagi semua. Ingat lagi tak PapaG pernah bercerita tentang ayam kampung dalam entri Resepi Sup Ayam Kampung Fresh dari Reban Mak? Kalau belum baca boleh la klik link yer. Ok la, ramai yang mengatakan daging ayam kampung ni sedikit keras. Lagi-lagi ayam yang sudah tua. Memang betul daging ayam kampung keras. Tapi, daging ayam kampung ni sihat tau. Sebab ayan-ayam ni langsung tak makan segala ubat-ubatan yang agak membahayakan. Tak macam ayam daging. inject ubat, umur 40 hari dah boleh sembelh. Ada cara mudah macam mana kita nak buat daging ayam tua atau kampung kita tu mudah lembut. Ada petua-petuanya. Anda boleh cuba.

ayam

Lada hitam dan halia

Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus. Rebus hingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng.

Tempurung kelapa

Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Tebu

Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Biji selasih

Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Daun pisang abu

Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Air kelapa

Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa.

Pangkal daun nenas

Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.

Buah nanas

kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.

Buah betik muda :

Rebus ayam tua tersebut dgn buah betik muda.

Itlah tadi 9 petua yang PapaG dapat kongsikan buat semua. Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini


You may also like

2 ulasan:

  1. Rada nk bookmark page ni..hihi..keras tau ayam pencen..tp sedap masak gulai

    BalasPadam