14.11.15

Ubi Rebus Gula Tabur

Assalamualikum

Makanan ubi ni popular pada zaman datuk nenek kita dahulu. Lebih-lebih lagi semasa zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Selama Jepun menjajah, ubi kayu la jadi makanan ruji masyarakat seharian waktu itu. Sebabnya sekatan makanan dan juga darurat pada waktu itu menyukarkan rakyat mencari sumber makanan harian. Yang muda, tanam ubi je la. Tapi, zaman sekarang ni rasanya macam sudah terbalik pula. Sekarang jarang kan kita makan ubi kayu ni? Tak kira la ubi kayu yang di rebus ataupun goreng. Almaklumlah zaman moden. Entah-entah kenal ke tak dengan ubi kayu. 

Resepi-masak-ubi-kayu

Terbaru, PapaG bali kampung dan mak bapak bekalkan PapaG dengan ubi kayu untuk di bawa pulang ke Kuantan ni. So, hari ni hari sabtu (semasa entri ini di tulis) PapaG tidak bekerja ada la masa sedikit nak masak ubi yang di bawa dari kampung. Ala masak mudah-mudah jer. Kita buat ubi rebus gula tabur.

Kalau korang ada ubi dengan gula, boleh dah buat ubi rebus gula tabur ni. Mudah sahaja, kupas ubi dan potong ikut kesesuaian periuk. Masukkan air dalam periuk dan rebus lah sehingga empuk. Sesudah empuk, toskan air dari periukdan taburkan gula pasir mengikut kesesuaian yang anda suka. Gaulkan gula dan ubi yang dah empuk tadi. Buat dalam periuk tu jugak masa tengah panas. Untuk memastikan gula itu mencair dan menyaluti ubi tadi.Hidangakn dengan taburkan gula melaka atau gula merah bagi yang suka la. Kalau tak, makan macam tu pun dah ok. 

Lain-lain korang boleh makan ubi rebus ni dengan sambal tumis. Lagi terhangkat. Serious. Cubalah.

With Love
Papaglamz

-sekian- 

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com