Debarnya Debaran Cinta

Anugerah cinta dari Allah


Assalamualaikum

Debarnya Debaran Cinta | Cinta itu satu anugerah. Anugerah tuhan kepada setiap hambanya. Kadangkala cinta itu dapat menghubungkn rasa kasih kita pada sang pencipta yang Maha Esa. Namun, ada juga cinta yang membawa kepada kemurkaan sang pencipta. Harus di ingat bahawa hanya satu yang layak seharusnya kita cintai sepenuh hati kita iaitu pencipta sekalian manusia. Dengan cinta, manusia akan rasa begitu bahagia. Sanggup berkorban demi cinta. Cinta pada manusia, nampak di depan mata. Namun cinta pada yang Esa perlukan rasa dan iman bersulam keyakinan hati tanpa terlihat oleh mata biasa tapi pandangan mata hati bisa melihatnya.

gambar-nikah

Begitulah cinta. Papaglamz sudah mendapat cinta hati PapaG. Alhamdulillah. Tuhan mengizinkan untuk merasa cinta yang halal lagi suci di usia yang masih muda. Ternyata hikmah perkahwinan itu begitu banyak dan indah. Allah ada berfirman dalam surah Annisa' ayat keempat yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."
Ternyata penikahan itu satu cabang ketaqwaan. PapaG merasai sendiri, dengan pernikahan kehidupan PapaG semakin baik. Alhamdulillah. Bukan itu sahaja betapa nikmat cinta halal itu ialah janji tuhan untuk memberi rezeki kepada kita seperti firmannya dalam surah Annur ayat 32 yang bermaksud:
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”
Ayuh Cik Abang semua, bangunlah. Sahutlah seruan dari yang esa. Bersamalah kamu mengorak langkah menuju Cinta Halal bersama pasangan kamu. Kerana cinta yang halal itu terletak di dalam syurga yang indah. Rasailah kehangatan cinta di dalam syurga.

KATAKAN YES PADA CINTA HALAL

p/s: Memalam fefeeeeeelinggg.. MAIGOOODDD.... Gambar tu time sebelum akad nikah. Ala-ala DEBARNYA DEBARAN CINTA gituuu.. Ditambah dengan masih kurus... Sekarang? Ermmmm.. No komen... hehehe

-sekian-

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Google+ Followers