BELIEVE ME | Lelaki Diam Tapi Sayang


Petua bahagia rumah tangga


Assalamualaikum

Lelaki Diam Tapi Sayang | Sifat diam atau sunyi tanpa bahasa sangat sinonim dengan lelaki. PapaG sendiri kadang suka berdiam diri dari bercakap meriah-meriah. Tapi kalau menulis dalam blog ni kena la meriah. Hehehe. Tapi yang pasti sifat semulajadi lelaki ini adalah pendiam. Pendiam seorang lelaki itu bukan sebab mereka tidak suka bergaul, tetapi mereka lebih banyak berfikir. Tak macam perempuan. Meriah selalu. Dari pagi sampai ke petang membawa ke malam meriah dengan tawa hilai gurau senda dan macam-macam cerita yang hendak di cakap kan. Betul tak?


Macam yang PapaG cakapkan tadi, DIAM merupakan sifat semulajadi lelaki. Lelaki memang sukar mempamerkan emosi mereka kecuali bab yang merupakan minat mereka( Sukan, kereta, gadjet atau politik tambah lagi satu blog macam PapaG). Perkara ini memang sukar diterima dan ditelan oleh isteri yang merasakan bahawa suami mereka tidak mencintai atau tidak memberi perhatian kepada mereka.

Biasanya suami tidak pandai untuk mempamerkan rasa cinta dan tidak melafazkan kata cinta dengan kerap seperti yang mahu didengari oleh isteri mereka. Namun, suami yang sanggup berkahwin dengan isteri telah menunjukan bahawa mereka mencintai wanita tersebut. Lelaki biasanya tidak akan berkahwin dengan perempuan yang mereka tidak cintai atau sukai. Justeru itu, isteri sendiri boleh mengetahui sama ada suami mencintai diri mereka atau tidak melalui perbuatan suami walaupun tidak dilafazkan.
Contohnya: Suami berusaha bersungguh-sunguh untuk menyelesaikan masalah isteri. Suami berusaha untuk memastikan isteri gembira atau perkara-perkara kecil yang dilakukan suami. 
Jadi, jangan ingat kami lelaki-lelaki ni kalau berdiam diri tanda tidak sayang dekat isteri yer. Jauh di sudut hati kami amat sayang sangat sangat sangat sangat sangat (OVER) dekat insan yang bernama isteri.Tapi kami tak agak tidak berapa bijak la nak luahkan secara verbal. Asal ade hint-hint tu harap faham la kan. Hehehe 

With Love
Papaglamz

-sekian-

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
25 Januari 2016 4:34 PTG delete

eh kalau sebelum kawin boleh terang terang.. dh lepas kahwin mana boleh hint hint pulakk.. ini tidak adillll

Reply
avatar

Google+ Followers