GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN

/
3 Comments

RYSYA SKINCARE - LY Pembersih Muka


Assalamualaikum

RYSYA SKINCARE - LY Pembersih Muka | Dalam penjagaan kecantikan wajah tentu sekali mencuci muka dengan pembersih adalah salah satu langkah yang utama. Mencuci wajah dengan pembersih khas pastinya akan menaggalkan segala kotoran yang melekat pada wajah kita. Sebenarnya banyak produk pembersih muka yang ada di pasaran. Tapi, PapaG tertarik dengan satu pembersih muka dari RYSYA SKINCARE ni. 

 RYSYA-SKINCARE

RYSYA SKINCARE - LY Pembersih Muka adalah pembersih muka bersifat lembut untuk menanggalkan solekan. Komponen yang menyediakan ciri-ciri kebersihan yang sangat baik, kulit lembut sempurna dan segar "Natural Moisture Barrier". Selepas membilas, ia akan menjadikan kulit licin bersih tanpa mengeringkan kulit. 

Arahan: Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Letakkan cleanser pada tapak tangan yang basah. Bila berbuih, perlahan-lahan urut seluruh muka, elakkan bahagian mata. Bilas sehingga bersih. 

Kelebihan LY Pencuci Muka

Kulit dilindungi, kelihatan berseri, dan terasa lembut dan tenang. Mengimbangi kelembapan kulit, membantu mengekalkan penghidratan dan mengelakkan kulit dari kekeringan .Sesuai untuk semua kulit, termasuk kulit sensitif. 

Jom kenali lebih dekat tentang RYSYA SKINCARE

Rysya Skincare adalah set penjagaan muka premium di mana set kecantikan ini setaraf dengan kualiti dan mutu set premium yang sudah ada lama di pasaran.

 RYSYA-SKINCARE

Diasaskan oleh pengasas Rysya Skincare, Puan Noorazlina Mohd Noor dan Rozita Che Wan (Che Ta) adalah duta kepada produk ini. Che Ta juga telah menggunakan produk ini selama dua bulan. Dan beliau dapati produk penjagaan kulit Rysya mampu menyerlahkan seri wajahnya. Malah beliau menasihati kaum wanita yang berusia 40an sepertinya jangan asyik sebuk dan tidak menjaga penampilan diri.

"Siapa kata bila dah masuk 40an dah nampak tak cantik. Persepsi macam itulah yang membuat ada wanita lari dan menyorok bawah katil sebab rasa dah tak cantik. Malah ada yang baharu 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada sebab abaikan soal penjagaan kecantikan,” kata-kata Che TA sewaktu perasmian produk Rysya Skincare baru-baru ini.

Menurutnya, beliau menggunakan kesemua lima rangkaian produk Rysya seperti cleanser, toner, serum, krim magik dan sabun sarang burung dimana produk berkenaan mampu mencerahkan kulit serta melambatkan proses penuaan.

“Saya syorkan semua wanita menggunakan produk Rysya Skincare ini kerana dengan kandungan vitamin C dan 24 karat emas serta sarang burung boleh menyerlahkan seri wajah anda,” kata Che Ta yang sudah mempunyai tiga orang anak.

Rysya Skincare memasarkan produk halal untuk memenuhi permintaan dan keperluan industri produk Halal malah berkualiti tinggi mengikut piawaian antarabangsa.

Mendapat kelulusan  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rangkaian produk Rysya Skincare meliputi lima jenis iaitu  Cleanser,  Toner, 24K Gold Serum, 24K Gold Miracle Cream dan Bird Nest Body Scrub.

 RYSYA-SKINCARE

Dapatkan RYSYA SKINCARE - LY Pembersih Muka secara PERCUMA

Pasti ramai yang nak cuba produk Rysya ni kan. Kebetulan Mumy Lynda dari Azlindaalin.com nak bagi 2 produk ini secara percuma. Syarat penyertaan amatlah mudah. Jangan lepaskan peluang. Nak cantik.. Nak cantik.. Join la Giveaway dari Mummy Linda ni. Klik link di bawah untuk info lebih lanjut.


Selamat mencuba...!!!!

With Love 
Papaglamz

-sekian-


You may also like

3 ulasan: