Seronoknya Naik Beca di Dataran Pahlawan Melaka

/
1 Comments
Disember 11, 2015

Tempat menarik di Melaka


Assalamualaikum

Seronoknya Naik Beca di Dataran Pahlawan Melaka | Siapa yang mengikuti perkembangan PapaG di Instagram mesti semua tahu yang baru-baru ni PapaG dan family bercuti di Melaka. Siapa tak kenal dengan Melaka kan? Bandaraya bersejarah dan mempunyai banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Untuk entri kali ini, PapaG nak kongsikan keriangan kami sekeluarga menaiki beca di Dataran Pahlawan.

beca-dataran-pahlawan-melaka

beca-dataran-pahlawan-melaka

beca-dataran-pahlawan-melaka

Waktu malam, di Dataran Pahlawan Melaka ini anda akan melihat kemeriahan dengan limpahan cahaya-cahaya yang cantik sangat. Lebih-lebih lagi lampu-pampu yang meriah dan diiringi dengan iringan lagu di beca-beca yang ada di sekitar dataran. Sememangnya menggamit suasana. Beca yang dihias dengan berbagai rupa dan warna lampu amat menarik perhatian para pengunjung untuk mencuba. Ada yang dihias bagaikan burung helang, merak dan macam-macam lagi. Dah macam pesta cahaya pun ada.

Ibu Dhia korang memilih beca yang dihias dengan motif-motif kartun popular Frozen. Kita layankan je la. Satu pusingan dari Dataran Pahlawan menuju ke A Famosa dan berpusing semula ke dataran PapaG di kenakan cas sebanyak RM 25.00 sahaja. Agak jauh juga la pusingan yang di buat. Melihat orang yang membawa beca tu pun sampai mengah-mengah. Kira berbaloi la kan.

Selain menaiki beca, di dataran ini terdapatnya satu lagi tarikan iaitu Menara Taming Sari. Tetapi memandangkan waktu malam menara  ini tidak dibuka, jadi tak melepas la nak naik. Tapi ada cerita menarik keesokan harinya bila PapaG nak naik Menara ni yang nak kongsikan pada and semua. Tunggu next entri.

With Love

Papaglamz


You may also like

1 ulasan: