27.11.15

Makan Sampai Kenyang di Aniq Steamboat Kuantan dengan Hanya RM 19.00 Sahaja

Harga makan di Aniq Steamboat, Kuantan


Assalamualaikum

RM 19.00 makan di Aniq Steamboat, Kuantan | Baru-baru ni PapaG dan isteri berpeluang makan steamboat di Aniq Steamboat Kuantan. Saja sekali-sekala makan steamboat untuk dinner apa salahnye kan? By the way, Aniq Steamboat ni adalah antara tempat makan yang paling popular di Kuantan ni. Lebih-lebih lagi di dalam facebook group Warga Kuantan. Memang viral sangat cerita tentang Aniq Steamboat ni. PapaG tahu tentang kedai makan ni pun dari kawan-kawan di tempat kerja yang bercerita dan pencarian PapaG di group Warga Kuantan tu la.

Aniq-steamboat

Steamboat yang berkonsepkan buffet dengan tema MAKAN SAMPAI KENYANG memang la menjadi pilihan ramai pengunjung. Apa tidaknya sepanjang PapaG berada di sini, memang tak pernah kosong la. Penuh dengan orang. Sebenarnya PapaG dan wife pun bernasib baik sebab kebetulan semasa kami sampai ada satu meja yang baru sahaja selesai makan. Jadi kami tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan tempat duduk. Yang pasti memang hot stuff la meja-meja di Aniq steamboat ni. Ye la, api kat atas meja kan? Hot la tu. Hehehe

Bercerita tentang makanan yang disediakan pula, mungkin bagi yang ingin sedikit kelainan ketika makan malam boleh cuba steamboat di sini. Di Aniq, korang boleh merebus ataupun memanggang segala seafood, daging, ayam dan macam-macam lagi makanan yang di sediakan. Selain makanan steamboat, ada juga makanan seperti mee goreng, nasi kerabu, ABC, kek & pelbagai jenis kuih-muih. Jangan risau memang kenyang. Memang sesuai sangat dengan tema kedai steamboat ni iaitu MAKAN SAMPAI KENYANG. Dan yang paling best lagi, harga sangat la murah dan berpatutan. Hanya RM 19.00 satu kepala korang boleh makan sebanyak mana yang korang suka. Tapi ingat...!!! JANGAN MEMBAZIR.

Aniq-steamboat

Aniq-steamboat

Mesti korang semua nak tahu Aniq Steamboat ni kat mana kan? Kalau nak tahu tempatnya ianya berhadapan dengan Giant Kuantan di Medan Selera Warisan. Jika dari bandar Kuantan tu terus menuju ke Giant. Bila sampai di trafik light hadapan Giant buat U-Turn dan belok kiri di simpang pertama yang korang jumpa. Sampai la. Memang mudah jer. Kalau susah-susah google map je Aniq Steamboat Kuantan.

Aniq-steamboat

Aniq-steamboat

Komen PapaG tentang Aniq Steambot ni. Kalau tentang makanan memang memuaskan la bila di banding dengan harga dan servis dari semua staff pun ok. Diorang tambah kuah untuk merebus tu tanpa di suruh dan terus-terusan tersenyum. Memang mesra pelanggan la. Komen PapaG tentang kedai pula mungkin sempit sikit la. Susah untuk kita bergerak nak ambil makanan. Almaklumla kita ni saiz macam gajah nak bergerak sana sini perlukan keluasan. Jadi, wife PapaG la yang jadi mangsa. Hehehe. Walau apepun PapaG bagi 8 bintang untuk Aniq Stemboat ni. Korang jangan lupa tau singgah-singgah makan kat kedai makan ni. Gerenti syok la. Hehehe

With Love
Papaglamz

-sekian-

3 ulasan:

  1. murahhhhhh!! nak nak nak tp mcm jauh je hihu

    BalasPadam
  2. salam papaglamz. saya minta izin nak guna pic tanda harga aniq steamboat tu utk post di blog saya. mohon izinkan yer.

    link blog : http://fototerapidirumah.blogspot.my/

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com