Harga Semasa Rumah di Kuantan Pahang

/
3 Comments

Harga rumah sekarang di malaysia, Nilai hartanah di kuantan.


Assalamualaikum

Harga Semasa Rumah di Kuantan Pahang | Baru-baru ni PapaG ade melihat-lihat harga rumah di Kuantan. Ternyata harga hartanah dan rumah di kuantan khususnya agak mahal sekarang ni. Apa tidaknya, rumah teres setingkat yang luasnya hanya 20' X 96' paling murah pun berharga RM 250K. Itu pun bagi unit di tengah, bukan unit di hujung. Kalau kat hujung harus ladekat setengah juta. Nak termeninggal bila melihat harga rumah semasa kat Kuantan ni. Setiap tahun, rasanya harga rumah kat Kuantan semakin meningkat. Naik bukan sikit-sikit. Berdasarkan servey PapaG tanya dengan kawan-kawan yang sudah membeli rumah, jika di bandingkan harga rumah 2 tahun lepas dengan tahun 2015 ini, peningkatan setahun dalam RM 25K gitu la. Banyakkkknyaaaaa...!!!!!

poster-harga-rumah-di-kuantan

poster-harga-rumah-di-kuantan

poster-harga-rumah-di-kuantan

poster-harga-rumah-di-kuantan

Bila melihat harga semasa rumah yang kian meningkat, tak dapat PapaG bayangkan untuk tahun-tahun akan datang. Bagaimana pula generasi-generasi selepas PapaG yang hendak membina kerja dan keluarga masing-masing? Dengan kos kehidupan yang meningkat melampau-lampau, di tambah harga rumah pun tinggi, rasanya diorang ni nak kena menyewa selamanya ke? Pasti generasi selepas PapaG perlu mengharungi kehidupan yang lebih mencabar. Betul tak? Mungkin inilah dia CABARAN HATANAH GENERASI Y dan Z yang harus mereka harungi. Mungkin bagi yang berpendapatan tinggi,tiada masalah. Bagaimanpula bagi mereka yang mempunyai sumber pendapatan yang sedikit? Tidak dapat nak di bayangkan.

Sebenarnya bukan di Kuantan sahaja harga rumah kian meningkat. Mungkin di bandar-bandar utama negara kita contohnya Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang, harga rumah di bandar-bandar ini juga mempunya nilai yang amat tinggi. Mungkin situasi ini adalah satu peluang keemasan bagi mereka yang membuat pelaburan dalam  bidang hartanah, tapi bagi kita sebagai pembeli biasa mungkin ianya satu bebanan yang amat memeritkan. Lebih-lebih lagi bagi lepasan-lepasan university yang baru sahaja bekerja. Kalau nak ikut kan, gaji permulaan bagi fresh graduate bukannya tinggi sangat pon. Siapa yang dah kerja faham la apa yang PapaG katakan ni. Betul tak?

Sebenarnya kan kadang PapaG tak faham kenapa setiap tahun asyik naik je harga rumah ni. Memang kos nak buat rumah tu naik ataupun pemaju-pemaju main letak je harga untuk sesebuah rumah tu untuk test market. selagi ade yang beli, selagi tu la harga rumah di naikkan. Matiii laaaa kalau macam ni kan. Tak de ke satu standard harga maksimum rumah bagi sesebuah tempat? Baru la pemaju ni tak sesuka hati nak niakkan harga rumah kan. 

Hurmm entah la, tak kira macam mana keadaannya pun, hidup harus di teruskan. Kalau kita merungut je tanpa usaha, tak kemana kan? Tapi kalau dah selalu sangat mengikat perut untuk meneruskan kelangsungan hidup atas bumi ni kadang boring jugak. Stress pun ade jugak kan. Nasib la kia ni sebagai umat islam di ajar erti bersyukur dan juga kesabaran. Jadi, teruskan lah bersabar dan teruskan berdoa agar urusan kita di dunia ini depermudahkan olehnya. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

3 ulasan:

  1. haah.betul...tak dpt bayangkan zaman kami mcm mana pulak nanti. T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak rumah murah ada. Teres dua tingkat. Tiga bilik tidur dan dua bilik air. Berdekatan dgn Sek. Rendah dan Menengah Pelindung.
      Harga tak sampai rm200,000.00. Boleh runding lagi.
      Untuk lihat dan buat temu janji sila hubungi Cikgu Kama 0139098135

      Padam
    2. Nak rumah murah ada. Teres dua tingkat. Tiga bilik tidur dan dua bilik air. Berdekatan dgn Sek. Rendah dan Menengah Pelindung.
      Harga tak sampai rm200,000.00. Boleh runding lagi.
      Untuk lihat dan buat temu janji sila hubungi Cikgu Kama 0139098135

      Padam