11.11.15

Persiapan menghadapi kelahiran untuk suami atau ayah

Persiapan bakal ayah


Assalamualaikum

Mendengar tangisan pertama dari bayi yang baru menjengah ke dunia realiti tentunya saat indah yang tidak dapat digambarkan. Ada rasa gembira dan ada rasa terharu dan macam-macam lagi. Itulah yang PapaG rasai saat berada di sisi wife yang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak pertama kami. Saat-saat menanti kelahiran insan yang tersayang mungkin penuh dengan cerita-cerita yang menarik. Yela, persiapan barang-barang untuk menyambut kelahiran, persiapan emosi dan berbagai lagi persiapan yang kita perlu lakukan. Sebagai bakal bapa atau ayah, apa pula persiapan perlu kita lakukan?

bakal_ayah
Gambar sekadar hiasan

Seriously, bukan isteri sahaja yang akan merasa cemas saat-saat menanti kelahiran anak ni. Percayalah, ayah atau suami juga mempunyai perasaan yang sama. Lebih-lebih lagi pada mereka yang menemani isteri di dewan bedah. Melihat secara langsung proses bersalin itu sangat mencemaskan dan juga menginsafkan. Kita sebagai suami harus kuat memberikan sokongan dan dorongan pada isteri. Untuk mempersiapkan diri menghadapi kelahiran, sebagai seorang suami apakah yang harus anda lakukan?

Siapkan diri dengan ilmu

Pastikan anda mempunyai ilmu tentang kelahiran dan kehamilan. Anda harus tahu apakah itu kontraksi? Apakah tanda-tanda awal juga tanda-tanda isteri anda hampir bersalin. Tahu apakah tindakan yang hendak dilakukan sekiranya isteri anda hampir bersalin dan berbagai lagi ilmu yang harus anda pelajari agar anda tidak terkejut atau panik jika situasi ini datang secara tiba-tiba. Mungkin boleh menghadiri kelas antenatal di mana-mana hospital ataupun bertanya pada yang pakar. Insyallah jika ada ilmu, anda pasti dapat menghadapi dengan tenang.

Siapkan keperluan diri

Bukan sahaja keperluan diri isteri dan anak sahaja perlu disediakan. Keperluan suami juga perlu ada. Mungkin anda perlu berada di hospital lebih dari sehari. Jadi, persiapkan juga keperluan diri seperti baju, seluar, tuala dan sebagainya. Dengan persiapan ini, insyallah diri anda akan terurus.

Bersedia untuk melalui sebarang kebarangkalian

Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Kadang tu memang isteri akan bersalin mengikut tarikh untuk bersalin yang telah ditetapkan. Tetapi ada sesetangah kes isteri anada akan bersalin lebih awal atau lewat. Dalam situasi ini kita sebagai suami harus bersedia untuk menghadapi sebarang kebarangkalian yang berlaku. Kalaupun bukan tarikh bersalin, mungkin secara tiba-tiba doktor menasihati untuk bersalin secara pembedahan. Dan mungkin pelbagai lagi komplikasi-komplikasi yang harus kitahadapi dalam situasi ini. Jadi, anda harus bersedia.

Jangan ambil hati

Bila kita dalam keadaan yang sakit atau genting, kadang kala seseorang itu akan berubah sikapnya. Begitu juga bagi ibu yang sedang menghadapi proses bersalin. Kesakitan dan keletihan yang dialami menyebabakan mudah hilang pertimbangan diri. Oleh itu, jika situasi ini terjadi pada anda, maka bersabarlah. Jangan mudah terasa dengan kata-katanya.

Rasanya banyak lagi panduan yang boleh anda praktikkan dalam menghadapi kelahiran insan yang tersayang. Nak tahu kena la kerap bertanya. Jadikan orang yang lebih berpengalaman dari kita sebagai tempat untuk kita menambah ilmu. Jangan malu bertanya. Nanti sesat jalan pula. Walauapapun PapaG doakan semoga urusan anda dan juga keluarga anda dalam menanti detik-detik kelahiran anak anda akan dipermudahkan oleh Allah. Perkara penting yang harus anda suami isteri praktikkan ialah BERSABAR. Insyallah semua dipermudahhakn.

With Love

Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

  1. okey.. simpan dulu post ni, tiba masanya nanti bagi Pokchik baca... hehehehee.. :)
    thanks PapaG..

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com