Gunakan ‘Baby Harness’ Sebagai Langkah Keselamatan Anak Anda di Tempat Awam

/
3 Comments
November 26, 2015

Anggap anak sebagai anjing jika pakai baby harness


Assalamualaikum

Gunakan ‘Baby Harness’ Sebagai Langkah Keselamatan Anak di Tempat Awam | Memandangkan Imtiyaz sudah meningkat dewasa, sebagai langkah keselamatan buatnya supaya tidak hilang, PapaG teringin nak cuba gunakan ‘Baby Harness’ kalau berjalan-jalan di tempat awam. Biasa la, sebelum nak membeli tu kita tanya-tanya dulu rakan-rakan minta pendapat. Ramai yang memberi komen positif dan ada juga yang memberikan komen negative. Sebenarnya penggunaan ‘Baby Harness’ di Malaysia ni tak la popular sangat. Terbaru PapaG terbaca satu artikel Awal Ashaari menggunakan ‘Baby Harness’ pada Lara Alana telah mendapat kecaman daripada peminat. Ada yang mengatakan perbuatan itu berdosa kerana mengganggap Awal seperti menyamakan anaknya dengan seekor haiwan peliharaan iaitu anjing.


Beratnya kecaman yang diberi tu kan? Bagi PapaG as long as ianya untuk keselamatan anak kita tiada salahnya kalua nak guna ‘Baby Harness’ ni. Yela kita ni kadang kala terleka. Dan yang paling penting di tempat awam ni pelbagai perkara boleh berlaku. Kadang tu penculikan berlaku depan mata tapi kita tak boleh buat apa pun. Mungkn selain daripada mengelakkan anak hilang, penggunaan ‘Baby Harness’ ini mungkin dapat membantu kita mengawal serta mengelakkan anak kita daripada bermain di tangga bergerak (escalator) di mana-mana shopping complex. Bahaya tau tangga bergerak ni. Banyak kemalangan-kemalangan ngeri yang terjadi di tangga bergerak ini sehinggakan boleh membawa maut. Jadi, tak salah nak gunakan ‘Baby Harness’ ni kan? Asal tujuan untuk keselamatan anak kita, why not kita cuba.

Buat mereka yang belum ada anak lagi, kalau koang nak tahu sebenarnya susah tau jaga anak yang baru pandai berjalan ni. Sangat-sangat susah. Kita perlukan 200% perhatian pada anak kita jika berada di tempat awam. Kadang tu bila kita pandang ke tempat lain, beberapa saat je anak kita dah kat tempat lain. Tu belum lagi dengan cerita anak kita menyorok di dalam baju-baju yang tergantung di kedai baju. Berpeluh la kita mencari rupanya dia dalam kedai tu jugak. Jadi, kawal pergerakan anak dengan menggunakan ‘Baby Harness’ mungkin juga adalah satu tindakan yang tepat demi keselamatan anak kita tu. Insyallah

Jom PapaG kongsikan beberapa komen dan pandangan rakan-rakan PapaG berkenaan pengguaan ‘Baby Harness’ ni.






Jadi kesimplannya, janganlah cepat memberi respons yang negatif terhadap sesuatu perkara tu kan? Lihat dengan lebih dalam. Cari di mana kebaikan dan di mana keburukannya. Mulakan langkah menjaga keselamatan anak-anak anda di tempat awam dengan menggunakan 'Baby Harness' ni. Insyallah jika kita memakainya dan ditambah dengan sikap prihatin kita pada anak-anak serta tidak cuai, kes kehilangan anak di tempat awam pasti dapat dielakkan.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

3 ulasan:

  1. singgah petang http://jmbelog.blogspot.my/

    BalasPadam
  2. bagus juga ni papa, aduhai komen yang sangat negativ samakan anak dengan haiwan..abaikanlah manusia yang berfikiran sedemikian.. jaga imtiyaz elok2 ye nak2 lagi di tempat2 awam :)

    BalasPadam
  3. papaG... pcl teringat bila cerita anak kita menyorok di dalam baju-baju yang tergantung di kedai baju. Berpeluh la kita mencari rupanya dia dalam tu main sembunyik.. anak sulung pcl mmg lasak, puas cari sampai panggil security tlg cari baru jumpa.. dulu mana ada harness, kalau sanggup pakai tali boleh kot.. tapi bagus la berhati2 dlm segala hal.. anak kita kesayangan kot. peduli apa kata orang lain.

    BalasPadam