Tip Nak Kulit Putih dan Cantik

Tip kulit cantik dan putih, Mencantikkan kulit dengan bahan semula jadi, Cara-cara nak putihkan kulit


Assalamualaikum

Sekarang ramai orang nak cantik la. Nak putih la. Nak gojes la. Dan macam-macam lagi kan. Kalau tengok orang yang cantik pastinya kita tertanya-tanya apakah tip-tip kulit putih dan cantik yang mereka gunakan. Ingin cantik dan suka pada kecantikan itu lumrah manusia. Sedang tuhan juga suka pada kecantikan. Jadi, jom jadi cantik. Ingat cantik luar dan dalam. Cantik akhlak dan juga rupa.

Ok la. Entri kali ini Papaglamz nak sharing tentang tip nak dapatkan kulit yang putih dan cantik dengan bahan semula jadi. Papaglamz dapat dari Petua Memutihkan Muka Yang Berkesan | Fuh.My ENJOY....!!!!!
Tip-kulit-cantik-dan-putih--Cara-cara-nak-putihkan-kulit
Ehsan google

Tip kulit putih dan cantik menggunakan bahan semulajadi

BARLI
  • Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak. Kemudian, tumbuk barli yang telah di goreng itu hingga lumat. Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak. Sapukan bancuhan tersebut dengan rata di wajah anda sebelum tidur.
  • Untuk mendapatkan hasil, amalkannya sekurang-kurangnya seminggu sekali. InsyaAllah anda akan dapat lihat hasilnya nanti.
BERAS PULUT
  • Ia berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit. Manakala serbuk beras pulut khusus untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.
  • Cara-Caranya:
    • 1. Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat.
    • 2. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk.
    • 3. Biarkan lumuran tadi separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan.
    • 4. Bilas badan anda dengan air mandian. Amalkannya sekerap yang mungkin.
    • 5. Untuk hasil yang terbaik amalkan,2 kali seminggu.Kulit tubuh anda dijamin akan cerah.
NANAS
  • Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu gosokkan ke seluruh bahagian badan. Bilasa badan dengan sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. InsyaAllah kulit anda akan lebih putih, cerah dan berseri.
TIMUN
  • Parut isi timun atau hancurkan, campurkan bersama perahan limau. Tempek ke muka dan tunggu sehingga kering. Sesudah itu, bolehlah dibilas dengan air bersih atau air suam. Nak cepat hasilnya, buat setiap malam.
LOBAK MERAH 
  • Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan bersih. Amalkan tiga kali seminggu. ia menjadikan wajah lebih berseri, mulus, menegangkan kulit.
LIMAU NIPIS 
  • Belah limau nipis menjadi 2, Gosok pada wajah dan badan. Kulit akan menjadi cerah, licin dan harum.
BERAS 
  • Ambil 1 gengam beras,tumbuk dan tambahkan air. kemudian sapu pada wajah sebelum tidur..ia dpt menghilanhkan jerawat batu dan of course putihkan wajah..
BUAH DELIMA
  • Buah delima mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenali bahagian yang berpigmentasi dan menghentikan komunikasi di antara sel bagi menghasilkan melanin.
LABU
  • Tutup pori-pori pada wajah dengan buah labu yg bertindak membuang sel kulit mati dengan mencampurkan puri labu, madu, cuka epal, tepung ubi, dan 1 biji telur.
KOPI
  • Serbuk kopi akan menghasilkan minyak anti-oksidan. Ia berfungsi menghaluskan serta mencerahkan kulit anda. Kalau nak putih satu badan just lulur kopi tersebut.
  • Caranya;
    • 1. Tumbuk biji kopi sampai halus.
    • 2. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang mengikut kadar yang secukupnya.
    • 3. Kacau kesemua bahan hingga rata.
    • 4. Kemudian, sapukannya pada muka serta seluruh anggota badan anda.
    • 5. Sambil menyapu, gosokkan secara lembut campuran tadi pada tubuh anda.
    • 6. Seterusnya, biarkan ia selama 1 jam. Tujuannya supaya minyak dalam kopi tadi menyerap ke dalam tubuh anda dengan sempurna.
    • 7. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Lepas tu anda bolehlah mandi seperti biasa.
Haaa jangan lupa untuk mencuba. Perkongsian ikhlas dari Papaglamz. Ngeee \(^_^)y

With Love
Papaglamz

-sekian-
Telekung Reehans Pilihan Muslimah Ketika Solat

Telekung Reehans Pilihan Muslimah Ketika Solat

Telekung Reehans cantik dan mampu milik. Tanggungjawab menjaga maruah dan menutup aurat.


Assalamualaikum

Islam  itu agama yang 'Syumul' iaitu menyeluruh. Kehadiran agama islam itu bertujuan untuk membawa umat manusia keluar dari dunia kegelapan yang jahil. Sebab itu, islam menggariskan beberapa panduan dalam hidup. Salah satunya kewajipan MENUTUP AURAT. Ya..!! menutup aurat sangat penting dan ia adalah satu cara untuk menjaga maruah kita. Lelaki dan perempuan ada had-had aurat yang perlu di lindungi ketika berada di khalayak dan juga di kala hendak solat menghadap Allah SWT. Bagi muslimah-muslimah di luar sana, islam tidak melarang untuk kita kelihatan cantik. Tapi ada batasnya. Jangan sampai keterlaluan. 

Kini, adalah mudah bagi muslimah-muslimah yang ingin kelihatan bergaya tapi masih lagi mengikut lunas-lunas ajaran islam. Lihat sahaja lambakan fesyen-fesyen wanita muslimah yang ada kini, ia sebagai satu kelebihan untuk anda bergaya. Tapi ingat jangan keterlaluan. Ditakuti kita akan menjadi riak pulak. Tidak hanya fesyen-fesyen yang boleh digunakan ketika berada dikhalayak, tetapi kini wanita-wanita muslimah berpeluang mengenakan pelbagai gaya dan corak telekung yang cantik dan indah untuk menghadap Allah. Ingat, nak menghadap tuhan perlu cantk-catik dan bersih.

Bawa bersama telekung Reehans ketika solat

Macam ayang PapaG katakan tadi, tatkala menghadap Maha Pencipta, kita haruslah berada dalam keadaan suci dan cantik. Jom cantik dengan Telekung Reehans. Fungsi telekung itu sendiri adalah unutuk menutup aurat ketika solat. Jadi, telekung Reehans yang di cipta bagi memenuhi keperluan muslimah-muslimah moden masa kini adalah telekung yang mudah dan praktikal. Pembuatannya yang menggunakan material English Cotton dan Italian Valentro sememangnya menjadi kegilaan penggemar-peggemar telekung yang sejuk dan selesa. Ingat tagline Telekung Reehans "Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria". Insyallah dengan keselesaan ini ibadah kita lebih khusyuk dan diterima Allah. Selain itu, kalau kita lihat pada jahitannya, ia amat kemas dan cermat. Dan yang penting ia TEBAL dan mampu menutup aurat anda dengan sempurna. Insyallah.

Telekung-Reehans-Pilihan-Muslimah

3 Koleksi utama telekung Reehans

1. Reehans Balqis

Terdapat lebih 24 aneka pilihan dalam koleksi Reehans Balqis ni. Telekung yang di perbuat daripada cotton English yang lembut dan bermutu tinggi menampilkan telekung yang mempunyai corak pelbagai gaya. Antaranya flower lavender purple dan flower lavender sweet green. Dengan harga tawaran serendah RM 190.00, sekali pandang pasti tertarik dan terus beli.

Telekung-Reehans-Pilihan-Muslimah

2. Reehans Nur

Bagi yang menginginkan kelainan dalam koleksi telekung, Reehans Nur adalah koleksi yang sepatutnya anda tengok. Dihasilkan dengan menggunkan kain yang bemutu tinggi dan beropol dibahagian bawah telekung, menampakkan telekung ini lain dari yang lain. Telekung Reehans Nur di jual dengan harga serendah RM 200.00 mempunyai 7 pilihan warna yang pastinya menarik hati anda untuk membelinya.

Telekung-Reehans-Pilihan-Muslimah

3. Reehans Rania

Telekung yang bercirikan gaya moden dan terkini dari koleksi Reehans Nur juga antara pilihan telekung yang wajib anda lihat. Rekaan yang lebih kurang sama dengan Reehans Nur tetapi tidak mempunyai ropol di bahagian bawah telekung menjadikan ia pilihan wanita-wanita muslimah diluarsana kerana ditampilkan secara eksklusif mempunyai 2 corak sahaja iaitu dusty pink dan vanila cream. Sekali lihat pasti tertawan. Dengan harga mampu milik serendah RM 240.00 anda harus cepat mendapatkan telekung dari koleksi ini.

Telekung-Reehans-Pilihan-Muslimah

Akhir kata dari PapaG, sebenarnya artikel ini di tulis bagi memenuhi kehendak penganjur yang menganjurkan Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah. Semoga perjalan kontest ini lancar dan kita bukan hanya berkontes semata-mata tetapi sebagai serampang dua mata bagi memberi kesedaran pada umat islam tentang kepentingan menjaga aurat. Wallahualam.

Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjurkan oleh HasrulHassan.com, ditaja utama oleh Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur

With Love
Papaglamz

-sekian-

Resepi Sambal Totok Pembuka Selera

Resepi Sambal Totok, Menu pembuka selera, Resepi masyarakat jawa


Assalamualaikum

Salam sayang buat semua. Hehehe. Ok kali ni PapaG ingin berkongsi satu resepi yang memang tidak asing bagi masyarakat jawa. Resepi sambal tok tok atau totok yang baru-baru ni PapaG buat. Resepi memang senang sahaja. Pejam sebelah mata pun insyallah jadi. Rasanya sangat sedap. Biasanya sambal totok di jadikan sebagai pembuka selera. Memang menjadi la. Tak percaya nanti cuba tau. 

Baru-baru ni juga PapaG ada terperasan satu kedai ni ade menjual sambal totok yang di paketkan di dalam botol kaca di Kuantan ni. Ternyata ada juga peminat sambal totok di Kuantan ni kan. Siap boleh di jual lagi. Walau apepun, antara beli dan buat sendiri, PapaG prefer buat sendiri. Lebih puas hati gitu. Suka hati nak rasa macam mana. Kalau nak pedas lebihkan cili. Kalau nak rasa kerangupan bilis, lebihkan bilis. Dan macam-macam la inovasi dalam resepi sambal totok ni yang boleh kita cuba. Boleh la bereksperimen di dapur yer.

Resepi-Sambal-Totok

Resepi Sambal Totok

Bahan-bahan

Ikan bilis
15-20 tangkai cili padi 
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih 
Minyak utk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya

Goreng ikan biis sehingga garing. Kemudian toskan. Goreng pula cili, bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Setelah siap semua bahan digoreng, tumbuk kesemua bahan tadi dalam batu lesung. Dah siap. Eh jangan lupa letak garam dan gula untuk sesuaikan rasa. 

Sambal totok ni kalau makan dengan nasi panas dan ikan goreng mesti menambah berpinggan-pinggan. Tak percaya? Korang cuba la.....

With Love
Papaglamz

-sekian-





Pelakon-pelakon GIRLFRIEND KONTRAK Menyerang Teluk Cempedak

Barisan pelakon Girlfriend Kontrak, Sinopsis filem Girlfriend Kontrak, Filem Girlfriend Kotrak di pawagam


Assalamualikum

Sabtu lepas barisan pelakon Grlfriend Kontrak turun ke teluk cempedak bagi mempromosikan filem terbaru keluaran Grand Brilliant iaitu Girlfriend Kontrak. Secara kebetulan PapaG ade di Teluk Cempedak malam tu. Tak sangka. Antara pelakon yang turun malam adalah Farra Fauzana dan juga Keth Foo. Korang tau la kalau artis turun kat public mesti ramai yang kerumun. PapaG kat belakang jer. Tak la excited sangat. Hehehe. Antara aktiviti pelakon-pelakon Girlfriend Kontrak di Teluk Cempedak ialah mempromosikan filem sambil memberi hadiah buat pengunjung yang bertuah. Hadiah dia t-shirt rasmi Girlfriend Kontrak. Sapa dapat jawab soalan-soalan cepumas dari diorang dapat la hadiah tu.

Pelakon-pelakon-GIRLFRIEND-KONTRAK

Pelakon-pelakon-GIRLFRIEND-KONTRAK

Barisan pelakon Girlfriend Kontrak

1. Ristina Muneem
2. Keith Foo
3. Fara Fauzan
4. Azad Jazmin
5. Bront Palarae
6. Mustapha Kamal
7. Zarina Zainuddin 

Dan ramai lagi....

Sinopsis filem Girlfriend Kontrak

Girlfriend Kontrak mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Alisa lakonan Risteena Munim. Dia mempunyai misi untuk menyelamatkan kelip-kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh sebuah projek pembangunan. Projek tersebut dimiliki oleh seorang jutawan bernama Umar, lakonan Keith Foo. Umar ini jenis lelaki buaya darat.

Hendak dijadikan cerita, berlakunya satu konflik di mana Alisa terpaksa menjadi teman wanita kontrak kepada Umar dan dia menerima bayaran upah RM3,000 seminggu. Apa akan jadi seterusnya? Berjayakah Alisa dalam misi menyelamatkan kelip-kelip kesayangannya? Janga lupa tonton filem ni di pawagam bermula 24 September 2015.

With Love
Papaglamz

-sekian-

5 Tanda-tanda keguguran diawal usia kandungan

Tanda-tanda keguguran ketika hamil, Situasi orang yang gugur kandungannya


Assalamualaikum

Kembali semula bersama PapaG. Agak lama tak menulis entri. Yela kebelakangan ni PapaG agak sibuk menguruskan hal ehwal keluarga, isteri dan anak. Alhamdulillah urusan telah selesai. Bagi yang mengikuti PapaG di instaram dan facebook tentu tahu apa yang berlaku dengan Ibu Dhia. Bagi yang tidak tahu, sebenarnya Ibu Dhia baru sahaja keguguran kandungan 8 minggu. Bukan rezeki kami untuk melihat insan yang yang dikandungkan itu ke dunia. Tidak mengapalah kami redha. Tentunya ada hikmah yang tersembunyi disebalik apa yang berlaku. 

Tanda-tanda keguguran diawal usia kandungan

Sebelum ni PapaG ada kongsikan satu entri yang bertajuk Keguguran.. Kematian.. Ia Hilang Tapi…… Entri ni tentang apakah hikmah yang tersembunyi jika sekiranya anda mengalami keguguran. Jangan lupa untuk klik dan baca entri tu tau. Kali ini PapaG nak kongsikan apakah tanda-tanda keguguran diawal usia kandungan. Tanda-tanda ini adalah yang dialami oleh wife PapaG sendiri. Mungkin tanda-tanda ini berbeza bagi setiap orang.

Tanda-tanda keguguran PERTAMA - Sakit pangkal rahim yang berpanjangan

Wife PapaG mengadu kesakitan yang amat pada pangkal rahim. Pada mulanya kami tidak rasa pun yang ini merupakan tanda-tanda awal keguguran. Sebab semasa mengandungkan anak pertama, sengal-sengal dan sakit di pangkal rahim adalah perkara yang biasa. Yang peliknya ialah ianya berpanjangan. Dalam sehari atau dua hari malah berterusan sampai seminggu.

Tanda-tanda keguguran KEDUA - Pedarahan yang sedikit tapi kerap

Selain sengal dan sakit pada pangkal rahim, wife PapaG mengalami sedikit pendarahan yang agak kerap. Kiranya setiap kali hendak menunaikan solat, mesti akan menunjukkan tanda-tanda pendarahan berlaku. Pada waktu ini kami agak risau sebab kemungkinan ini tanda-tanda awal keguguran. Kiranya pendarahan ini berlanjutan dalam 3 atau 4 hari sebelum pendarahan yang kuat berlaku.

Tanda-tanda keguguran KETIGA - Tiada perubahan pada saiz kantung baby

Sebenarnya pada hari pertama pendarahan berlaku, PapaG dah menghantar wife pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Pada mulanya doktor tidak dapat membuat keputusan sebab saiz dan kantung baby sangat cantik menandakan janin masih ada. Oleh itu doktor mengambil keputusan untuk memberi tempoh dalam seminggu bagi melihat perkembangan janin. Selepas seminggu ternyata saiz kantung tak berubah. Doktor mengatakan ini merupakan tanda-tanda keguguran. Dalam seminggu ni memang wife mengalami pendarahan yang kerap di tambah sakit dan sengal pada rahim.

Tanda-tanda keguguran KEEMPAT - Kantung bayi dalam rahim pecah

Selepas scan yang kali ke-dua, wife PapaG mengalami pendarahan yang banyak. PapaG pergi la ke klinik semula. Doktor membuat imbasan dan ternyata kantung baby telah pecah. Ini menyatakan bahawa wife PapaG keguguran kandungan 8 minggu. Jadinya doktor membuat surat untuk di bawa ke hospital untuk cuci. Kiranya kes ini jadi kes hospital la. 

Tanda-tanda-keguguran-diawal-usia-kandungan
Gambar imbasan menunjukkan kantung bayi sudah pecah

Tanda-tanda keguguran KELIMA - Pendarahan yang sangat banyak dan keluar uri serta kantung bayi

OK ini amat mengerikan. Kejadian ini kat kampung. Pagi tu selepas subuh wife PapaG mengadu sakit perut yang amat sangat. Katanya sakit seperti nak bersalin. Ternyata pada pagi itu segala uri dan kantung bayi keluar dengan sendirinya. Kebetulan memang tengahari tu ada temujanji dengan doktor di hospital untuk cuci (DNC). Terkejut PapaG bila meliha dengan mata sendiri uri dan juga kantung bayi yang keluar. 

Maha suci Allah dia yang menjadikan dan dia yang menghilangkan. Itulah 5 tanda-tanda keguguran awal kandungan yang berlaku pada wife PapaG. Alhamdulillah selepas selesai cuci di hospital, wife kini kembali sihat. Doakan semoga beliau terus diberi kesihatan yang terbaik. Insyallah. 

Jadi, nasihat PapaG buat semua, jangan ambil mudah tau sekiranya anda mengalami sakit-sakit dan pendarahan rahim anda ketika hamil. Dapatkan khidmat nasihat doktor pakar jika ianya berlaku. Jaga diri dan kurangkan aktiviti yang lasak. Selamat menanti hari kehadiran insan comel dalam hidup anda. 

With Love
Papaglamz

-sekian- 
Mencipta Imaginasi Bersama Play Doh

Mencipta Imaginasi Bersama Play Doh

Sambutan Bulan PLAY-DOH®


Assalamualaikum

Alami Pengalaman Sambutan Bulan PLAY-DOH® 
Yang Julung Kali Diadakan! 
Kepelbagaian Komuniti Malaysia memberi inspirasi kepada anak anda untuk mencipta ukiran PLAY-DOH® terbaik, yang akan juga menjadi sebahagian dari cubaan memasuki The Malaysia Book of Records! 

Kuala Lumpur, 14 September 2015: Imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri.  

Ini menjadikan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan suatu berita yang amat menerujakan!

Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka  berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.  

Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik! 

Dengan PLAY-DOH®, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.
   
Displaying IMG_20150918_120412.jpg

Anda dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:

  • Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.
  • Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.
  • Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!   

Displaying IMG_20150921_115336.jpg

Displaying IMG_20150922_135001.jpg

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com

Disiarkan bagi pihak Hasbro Malaysia oleh IN.DEED Communications

Segmen Irrayyan : Hari Malaysia 2015

Sambutan Hari Malaysia 2015


Assalamualaikum

Tanggal 16 September setiap tahun pastinya kita tidak akan terlepas untuk menyambut Hari Malaysia. Dalam lipatan sejarah, Hari Malaysia adalah satu proses di mana Semenanjung Malaysia telah di satukan dengan Sabah dan Sarawak. Tentunya ini adalah sejarah yang manis bagi negara kita.

Sempena Hari Malaysia yang bakal tiba, Mommy Irra ada anjurkan segmen irrayyan: Hari Malaysia 2015. Segmen yang mudah. Korang boleh klik banner di bawah untuk keterangan lanjut.

Segmen irrayyan : Hari Malaysia 2015


Dalam segmen ini, korang kena berselfi/wefie. Jadi gambar di bawah ni aalah gambar wefie PapaG dan Imtiyaz yang menjadi pilihan.


Caption: Walau dalam apa jua keadaan kami tetap sayang Negara Kami. Terus ke arah negara maju dengan kepimpinan yang lebih padu dan BARU. Insyallah. We will waiting for that moment.

With Love
Papaglamz

-sekian-
5 Hakikat Romatis Dalam Mencari Jodoh

5 Hakikat Romatis Dalam Mencari Jodoh

Mencari jodoh yang romatik


Assalamualaikum

PapaG pasti semua inginkan jodoh yang romantik. Masing-masing mencari-cari jodoh yang romantik sebagai teman dalam melayari bahtera kehidupan. Namun, bila berbicara soal romantik ni, setiap orang pastinya mempunyai definisi ataupun pengertian yang berbeza. Mungkin ada yang beranggapan romantik itu bermaksud antara pasangan saling meluahkan rasa cinta antara mereka setiap hari. Dan ada juga yang merasakan romantik itu tatkala pasangannya menjalankan tanggungjawab atau amanah yang telah dipikul dalam kepimpinan rumah tangganya. Dam macam-macam lagi. 

Mencari jodoh yang romatik, Ciri-ciri jodoh romantik, Pasangan yang romantik

Walau bagaimanapun tafsiran romantik bagi seseorang, ingin PapaG kongsikan contoh kisah-kisah yang penuh dengan hakikat romantik yang perlu kita teladani dalam mencari cinta sejati

  • Romantik adalah ketika kata tak perlu terucap, hanya mata saling tatap, dan kita tahu cinta menggelora bagai samudra.
  • Romantik adalah Ali yang dimarahi Fatimah, terkunci tak boleh masuk rumah ketika pulang. Lalu tidur di serambi masjid berlumur debu.
  • Romantik adalah seperti Khadijah yang tak bertanya melihat suaminya pulang gemetaran, takut, menggigil. Hanya memahami, hanya menyelimuti.
  • Romantis adalah “Sebelum menikah denganmu, aku pernah mencintai seseorang,” kata Fatimah. “Siapa?” tanya Ali. “ENGKAU,” jawab Fatimah.
  • Romantik adalah saat Muhammad Saw dijemput kematian, dalam rintihan cinta paling tulus ia berkata, “Ummatku, ummatku, ummatku” 
Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah romantik para pejuang Islam yang kita boeh baca. Kisah romantiknya baginda Rasulullah adalah yang paling hebat. Walaupun beliau seorang nabi, namun sikap romantiknya pada isteri juga anak-anak serta umat seharusnya menjadi ikutan ummah. Romantik itu berasaskan satu sifat kasih sayang. Dan kasih sayang itu merupakan intipati dalam agama islam yang menginginkan setiap umatnya yang bersaudara mempunyai rasa saling menyayangi antara satu sama lain. Lantas menjadikan ukhwah sesama umat terbina kukuh. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-
Jodoh Ku Isteri Luar Biasa

Jodoh Ku Isteri Luar Biasa

Dia Isteri Luar Biasa


Oh wanita itu,
Yang tidak aku kenali,
Tiba-tiba menerjah kembali,
Dalam ruang kotak fikiranku.

Ternyata,
Bait-bait kata dari mak,
Mula meneroboh kembali,
Dalam ingatan ku.

Oh… Jodoh..

Mak begitu teruja,
Memulakan bait cerita,
Cerita yang bukan fiksyen,
Suatu cerita realiti,
Cerita itu bakal menghentikan,
Perjalanan hidup bujangku.

Oh wanita itu,
Jodoh pilihan mak,
Sungguh luar biasa,
Ruang lingkup mana yang mak suka?
Sisi kebaikan apakah yang mak perhatikan?
Aku mencari…… Jawapan……

Tapi....

Aku redha... Aku pasti...
Kata-kata mak pasti betul,
Setiap apa yang berlaku,
Pasti ada hikmah di sebaliknya,
Keyakinan mak pada wanita itu,
Menjadi penguat bagi ku,
Untuk aku terus menerima,
Seadanya…
Tanpa soal bicara…

Kini…

Dia isteriku,
Dan juga Ibu kepada puteri sulungku,
Ku sayang padanya,
Cinta yang beputik,
Kian mekar bersama wangian indah,
Menyeri indah kehidupan kami.

Dialah Isteriku
Semakin aku kenali,
Semakin nyata keluarbiasaannya,
Aku bersyukur dikurniakan
ISTERI LUAR BIASA
Sepertinya.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Rosak Program Malam Jumaat Aku

Tanggungjawab demi sesuap nasi yang halal lagi berkat


Assalamualaikum

Sedang melayan blog dengan amannya, tetiba bos hantar wassap. seperti di bawah:


Nampak tak yelaaanye tu. Hehehe

Ok la. Nak siap-siap. Doakan PapaG tabah menemouhi segalanya.

#ThinkPositif 
#TakSabarNakTengokAkaunBank23HariBulan

With Love
Papaglamz

-sekian-

Resepi Sambal Sotong Jejaka Idaman

Resepi Sambal Sotong Yang Mudah Tapi Sedap


Assalamualaikum

Hari ini PapaG nak berkongsi pada anda semua satu resepi mudah yang diilhamkan dari sahabat PapaG. 2 hari lepas dia ada bawak bekal datang ke tempat kerja. Bekal nasi dengan Sambal Sotong. Kalau nak diikutkan PapaG ni pantang sikit kalau makan seafood. Tapi kalau dah depan mata tu. Kita sambar je la. Cuma beringat jela. Jangan overdose. Di takuti akan membawa kesan yang serious pada kulit.

Sambal-sotong-mudah-nak-masak

Ibu Dhia korang pun suka dengan sambal sotong. Padahal kami berdua ni ada sedikit alah pada makanan laut. Tapi macam PapaG cakap tadi, kalau dah depan mata kami makan juga. Takut kempunan pula kalau tak makan nanti. Hehehe

Resepi sambal sotong ni berbagai variasi. Ada yang telah improvise resepi sambal sotong ni dengan menambah baha-bahan lain seperti petai. Kalau kita tambah petai jadi la sambal sotong petai. Lagi satu ade tu yang sengaja tak membersihkan dakwat yang ada pada sotong. Bila dimasak, sambal sotong akan jadi berwarna hitam. Macam-macam kan?

Sekarang ni mudah sahaja kalau kita nak tau resepi-resepi masakan. Macam yang PapaG kongsikan ni. Korang boleh cuba di rumah. Resepi sambal sotong ni mudah sebab hasil dari tangan lelaki. Check it out.

RESEPI SAMBAL SOTONG JEJAKA IDAMAN 

Bahan-bahan

1 Kg sotong
2 Genggam cili kering (Kalau nak guna cili boh pon boleh)
4 Biji bawang merah
4 Biji bawang putih
1 Biji bawang besar
Sedikit kunyit
Asam jawa
Garam
Gula

Cara-cara memasak

Siang sotong dan potong ikut kesukaan anda. Seterusnya kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan kunyit. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi. Selepas naik bau dan agak kering, masukkan sotong. Sesuaikan rasa dengan memasukkan air asam jawa, garam dan gula. Masukkan pula bawang besar yang di potong mayang. Siap dan boleh la di hidang. Mudah kan.?

Mudah sahaja kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Menunggang Kuda di Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan

Menunggang Kuda di Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan

Sunnah menunggang kuda, Sukan sunnah, Kelebihan menunggang kuda


Assalamualaikum

Menunggang kuda merupakan satu aktiviti yang sihat dan ia juga adalah salah satu sukan yang menjadi sunnah Rasulullah SAW. Baru-baru ini PapaG berkesempatan menunggang kuda di Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan. Alhamdulillah dapat la merasa menunggang kuda bersama Imtiyaz. Bagi mereka yang datang ke Kuantan, jangan lupa untuk singgah di Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan ini. Lokasinya mudah sahaja. Ia berdekatan dengan Kelab Golf Diraja Pahang, jalan menuju ke Teluk Cempedak.

Sukan-berkuda-sukan-sunnah-dan-menyihatkan-Zoo-Kuantan


Sukan-berkuda-sukan-sunnah-dan-menyihatkan-Zoo-Kuantan


Di Mini Zoo Taman Teruntum ni tak la sebesar zoo negara. Keluasan zoo ini kecil sahaja. Ada la beberapa haiwan-haiwan yang dapat dilihat di dalam zoo ini. Dan yang pasti, aktiviti paling menyeronokkan ialah menunggang kuda. Yela, bukan selalu kan. Harganya juga berpatutan. Hanya RM 5 untuk satu pusingan. 

Sebenarnya banyak khasiat dan kebaikan bila kita menunggang kuda. Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik  pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem  saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ‘ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.  Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Sumber: Heliconia

Jadi, jom nikmati aktiviti menunggang kuda di Mini Zoo Taman Teruntum. Walaupun hanya mini zoo, tapi anda pasti dapat menimpa pengalaman berharga. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-

5 Perkara Menarik Tentang Negeri Johor

Perkara menarik tentang negeri johor, Johor Darul Ta'zim, JDT, Luaskan Kuasamu Johor, Zapin, Laksa Johor, Johor Outlet Premium


Assalamualaikum

Bertemu lagi. Alhamdulillah Papaglamz masih mampu lagi menaip di lembaran maya ini. Terasa nak berserita tentang keunikan negeri Johor la. Korang nak tahu tak PERKARA-PERKARA MENARIK TENTANG NEGERI JOHOR? Jom PapaG kongsikan.

1. Laksa Johor

Setiap negeri tentu sahaja mempunyai makanan rasmi mereka sendiri kan? Jadi, kat johor ni makanan yang famous orang akan tanya mestilah laksa johor. Laksa johor adalah lain daripada laksa-laksa yang lain. Nak tau ape yang berbeza? Yang bezanya ialah kuah die dan mee yang di gunakan. Kuah dia santan based dan mee dia guna spagethi. Laksa Johor ni favourite Papaglamz tau. Biasa time-time kenduri ade laksa johor, memang yang ni la akan Papaglamz jamah dulu. Yang lain kemudian.


Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium

2. Nasi Ambeng

Selain laksa johor. Bagi masyarakat jawa di Johor, mereka popular dengan nasi ambeng. Papaglamz sure ramai yang tau pasal nasi ambeng ni. Biasenya nasi ambeng ni di hidang time-time majlis kenduri tahlil atau potong jambul dan majlis kenduri kesyukuran di rumah-rumah atau surau. Susah tau sekarang ni nak cari nasi ambeng yang di makan masa kenduri. Kebanyakanya sekarang guna style buffete. Korang mesti nak tau kan ape yang terdapat dalam nasi ambeng ni? Secara asasnya, di dalam sebuah hidangan nasi ambeng yang wajib ade ialah nasi, ayam masak kicap (resepi asal) ataupun kari ataupun masak merah, mee goreng, serunding, sambal goreng, masak lodeh, dan ikan kering. Ni yang asas la. Ade orang tambah lagi macam-macam. Bagi Papaglamz nasi ambeng paling best. Lelagi makan time kenduri tahlil kat rumah orang. Makan dalam dulang ramai-ramai. Tetibe rindu nak balik kampung. Sob sob sob.

Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium

3. Zapin

Selain makanan, di Johor juga terdapat budaya yang unik dari negeri-negeri lain. Sebagai contoh, negeri Johor sangat terkenal dengan seni tarian zapinnya. Bermacam-macam jenis tarian zapin yang ada kat johor ni. Zapin Tenglu, Zapin Parit Makasar, Zapin Teluk Belanga, Zapin Melayu Asli, Zapin Pekajang dan banyak lagi. Pendedahan seni tarian zapin ni bermula sejak dari kanak-kanak lagi. Diorang ni siap ade pertandingan zapin antara sekolah-sekolah tadika. Comel kan? Selain bebudak kecik, belia-belia jugak ade yang menyertai zapin ni di kolej-kolej ataupun universiti-universiti masing. Tak kalah jugak bagi golongan emas, mereka juga lincah berzapin. By the way, Papaglamz juga dulu penzapin tegar. Tapi sesejak dah kawen ni slow down dah. Nampak tak sedap pulak mata memandang tua-tua masih lagi terkinja-kinja di atad pentas tu kan. Huhuhu


Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium

Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium

Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium

4. Kuda Kepang

Selain zapin, masyarakat johor juga terkenal dengan seni tari kuda kepang. Sejarahnya, budaya tarian kuda kepang ni berasal dari tanah jawa. Oleh sebab ramai penduduk tanah jawa yang berpindah di negeri johor semasa pemrintahan belanda, seni tari kuda kepang juga dibawa masuk ke sini. Tapi, kuda kepang ni ada unsur-unsur khurafatnya. Papaglamz memang tak berani nak tengok rapat-rapat. Secara asasnya bila cakap tentang kuda kepang je mesti orang akan cakap pasal isim. Isim ni macam rasukan gitu la. Kira bila kita berkuda kepang, ada satu entitiain yang telah memasuki badan si pemain kuda kepang tu. Tu yang boleh makan kaca, panjat pokok kelapa yang tinggi, kupas kelapa guna gigi dan macam-macam lagi la yang di luar kemampuan manusia biasa mereka buat. Haish seram la. Mintak di jauhkan la dari Papaglamz.

Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium

Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium

5. Shopping di Johor Premium Outlet (JPO)

JPO memang tampat wajib singgah kalau kat johor ni. Semua barang-barang branded dan mahal-mahal ok. Sape yang kaya tu sila la jalan kat JPO ni. Terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Senai memudahkan para pelancong untuk singgah di JPO membeli cenderamata. Tapi... Papaglamz tak pernah pun pergi JPO ni. Hahaha. #Kbai.

Perkara-menarik-tentang-negeri-johor-Darul-Ta'zim-JDT-Luaskan-Kuasamu-Johor-Zapin-Laksa-Johor-Outlet-Premium

Jadi, sampai sini je lah perakara menarik tentang johor. Sebenarnya banyak lagi. Meh Papaglamz list kan:
  • Danga Bay.
  • Tanjung Piai - Tempat paling hujung di benua Asia.
  • Pantai-Pantai menarik.
  • Anak-anak muda yang ayu dan tampan.
  • Stadium Larkin yang mantap.. LUASKAN KUASA MU. Hahaha.
Ok la tu jer. 

-sekian-
Lengkuas Muda Baik Untuk Wanita Selepas Bersalin?

Lengkuas Muda Baik Untuk Wanita Selepas Bersalin?

Tip berpantang dengan lengkuas


Assalamualaikum

Baru-baru ni PapaG ada terbaca satu artikel tentang kebaikan Lengkuas bagi wanita-wanita selepas bersalin? Teruja sekejap sebab tak pernah tahu langsung. Semasa isteri PapaG berpantang anak yang pertama aritu, tak pernah pula mak PapaG cakap tentang khasiat lengkuas. Jadi lepas ni, nak suruh isteri PapaG makan lengkuas kalau berpantang. 

Tip-berpantang-dengan-lengkuas-Menu-orang-berpantang-Menu-sihat-Health-Recipe

Korang selalu ke dengar tentang lengkuas? 

Lengkuas ni boleh di kategorikan sebagai tumbuhan ubi-ubian. Sebab buahnya di dalam tanah. Lengkuas biasanya orang guna sebagai bahan tambahan di dalam masakan. Oleh kerana lengkuas ni mempunyai bau, apabila di campurkan kedalam masakan, ia akan membuat aroma makanan itu bertambah enak dan lazat.

Boleh juga dikatakan lengkuas ini termasuk di dalam kategori herba. Yela khasiatnya yang banyak bagaikan herba-herba asli yang wujud di dunia ini. Korang mesti nak tahu antara khasiat-khasiat lengkuas yang lain kan?

Antara khasiat lengkuas termasuklah mengubati:


  1. Kembung, sebab.
  2. Paru-paru (semput)
  3. Kurap
  4. Eksema
  5. Demam disertai pembesaran limpah
  6. Pembersihan selepas bersalin (nifas)
  7. Radang telinga
  8. Brontokhitis
  9. Masuk angin
  10. Diare
  11. Sakit gigi
  12. Obat kuat (aphrodisiak)
Haa banyak kan khasiat lengkuas ni? Patut la dulu mak PapaG pernah minum air rebusan lengkuas macam tu jer. Rupanya banyak khasiat lengkuas untuk menjaga kesihatan. Untuk ibu yang sedang berpantang tu jangan lupa terjah entri 17 Resepi Menu Masakan Buat Ibu Sedang Berpantang atau Selepas Bersalin untuk melihat menu-menu baik bagi memulihka kesihatan. Lebih-lebih lagi menu berasaskan lengkuas. Selamat mencuba. Wallahualam


With Love
Papaglamz

-sekian-


Dengan Berbisik Anak Mudah Mendengar Kata?

Dengan Berbisik Anak Mudah Mendengar Kata?

Petua anak dengar kata,  Cara nasihat anak agar dengar kata


Assalamualaikum

Anak... Anak.. Anak.. Kadang letih melayan kerenah dia. Kerenah anak-anak yang hendak membesar memang sangat mencabar. Tak dapat bayangkan bagaimana orang-orang zaman dahulu mampu beranak ramai. Kadang tu susah hendak membuatkan anak-anak mendengar kata kita. Bila kita marha, menjerit dan sebagainya bukanlah satu jalan penyelesaian untuk membuatkan anak-anak kita mendengar kata kita.

Cara-nasihat-anak-agar-dengar-kata

Alangkah indahnya jika anak-anak dapat mendengar kata tanpa perlu kita menjerit-jerit memarahinya. Mungkin dengan komunikasi yang baik dapat kita gunakan dalam mengatasi masalah ini. Daripada cuba memaksa anak-anak untuk mendengar kata dengan paksaan dan sebagainya mungkin kita boleh cuba beberapa cara di bawah untuk mengatasi masalah ini:

Jalinkan hubungan

Hubungan di sini membawa maksud membina keserasian ataupun ikatan yang mesra antara anak dan juga ibu bapa. Apabila hubungan antara ibu bapa dan anak-anak kuat, maka akan mudahlah anak-anak anda untuk bertindakbalas dengan segala arahan ataupun kata-kata anda sebagai ibu bapa. Antara cara-cara yang boleh digunapakai untuk menguatkan lagi hubungan antara anak dan ibu bapa ialah dengan bermain bersama, membaca bersama, melakukan aktiviti bersama dan ketawa bersama. Insyallah ikatan yang lebih arab antara anak dan ibu bapa menjadikan mereka lebih mendengar kata-kata dari anda.

Berbisik atau rendahkan suara

Bagi anak-anak berbisik merupakan sesuatu yang amat menyeronokkan. Mereka rasa gembira sekiranya seseorang berbisik di telinganya. Cuba anda lakukan, pasti anak-anak akan tersenyum riang. Berbisik di sini membawa maksud, perlahankan suara anda jika bercakap dengan anak-anak. Gunakan nada manja atau kasih sayang bukan nada geram atau marah. Insyallah anak-anak anda akan lebih mudah mendengar kata.

Gunakan bahasa badan atau pandangan mata

Daripada anda menjerit-jerit dari jauh untuk meminta anak anda membuat sesuatu, apa kata anda mendekati anak anda. Pandang pada matanya dengan senyuman dan berkata dengan kasih sayang perimintaan anda. Insyallah anak-anak akan mudah mengikuti apa yang anda inginkan. Orang kata, sopan dalam mengganggu aktiviti anak. 

Ulangi permintaan anda

Apabila anda telah bercakap pada anak anda akan permintaan anda, cuba suruh mereka ulang kembali. Ini bagi memastikan maklumat yang anda ingin sampaikan telah mereka terima. Insyallah jika anak anda mampu mengulangi apa yang anda ingin kan, mereka akan mudah faham dan permintaan anda akan diikuti oleh anak anda.

 Hormati dan hargai anak anda

Andainya anak anda telah melakukan apa yang anda ingin kan, apa kata hargai mereka. Mungkin cukup dengan ucapan terima kasih dan sebuah kucupan mesra ditambah dengan pelukan hangat dari ibu atau ayah. Pastinya mereka gembira dan hubungan anda dengan mereka pasti bertambah erat. Insyallah

Sebenarnya anak-anak kita boleh mendengar kata dengan mudah. Tetapi ia bermula dari kita sebagai ibu bapa. Bagaiman tindakan yang kita ambil dalam memberi arahan-arahan pada anak-anak dan corak atau tabiat percakapan kita dengan mereka. Itu semua memberi kesan. Jadi, ubah cara percakapan anda dengan anak-anak. Isyallah mereka akan mudah mendengar kata. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-

Permata Hati Ayah Ibu



Kata-kata buat anak, Anak soleh dan solehah


Assalamualaikum

Selamat pagi salam ceria buat semua pembaca Papaglamz.com yang PapaG kasihi. Hari ni pelajar-pelajar darjah 6 akan menghadapi peperiksaan Ujian Penilian Sekolah Rendah (UPSR). Jadi PapaG doakan semoga anak-anak semua di beri ketenangan dan kemudahan dalam menjawab semua soalan-soalan nanti. Insyallah.
Permata-Hati-Ayah-Ibu

Anak-anak sekalian, ingat anda ialah permata buat kami kedua ayah dan ibu mu. Anak-anak yang mendapat didikan yang sempurna insyallah akan menjadi benteng dari Azab Allah SWT. Pastinya kami bahagia sekiranya dapat melihat anak-anak yang mereka didik membesar dengan baik dan menjadi anak soleh dan solehah. Orang kata sejuk perut ibu mengandung.

Wahai permata hati ayah ibu, dalam menjaga anak-anak ni kadang kala kita diuji dengan kesabaran kan? Pelbagai kerenah juga tingkah laku anak-anak yang boleh mengugat kesabaran. Tapi sebagai ibu bapa kita harus sabar. Jangan cepat melenting. Sabar itu kan sebahagian dari iman. Saaabooorr jelaaa. Hehehe

Sebagai seorang anak ni kita wajib berbakti kepada kedua orang tua kita. PapaG juga seorang anak yang menjadi permata hati mereka. Ia bertujuan untuk membahagiakan mereka tatkala meniti hari tua. Dalam islam meletakkan darjat ibu bapa dalam kedudukan yang mulia. Sebagai anak, apa salahnya kita memberi kasih sayang yang sewajarnya pada mereka. Ye la, masa kita kecil, di tatangnya kita umpama minyak yang penuh. Bila kita sudah dewasa, kenanglah jasa meraka.

Akhir kata dari PapaG, ingat jangan derhaka pada ayah dan ibu. Sebuah hadis ada mengatakan:
“Semua dosa akan ditangguhkan Allah, iaitu balasan menurut kehendaknya sehingga hari kiamat kecuali balasan menderhaka kepada ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pad masa hidupnya sebelum mati.” (Riwayat Al-Hakam) 

Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-

Resepi Ikan Goreng Tumis Cili Padi Panas Membara

Resepi Masakan Ikan yang mudah dan menyelerakan


Assalamualaikum

Dalam kita melakukan tugas dan aktiviti seharian, tidak salah seandainya kita bersama keluarga merehatkan minda di rumah. Bersantai dengan keluarga di syurga rumah tangga yang kita bina. Apa kata jadikan rumah kita sebagai tempat percutian yang menarik. Sebenarnya macam-macam aktiviti yang boleh di lakukan di rumah. Contohnya memasak. Memasak bersama keluarga memang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi kalau bereksperiment menu-menu masakan. Baru-baru ini Ibu Dhia ada masakakan PapaG menu Ikan Goreng Tumis Cili Padi untuk makan malam kami.

Kebetulan semasa PapaG pergi pasar ade ternampak ikan yang segar Jadi PapaG beli la sedikit cukup-cukup untuk kami berdua. Ikan goreng tumis cili padi ni mudah sahaja cara nak buatnya. Setengah orang ade yang gunakan cili kering atau pun cili boh. Tapi untuk resepi kali ini kami gunakan cili padi yang berwarna merah. Memang pedas mencengkam la. Kami sekeluarga suka sekiranya masakan tu pedas sedikit. Orang kata lidah jawa kan. Hehehe.


Resepi Ikan Goreng Tumis Cili Padi

Bahan-bahan

Ikan yang di goreng
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi warna merah
Sedikit bilis
Garam
Gula
Air asam jawa
Daun sup untuk hiasan

Cara-cara memasak Ikan Goreng Tumis Cili Padi
  • Goreng ikan.
  • Tumbuk bawang merah, putih, bilis, dan cili.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang di tumbuk tadi.
  • Setelah naik bau, sesuaikan rasa dengan mencampurkan air asam, garam dan gula.
  • Setelah siap, masukkan ikan yang telah di goreng tadi.
  • Siap dan boleh la di hidang

Mudahkan? Ikan goreng tumis cili padi sedap kalau di makan dengan nasi putih panas-panas. epas tu di tambah pula dengan sayur labu air masak lada hitam macam resepi yang PapaG kongsikan sebelum ini. Memang terangkat la. Hehehe. Ok la selamat mencuba. 

With Love
Papaglamz

-sekian-






Kuantan di Landa Jerebu?

Kuantan di Landa Jerebu?

Air Pollutant Index (API), Indek Pencemaran Udara, Jerebu di Kuantan


Assalamualaikum

Masa entri ni di tulis, PapaG baru balik dari kerja. Cuma ingin berkongsi sesuatu buat pembaca semua. Hari ini PapaG rasakan Kuantan di landa jerebu je. Ye la, masa di kilang, kelihatan persekitaran di kuantan berasap. Kemudian semasa balik dari kerja pun PapaG nampak keadaan yang berasap umpama jerebu. Adakah Kuantan sedang di landa jerebu lagi? Rasanya awal-awal tahun 2015 hari tu, Kuantan telah mengalami jerebu dengan bacaan Air Polutant Index (API) yang tinggi. Mungkin kini ia datang kembali. Lagi pun, agak lama juga tak hujan kat kuantan ni.

Air-Pollutant-Index-API-Indek-Pencemaran-Udara-Jerebu-di-Kuantan

Air PollutantIndex (API)

Air Pollutant Index (API) atau dalam bahasa melayu dipanggil Indek Pencemaran Udara. Bacaan index inilah yang akan menjadi satu kayu pengukur tahap keseriusan jerebu ataupu pencemaran udara di sesuatu kawasan. Untuk anda mengetahui indek pencemaran udara di kawasan anda, anda boleh mengekses masuk ke laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar di bawah Kementerian Sumber Semulajadi dan Persekitaran (Klik Di Sini). Untuk pengetahuan semua, bacaan indek ini akan di kemaskini seiap hari. Jadi, boleh la kita melihat sebagai langkah berjaga-jaga buat kita.

Indeks Pencemar Udara (IPU) di Malaysia

0-50 -----Sihat
51-100 ----sederhana
101-200 -------tidak sihat
201-300 ------sangat tidak sihat
300 --------Berbahaya

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya jerbu melanda?

  • Menutup hidung dan mulut semasa berada di luar
  • Memakai kaca mata yang boleh melindungi mata
  • Meminum air yang banyak untuk melegakan rongga pernafasan, khususnya tekak
  • Memasukkan air dalam hidung bagi membersihkan saluran hidung yang menapis kotoran
  • Kerap mencuci muka dan badan bagi menghilangkan kotoran
  • Kerap mengambil wuduk bagi orang Islam
  • Ambil makan seimbang yang berkhasiat terutama sayuran dan buah-buahan
  • Kurangkan masa berada diluar rumah atau bangunan
  • Mungkin pengambilan vitamin serta makanan kesihatan dapat meningkatkan imuniti dan tahap kesihatan
  • Mungkin juga penggunaan alat pembersih udara dalam tempat tertutup boleh membantu mengekalkan udara dalaman yang bersih
  • Kurangkan aktiviti yang menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti: menyembur, mengecat
  • Menggunakan air semburan untuk menggurangkan habuk
  • Mengurangkan penggunaan alat yang boleh menghasilkan bahan pencemaran
  • Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
  • Mengalakkan penggunaan kenderaan awam
  • Menasihati orang awan menjauhi tempat berjerebu
  • Pengharaman pembakaran secara terbuka
  • Kawalan lebih ketat kepada industri.
  • Mengurangkan waktu persekolahan.
  • Mengurangkan masa bekerja
  • Penggunaan kenderaan awam secara percuma atau diskaun
  • Pesakit mengidapi penyakit pernafasan dinasihati meninggalkan kawasan yang terlibat
  • Mengurangkan aktiviti kemungkaran dan kemaksiatan kerana setiap yang berlaku didunia ini pasti ada kaitannya dengan dosa, kerosakan dan kezaliman yang dibuat manusia itu sendiri
  • Bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan agar diturunkan hujan bagi membersihkan kembali udara

Harapnya tak la teruk sangat sekiranya Kuantan di landa jerebu lagi. Semoga entri ini berfaedah buat semua. Ingat berhati-hati dengan pencemaran uadara kerana ia boleh memudaratkn kesihatan. Cuba amalkan perkara yang PapaG kongsikan di atas tu. Wallahualam

With Love
Papaglamz

-sekian-

Kanser | Kerana Cinta Semangatnya Untuk Hidup Terus Membara

Penderita pesakit kanser, Kerana cinta semangat terus membara untuk hidup, Cancer, Majlis Kanser Malaysia (MAKNA)


Assalamualaikum

Bila berbicara tentang cinta, skopnya sangat luas. Bukan hanya cinta lelaki dan wanita sahaja. Malah ia lebih dari itu. Ada cinta yang di cipta antara ibu dan anak. Dan ada cinta yang tercipta untuk keluarga. Cinta juga mampu menjadikan seseorang itu bersemangat untuk meneruskan hidup sekiranya kita di timpa pelbagai musibah dan dugaan. PapaG terpanggil untuk berkongsi kisah duka yang berakhir dengan suka berkat semangat dari cintanya pada anak-anak membantunya dalam mengharungi hari-harinya sebagai seorang penghidap kanser payudara. 


Riak wajah ceria Norina Aziz, 49, yang lebih mesra disapa Kak Ina berubah muram saat teringatkan kembali detik mengejut apabila disahkan mengidap kanser payudara sekitar bulan September 2009. Ibarat kata pepatah ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ bergenang air mata si ibu tunggal ini menceritakan semula keperitan hidup yang terpaksa ditempuhi seorang diri selepas kematian suami tercinta 14 tahun lalu.

“Dunia gelap gelita, saat itu hanya terpikirkan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian. Demi mereka saya kuatkan semangat kerana tidak mahu anak melalui pengalaman saya kematian ibu sewaktu masih kecil.
“Kehidupan kami sebelum ini bukan senang hanya bergantung kepada hasil pendapatan memasak di kantin. Namun sekurangnya sihat untuk bekerja tetapi semuanya berubah setelah saya jatuh sakit,” katanya yang berasal dari Bagan Dalam, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Kesan awal, rujuk ke hospital.

Pengalaman pahit ini bermula apabila dia mengesan wujud kelainan pada anggota badannya, apabila terasa ada ketulan kecil seakan-akan biji asing sewaktu ditekan di kawasan bahagian atas payudara sebelah kanannya.
“Bimbang berlaku sesuatu yang buruk saya segera mendapatkan pemeriksaan awal di klinik kesihatan berdekatan sebelum diminta untuk rujuk ke Hospital Seberang Jaya bagi pemeriksaan lanjut.
“Dalam tempoh sebulan lebih macam-macam ujian terpaksa ditempuhi untuk mengesan penyakit. Akhirnya doktor mengesahkan saya mengidap kanser payudara dan diminta menjalani pembedahan kecil.
“Waktu itu pelbagai perasaan berperang dalam diri sedih, bimbang, takut. Dalam kepala asyik teringatkan anak. Syukurlah kakitangan hospital termasuk badan sokongan pesakit kanser, jiran banyak memberi semangat untuk melawan penyakit,” katanya.
Pembedahan kali pertama berjalan seperti dirancang, namun setelah membuat rawatan susulan ternyata saki baki sel-sel kanser masih ada memaksa pembedahan kali kedua membuang keseluruhan payudara kanan terpaksa dilaksanakan pada Januari 2010.

Dugaan demi dugaan, kuatkan semangat untuk pulih.

Selepas selesai pembedahan kali kedua, dia menjalani pelbagai prosedur lain termasuk mencuci luka dan kemoterapi yang ditetapkan untuk memastikan betul-betul bebas daripada kanser berkenaan.
“Selalunya kemoterapi berjalan dalam tempoh enam bulan, namun saya berlangsung hingga setahun lebih berikutan tahap kesihatan diri tidak menentu dan apabila tidak sihat terpaksa menangguh sementara rawatan.
“Bukan mudah untuk menghadapi kesan sampingan sepanjang tempoh menjalani kemoterapi termasuklah rambut gugur, kawasan mulut menjadi kering, hilang selera makan tetapi saya tetap lawan supaya cepat sembuh,” katanya.
Penderitaan yang dialami turut mengajar anak-anaknya supaya berdikari menguruskan diri sendiri walaupun ketiga-tiga mereka adalah lelaki. Anak sulung kini melanjutkan pelajaran di politeknik, kedua di tingkatan lima sebuah sekolah teknik serta ketiga di tingkatan dua.
“Dalam tempoh berkenaan, mereka sendiri masak nasi, baju baju dan kemas rumah. Saya tidak larat untuk bergerak sebaliknya hanya terbaring sahaja. Jika mereka ke sekolah akan ada jiran menghantar makanan ke rumah.
“Walaupun hilang punca pendapatan, namun rezeki Allah tidak putus. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut memberi bantuan bulanan RM300 untuk anak meneruskan persekolahan mereka,” katanya.
Mendung suram berarak pergi.

Ketabahannya mengharungi ujian berat semata-mata memikirkan masa depan anak-anak akhirnya terbayar apabila ditawarkan bekerja menjadi tukang jahit di bawah pengurusan Badan Sokongan Pesakit Kanser, Hospital Seberang Jaya pada pertengahan 2010.
“Saya terima tawaran itu walaupun tidak mempunyai sebarang asas dalam bidang jahitan sewaktu mula bekerja. Namun berkat tunjuk ajar kakitangan hospital saya mampu menjahit baju kurung, langsir, cadar, barangan kraftangan seperti beg kain, bekas pensil.
“Kehidupan kami sekeluarga kini semakin baik apabila memperoleh pendapatan hasil menjahit kira-kira RM1000 sebulan, saya mampu membeli sebuah motosikal untuk berulang-alik ke hospital serta menanggung keluarga,” katanya.
Biarpun masih bergantung kepada bekalan ubatan untuk tempoh lima tahun selepas pembedahan, dia mengakui hidupnya semakin ceria dan bersemangat untuk terus hidup. Kisah hidupnya tidak terhenti setakat itu sebaliknya dia bersama beberapa rakan senasib Sharifah Maziam Syed Romly,46, dan Faridah Sheni Hussain, 67 seringkali berkongsi pengalaman yang ditempuhi mereka untuk menjadi pembakar semangat kepada pesakit baru melawan kanser.

Aktif sertai aktiviti badan sokongan pesakit kanser.

Penglibatannya dalam badan bukan kerajaan (NGO) badan sokongan pesakit kanser membuka ruang untuk membantu lebih ramai kalangan pesakit yang melalui nasib sama.
“Banyak aktiviti yang dianjurkan termasuk menjual pelbagai produk kraftangan, makanan, lawatan ke tempat menarik seperti Kelantan dan Pulau Langkawi. Aktiviti seperti ini menyeronokkan serta mengeratkan hubungan pesakit dengan kakitangan hospital.
“Melalui badan ini juga, bekas pesakit turut berpeluang memberi sokongan berterusan kepada pesakit baru melalui sesi kaunseling, bimbingan dari segi mengurusan emosi, pemakanan dan sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, dia turut menasihatkan golongan wanita di luar sana supaya segera mendapatkan rawatan awal dengan berjumpa doktor sebelum terlambat kerana kelewatan mendapatkan rawatan boleh mengancam nyawa.

Di petik dari : Sumber

Begitulah dapat dilihat betapa ketabahan sesorang wanita yang kehilangan suami dan pada masa yang sama disakan menghidapi penyakit kanser. Namun demi anak-anak dan keluarga, beliau terus tabah dan bersemangat untuk meneruskan hidup ini. PapaG doakan semoga Puan Norina terus cekal dan terus bersemangat serta diberi kesembuhan yang terbaik. Insyallah

With Love
Papaglamz

-sekian-
Mahu Mencari Cinta Yang Bagaimana?

Mahu Mencari Cinta Yang Bagaimana?

Mencari Cinta Sejati, Mencari Cinta Kerana Allah, Nasihat Semangat Cinta, Cinta Nafsu, Cinta Menuju Ke Syurga


Assalamualaikum

Ternyata cinta itu membahagiakan bagi mereka yang sebenar-benarnya mencari cinta yang ingin menuju kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Beruntung bagi mereka telah pun berjaya dalam mencari cinta sejatinya. Seseorang yang telah menemui cinta sejati dan memahami erti cinta yang sebenarnya pasti berada dalam suasana yang bahagia. Pencari cinta sejati sudah pasti akan berusaha mencintai serta menyayangi pasangannya sepenuh hati dalam menuju bahtera cinta abadi di Syurga nanti. 

Mencari-Cinta-Sejati-Mencari-Cinta-Kerana-Allah-Nasihat-Semangat-Cinta-Cinta-Nafsu-Cinta-Menuju-Ke-Syurga

Kebahagiaan bagi pasangan yang mencari cinta sejati di capai pabila setiap pelaku cerita dalam cerita cinta sejati itu memilih untuk saling membahagiakan dan juga saling menyayangi. Ada orang mengatakan bahawa jika ingin bahagia, kita harus memberi kebahagiaan pada orang lain. Dan jika kita ingin di sayangi, kita harus menyayangi orang lain. Itu lah hukum karma dalam hidup. You get what you give. Sentiasalah berbuat baik kepada pasangan dengan menjaga, meyayangi dan segala yang baik. Insyallah memberi yang baik pasti anda akan mendapat yang baik juga. 

Itu kisah bagi pencari cinta sejati. Bagimana jika seseorang itu hanya mencari cinta yang berlandaskan nafsu semata? Mungkin cinta yang ditafsirkan olehnya hanyalah sebagai satu proses memuaskan nafsu semata tanpa ada sedikit rasa kebertanggungjawaban. Mereka sering menganggap bahawa nafsu itu adalah cinta. Awas...!!! Jika anda mencari cinta yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata, ia merbahaya. Waktu ini, segala atuk nenek syaitan akan berusaha sepenuh hati mereka untuk menggoda anda agar terjerumus ke dalam lembah dosa iaitu ZINA.

Selain itu, bagi mereka yang mencari cinta yang berlandskan nafsu semata-mata, mudah untuk merasa kecewa. Pernah dengar pepatah malayu mengatakan habis manis sepah di buang? Apabila nafsu telah di penuhi, cinta akan dibuang ketepi. Bila cinta telah di buang, pastinya kekecewaan akan menyelubungi hati. Betul tak? 

Andai anda takut kecewa dalam cinta. Carilah cinta yang hakiki. Cinta dari Maha Pemberi dan Maha Pencipta rasa cinta. Pastinya anda bahagia. Cintakan bunga bunga akan layu, Cintakan manusia, manusia akan mati. Tapi cintakan Allah, ia kekal selamanya. Bukan hanya kekal di dunia malah di Syurga nanti. Insyallah. Selamat mencari cinta. Wallahualam.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Google+ Followers