Ais Krim Malaysia Asam Boi

Ais Krim Malaysia


Assalamualaikum 

Ais Krim Malaysia | Rasanya nak melihat di kedai-kedai jual ais krim Malaysia sekarang ni agak jarang. Betul tak? Dulu masa sekolah rendah, hari-hari makan ais krim Malaysia beli di kantin sekolah. Macam-macam perasa ada. Perasa sirap, milo, oren, keladi dan yang PapaG paling suka ialah perisa asam boi. Ais krim asam boi memang hot stuff la. Cepat je abis. Sapa lambat memang melepas la. Dulu har sebatang ais krim Malaysia ni 20 sen je. Sekarang ni tak sure la pulak. Mungkin mahal sikit kot. Dengarnya ada yang di hipsterkan. PapaG tak pernah cuba lagi. Ok la dalam entri ni PapaG nak kongsikan cara nak buat ais kirm Malaysia yang mudah jer. Korang cuba la. Resepi dari FB Cik Bunga 

gambar-ais-krim-malaysia

Bahan: 

1 Peket asam kecut / asam boi warna merah 
2 kg gula pasir (ikut sukatan air) 
Plastik ais krim Malaysia secukupnya 

Cara buat: 

Rebuskan asam tadi dalam periuk. 
Masukkan gula dalam air rebusan asam tadi. 
Tambah air jika perlu. Air mestilah manis dari air biasa kalau tak ais krim tu akan jadi kasar. 
Seimbang masam dan manis air rebusan tadi. 
Sejukkan hingga suam kemudian tapis, asingkan asam boi daripada air. 
Masukkan dalam plastik ais krim, 1 plastik 1 biji asam boi. Kalau nak letak lebih pun boleh. 
Kemudian bolehlah masukkan air dalam plastik dan ikat. 
Lepas ikat cuci bersih dan simpan dalam peti ais hingga beku. 
Sedia di nikmati. 

Makan masa musim panas memans sedap ni. SELAMAT MENCUBA. 

P/s : Kalau nak rasa masam tu lebih sikit, boleh la tambahkan ibu oren. 

With Love 
Papaglamz 

-sekian-

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
18 Januari 2016 11:34 PG delete

Sedapnya eskem asam boi. Tak pernah buat lagi. Saya jumpa org jual depan sekolah 50 sen. Mahal tau. Sian kat bebudak skolah.

Reply
avatar
18 Januari 2016 12:03 PTG delete

Betullah...dah jarang dapat makan aiskrim nie...
skrg nie kena buat sndr :)

Reply
avatar
18 Januari 2016 4:01 PTG delete

tak tahu nak beli kat mana asikrim ni

Reply
avatar
18 Januari 2016 4:16 PTG delete

sedap sgt aiskrim malaysia ni...plg feberet asam boi, jagung yang ade isi jagung tu, dengan bandung kacang..perghhhhhh.....skang ni 50sen dah sebatang...itu pun kecik

Reply
avatar

Google+ Followers