KEBAIKAN ESP BUAT LELAKI

Assalamualaikum

Papaglamz akui, jika kita search di google, sering kita lihat ESP untuk ibu menyusu, ESP untuk ibu hamil, ESP untuk kulit cantik. Whoaaa, ESP ini untuk wanita sahaja kah? OH TIDAK TIDAAKKK!! ESP Shaklee juga sangat sesuai untuk lelaki atau kaum adam tau! Haha. ESP sangat sesuai untuk para lelaki yang inginkan kesihatan yang optimum.

Untuk lelaki yang tak sempat nak breakfast sebelum ke tempat kerja.
  • Bekalkanlah sekeping roti bersama sebotol shaker ESP Shaklee untuk suami anda setiap pagi. Dalam pada nak tunggu lampu merah tu, bolehlah dia glup glup ESP shake dan ngap ngap roti tu. InsyaAllah kenyang sampai tengahari. Dapat dia nak focus masa kerja nanti!!

Untuk pelajar lelaki yang ada kelas pagi.
  • Bancuh ESP Shaklee dalam shaker dan bawa ke kelas. Boleh shake shake masa on da way nak ke kelas ye. Bila dah sampai kelas, letak beg dan duduk kejap, baca Bismillah dan glup glup ESP Shake anda! Tidaklah berkeroncong perut anda semasa cikgu/lecturer mengajar kat depan tu.

Untuk para atlit dan suka bersukan
  • Selepas workout/senam/main bola/jogging… apa sahajalah sukan yang anda lakukan, minumlah segelas ESP Shake untuk mengelak muscle tear.

Untuk lelaki yang ingin turunkan berat badan.
  • Minum ESP Shake untuk mengelak makan benda merapu kerana ESP yang rendah glisemik akan menyebabkan anda merasa kenyang lebih lama. Juga, selepas workout, minum ESP untuk mengelak muscle tear dan menggalakkan pembakaran lemak (bukannya otot!!)

Untuk lelaki yang menderita gastrik
  • ESP (bersama gabungan B-Complex dan Ostematrix) dapat membantu pesakit gastrik meneutralkan keasidan dalam perut dan mengelak diserang gastrik.

Untuk lelaki yang selalu rasa cepat letih dan tidak bertenaga.
  • ESP Shaklee memberi tenaga segera, dan bertahan lebih lama, insyaAllah. Soya protein memberi “makanan” kepada sel-sel tubuh, justeru memberi tenaga kepada tubuh.

Untuk lelaki yang mengidap diabetes.
  • ESP Shaklee merupakan minuman lazat dan berkhasiat yang mengandungi indeks glisemik yang rendah, tiada kolestrol dan rendah lemak. Ia sangat sesuai diambil oleh pesakit diabetes sebagai pengganti minuman yang tinggi gula, mengandungi pewarna, pengawet dan sebagainya.

Untuk lelaki yang pentingkan kesihatan.
  • ESP membekalkan protein yang diperlukan oleh tubuh. Protein digunakan dalam dua bentuk di dalam badan kita; pertama, membina sel-sel baru (dan menyingkirkan sel-sel lama dan rosak) dan memberi “makanan” kepada sel yang baru dan sihat tadi. Kedua, protein diperlukan untuk sintesis hormone dan enzyme dalam tubuh. Kedua-dua hormone dan enzim yang sihat dan stabil adalah sangat penting untuk memastikan tubuh kita dapat berfungsi dengan baik.

Oleh itu, memang sangat sesuai ESP Shaklee berada di setiap rumah. Ini kerana, kedua-dua wanita dan lelaki dapat menikmati kelazatan dan kebaikan ESP ini.  Para isteri, para suami, anak lelaki, anak perempuan semuanya boleh mendapatkan kelebihan ESP Shaklee.

Saya adalah PENASIHAT NUTRISI bagi kaum LELAKI.
Jika anda mempunyai sebarang keraguan yang ingin anda kongsikan bersama saya wassap or email saya

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser

5 SIKAP YANG WAJIB DIIKUTI UNTUK BERNIAGA

Assalamualaikum

Jika anda niat nak mulakan bisnes (tak kisahlah part time ke full time ke, tak kisahlah jual produk orang atau produk sendiri..namanya tetap berniaga) anda harus tanam sikap yang betul dalam diri anda

Apa sikap yang betul dan tepat?
  1. Rajin (ini paling penting, kalau malas, bagi lah 1000 tips pun tak jadi apa)
  2. Berani (lawan semua rasa takut.. memang la buat bisnes ni memang akan dihantui rasa takut. takut takde orang beli, takut orang reject, takut jatuh, takut itu takut ini. tapi ingat kita hidup berTuhan. jadi jangan takut)
  3. Proaktif (walau siapa pun anda, anda jangan malu nak bertanya, malu biar bertempat. Lagi malu kalau biar diri tenggalam dan hanyut)
  4. Yakin (kena berlakon bab confident ni, lama2 nanti ok)
  5. Bersyukur (lagi banyak bersyukur lagi banyak Tuhan akan balas balik )Jadi teruk macam mana pun hari kita, tetap kena bersyukur. macam mana teruk pun orang yang layan kita atau yang kita jumpa, tetap kena bersyukur sebab semua tu Allah kirim untuk didik kita jadi hebat

PILIHAN DI TANGAN ANDA

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser

SEGMEN BLOGWALKING AMAL WAKAF PEMBINAAN SURAU SEKOLAH RENDAH AGAMA AT-TAQWA TEMERLOH

Assalamualaikum

Selepas mendapat sambutan yang baik dalam RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ baru-baru ini, Papaglamz terpanggil untuk mengadakan satu SEGMEN BLOGWALKING AMAL WAKAF PEMBINAAN SURAU SEKOLAH RENDAH AGAMA AT-TAQWA TEMERLOH. Sekolah ni tempat wife Papaglamz mengajar. Sebenarnya segmen ni adalah satu cabaran dari pada wife Papaglamz yang mencabar Papaglamz untuk mencari something yang boleh menjadi wadah IBADAH daripada berblogging ni. So, ini lah dia. Segmen Amal ni. Harapnya segmen ini berjaya. Kawan-kawan dan follower-follower Papaglamzcom la yang mampu meralisasikan kejayaan segmen in. Insyallah.
Objektif utama segmen ini ialah untuk MENGWAR-WARKAN PADA ORANG LUAR TENTANG HAJAT SEKOLAH INI INGIN MEMBINA SURAU MEREKA SENDIRI. Insyallah dengan tersebarnya segmen ini di alam maya, di harapkan ramailah umat manusia di Malaysia ini akan mengatahuinya. Mana tau ade insan-insan yang terbaca bermurah hati untuk menyumbang. Kita berdoa je lah.

Sedikit sebanyak tentang Sekolah Rendah Agama At-Taqwa, Temerloh

>>>Blog Rasmi SRA At-Taqwa<<<
Sekolah Agama At-Taqwa pada mulanya adalah sekolah agama persendirian di bawah kerajaan negeri. Tetapi baru-baru ini telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi Sekolah Bantuan Kerajaan (SABK). 

Projek pembinaan surau sekolah ini telah di mulakan pada tahun 2013. Dan sehingga sekarang masih lagi dalam pembinaan sehingga sekarang. Berikut adalah gambar surau yang masih dalam pembinaan.



Ini ialah gambar terbaru setelah mendapat bantuan cat dari pihak Tenaga Nasional Berhad Kuala Lumpur
KENANGAN PAHIT BANJIR 2014 MENDIDIK KITA UNTUK TERUS BERSABAR DAN REDHA

Ternyata banjir yang melanda di Temerloh pada hujung Disember 2014 mengukir mememori duka bagi sekolah ini. Tentu sahaja ia turut mengganggu pembinaan surau yang ingin di bina. Berikut gambar ketika banjir di Sekolah Rendah Agama At-Taqwa, Temerloh pada Disember 2014. Untuk entri yang penuh >>>sila klik di sini<<< 




Begitulah sedikit sebanyak tentang sekolah ini. Okay join segmen amal ni. Mudah je syarat yang korang kena ikut.

1. Buat entri tajuk dia "SEGMEN BLOGWALKING AMAL WAKAF PEMBINAAN SURAU SEKOLAH RENDAH AGAMA AT-TAQWA TEMERLOH".

2. Dalam entri tu tampal Banner Segmen yang kat atas sekali tu, back link ke entri ni.


3. Copy link entri korang paste kat ruang komen entri ni.

4. Selesai.

Haa mudah kan. Jom pakat ramai-ramai join. Boleh blogwalking sambil-sambil beramal gitu. Insyallah apa yang kita lakukan mendapat berkat dan rahmat dari Allah. Insyallah.

-sekian-

Join ramai-ramai blogwalking sambil sebarkan keikhlasan mu




NIKMAT VITAMIN E BUAT PASANGAN SUAMI ISTERI

Assalamualaikum

Kali ni Papaglamz nak berkingsi tentang kebaikan yang sangat best Vitamin E ni. Seriously, Papaglamz pun terkesima dengan kebaikan Vitamin E ni bagi LELAKI dan PEREMPUAN khususnya bila terbaca di dalam satu atikel ni. >>>KlikDiSini<<< 

Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dalam menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurangnya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires" dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.

Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN-E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.

Pengambilan VITAMIN-E berdosage tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings”, yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.
NAK TAHU SUMBER TERBAIK VITAMIN E?

Jadi ape die sumber- sumber VITAMIN –E yang boleh kita perolehi contohnya
  • Minyak-minyak sayuran-Minyak zaitun, minyak jagung
  • Kekacang- seperti biji bunga matahari
  • Produk dari minyak sayuran seperti mayonis& majerin
  • Capsule Vitamin-E Shaklee :)

Jadi ape kelebihan Vitamin-E Shaklee?
  • Mengunakan Vitamin E asli(d-alfa) bukan sintetik (I-alfa)
  • Daripada sumber kacang soya
  • Vitamin E- tiada kesan sampingan, Vitamin A apabila berlebihan menjadi toxic
  • Mengandungi selenium yang berfungsi sebagai sebahgian daripada komponen glutanion peroksida iaitu sejenis enzim dari keluarga enzim antioksidan
  • Satu kapsul Shaklee Vita-E 400 IU membekalkan jumlah vitamin E seperti terdapat di dalam:
    • 40 hidangan (setiap hidangan 1 auns) buah badam semulajadi
    • 28 hidangan (setiap hidangan 2 sudu makan) minyak bunga merah
    • 24 hidangan (setiap hidangan 1 sudu makan) moyanes

Apa lagi agaknya kelebihan VItamin E nie??  Antaranya:
  • Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan (vitamin awet muda).
  • Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.
  • Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan.
  • Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka.
  • Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar.
  • Pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.
  • Vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.
Pengambilan Vitamin semulajadi adalah sangat penting dalam menentukan kesihatan tubuh badan dari dalam hingga ke luar. Menjaga perhubungan suami isteri juga memerlukan usaha yer. Sudah Papaglamz kongsikan bersama tapi terpulang pada anda untuk membuat pilihan terbaik untuk anda dan pasangan.

PILIHAN DI TANGAN ANDA

p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser

3 PERKARA WAJIB ADA SEBELUM ANDA MATI

3 PERKARA WAJIB ADA SEBELUM ANDA MATI

Assalamualikum

Apabila mati anak Adam, semua benda yang dimiliki akan ditinggalkan di dunia ini kecuali 3 perkara iaitu,
  1. Ilmu yang bermanfaat, 
  2. sedeqah jariah,
  3. doa anak yang soleh.
Ketiga-tiga perkara ini berkaitan dengan sifat memberi...
Ilmu itu tidak akan bermanfaat pada orang lain jika hanya disimpan dalam diri kita sahaja.

Harta yang kita perolehi tidak akan bermanfaat pada orang lain jika kita hanya simpan untuk diri kita sahaja.

Seorang anak tidak akan menjadi soleh jika ibu bapanya tidak memberikan didikan Islam yang baik padanya.

Untuk mendapatkan ketiga-tiga perkara ini, banyak kesusahan yang perlu kita hadapi terlebih dahulu. Bak kata pepatah, bersusah2 dahulu,bersenang2  kemudian.....

Ilmu tu harus dipelajari dari mereka yang dah berjaya dan mempunyai kredibiliti untuk mengajarnya. Jika ingin mendalami ilmu bisnes online, carilah mentor yg berkaitan bisnes online.. Jika ingin mendalami ilmu buat kek dan kuih, carilah  guru yg berkaitan yang dah berjaya.. begitulah seterusnya. Dan untuk mengajarkannya pada orang lain, kita harus dalami dulu ilmu untuk mengajar. Setelah cukup bekalan kedua-dua ilmu ini, barulah kita mengajarkannya pada orang lain dan ilmu itu menjadi bermanfaat pada mereka.

-sekian- 

POSITIFKAH ANDA?

Assalamualaikum

Bagaimana untuk kita ketahui kita ini berfikiran positif atau sebaliknya? Mudah sahaja. Hanya dengan menjawab soalan ini dengan jujur, maka kita akan ketahui jawapannya.. Oh ya, jangan risau. Apa jua jawapan, hanya anda yang tahu. Simpan ia elok-elok. Diri anda, rahsia anda, hanya anda dan ALLAH sahaja yang lebih tahu. Jawapan yang anda pilih adalah berdasarkan kepada realiti diri anda sendiri, yang akan menentukan anda berada di dalam golongan mana dan ke manakah ‘arah’ anda.
Soalannya adalah:

Apabila anda melihat kejayaan seseorang dalam perniagaan yang beliau lakukan, apakah sudut pandangan atau persepsi yang pertama sekali datang menerjah di fikiran anda?

A: Anda suka dan tumpang gembira dengan kejayaan mereka itu. Dan mahu bersahabat dan belajar daripada mereka. Tiada langsung iri hati dan apa sahaja bentuk kata-kata hati yang negatif.
B: Pra sangka buruk seperti menganggap mereka menggunakan kaedah penipuan ataupun apa jua yang buruk-buruk. Perasaan dengki dan benci pula amat meluat-luat menguasai diri. Anda lebih suka melihat mereka gagal dan susah.

Hanya ada dua pilihan jawapan. Yang mana satukah diri anda? A atau B?

Jika A, alhamdulillah. Anda berada di dalam golongan orang-orang yang BERJAYA dan memiliki minda, hati dan jiwa yang baik keadaannya.

Jika B, maka anda perlu lakukan sesuatu sebelum menyesal di kemudian hari. Golongan B ini amat sukar untuk berjaya dan kalau berjaya pun, ramai musuhnya di mana musuh itu dicipta sendiri olehnya. Malah, mereka juga amat takutkan bayang-bayang sendiri.

Golongan B terlalu pesimis dan terlalu mudah bersangka buruk terhadap orang lain. Apa sahaja yang dilihatnya, didengarnya atau diketahuinya, persepsi pertama sekali yang datang menerjah di benak fikirannya adalah yang buruk-buruk sahaja.

Dan golongan B juga amat suka dan gembira apabila individu yang dibencinya itu diperkatakan dengan sesuatu yang buruk oleh orang lain. Termasuk golongan B adalah mereka yang suka memberikan komen negatif, tuduhan melulu dan berbaur provokasi di blog orang lain.

Pendek kata, kalau yang buruk-buruk dan negatif amat mudah menerjah di fikiran kita setiap kali kita melihat sesuatu, itu bermaksud jiwa dan minda kita belum lagi sihat dan positif sepenuhnya.

Apakah pilihan jawapan anda? Shhhh... Diam-diam je tau. Korang je yang tahu. Hehehe.

MENCARI PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN ANDA?
PAPAGLAMZ JAWAPANYA

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser

AIR MATA DAN CABARAN

Assalamuaikum

Berpuisi kita kali ni. Korang layankan je la ea. Hahaha
------------------------------------------
Ketika usahamu dinilai insan lain tidak penting sama sekali,
Maka yakinlah di saat itu kau sedang belajar keikhlasan dalam diri.

Ketika hatimu terluka kekecewaan yang amat dalam,
Maka yakinlah di saat itu kau sedang belajar tentang memaafkan.


Ketika kau sering dilanda resah dan kecewa ,
Maka yakinlah di saat itu kau sedang belajar tentang kesungguhan.


Ketika kau merasa sepi dan sendiri melanda hatimu,
Maka yakinlah di saat itu kau sedang belajar tentang keteguhan.
Ketika kau harus membayar perbelanjaan yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang kemurahan hati.
Maka :
Tetaplah bersemangat
Tetaplah bersabar
Tetaplah tersenyum
Teruskan belajar...
Kerana kita semua sedang menimba ilmu di Universiti Kehidupan....
Ingat Tuhan menjadikanmu di tempat kamu sekarang, bukan kerana kebetulan....

Orang yang hebat tidak dihasilkan melalui :
.....Kemudahan
.....Kesenangan dan
.....ketenangan
Melainkan mereka dibentuk melalui :
Kesukaran...
Tentangan dan

…air mata...
--------------------------------------------
Yes betul tu, bukan sengan nak senang. Perlu melalui keperitan, pengorbanan dan macam-macam lagi. Jom bangkit facing the cabarang bersama Papaglamz. Insyallah kita berjaya bersama-sama. Aamiin..

MENCARI PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN ANDA?
PAPAGLAMZ JAWAPANYA

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser

ALBUM PILIHAN | PRODUK SHAKLEE

Assalamualaikum

I am Faizal a.k.a Papaglamz, your Shaklee Independent Distributor at Kuantan, Pahang.
Shaklee ID: 1177517 | faizalmusa88@gmail.com| 0196141393. Shaklee, sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berikut beberapa produk keluaran Shaklee yang harus anda tahu.






























p/s: Anda boleh memilih mana-mana set pilihan. Untuk konsultasi boleh la hubungi Papaglamz.

 
Penasihat Nutrisi
Faizal @ Papaglamz
0196141393
Fb: Muhamad Faizal @ Papaglamz
Penghantaran Pos Seluruh MALAYSIA

-sekian-

Jangan lupa terjah entri ni:

1. Sperma
2. Kanser

Google+ Followers