18.1.16

Applikasi WhatsApp PERCUMA

WhatsApp kini percuma sepenuhnya


Assalamualaikum

Applikasi WhatsApp PERCUMA | Terbaca satu berita tentang applikasi whatsapp kini percuma sepenuhnya. PapaG ade terdengar yang whatsapp ni kena bayar yuran untuk menggunakannya. Tapi, selama PapaG gunakan hampir 3 tahun ni tak pernah la pulak membayar sebarang yuran. Ke PapaG yang tak tahu yang whatsapp ni kene bayar yuran? Entah la. Yang pasti dalam berita PapaG baca  baru ni whatsapp sekarang sudah percuma sepenuhnya.

whatsapp-percuma
Aplikasi perkhidmatan pesanan ringkas, WhatsApp kini sepenuhnya boleh digunakan secara percuma selepas syarikat memansuhkan yuran tahunan sebanyak RM4.36 (USD$0.99) hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jan Koum mengumumkan pemansuhan yuran tahunan itu dan berjanji aplikasi itu akan selamanya diberikan secara percuma.
"Daripada mengenakan caj atau yuran kepada pengguna kami akan mencari sumber pendapatan lain melalui peluang perniagaan agar perkhidmatan ini sentiasa boleh diakses oleh pengguna seperti pengiklanan dan tajaan," jelas Koum di Persidangan DLM 2016 di Munich.
Kalau dah free tu gunakanlah sepenunya dengan baik ok.

With Love
Papaglamz

-sekian-

4 ulasan:

  1. banyak kali gak dapat mesej pasal whatsapp berbayar ni...
    lama2 trs kita buat dekkk je

    BalasPadam
  2. ekin kalau ikut whatsapp dah tamat bulan 11/2015 aritu automantik dilanjutkan 11/2016

    BalasPadam
  3. ingatkan memang free :D hehe

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com