20.1.16

Pertemuan Keluarga Arwah Haji Sakip MERIAH...!!!

Hari keluarga di kampung


Assalamualaikum

Pertemuan Keluarga Arwah Haji Sakip MERIAH...!!! | Ingat lagi tak entri yang PapaG ceritakan tentang pertunangan sepupu PapaG dalam entri INI? Sepupu yang bertunang adalah saudara sebelah ayah mertua. Selepas je hari petuangan tu, esoknya kami sekeluarga menghadiri satu Pertemuan Keluarga Arwah Haji Sakip. Pertemuan ini macam hari keluarga gitu la. Sanak saudara berkumpul ramai-ramai. Majlis ni pulak adalah antara saudara-saudara sebelah ibu mertua PapaG. 

kampung-jambi-merlong-hari-keluarga

Memang MERIAH. apa tidaknya segala cucu cicit, mak bapak saudara, nenek, atuk dan semuanya berkumpul bersama. Dan korang jangan terkejut ada kawan PapaG sendiri yang satu sekolah dulu sekarang ni pangkat dia Atuk atas sebab PapaG berkahwin dengan wife. Boleh korang bayangkan yang dulunya panggil engkau aku, gaduh-gadu bersama, tiba-tiba nak panggil dia atuk. Memula tu agak janggal juga. Tapi lama-lama ok la. Terkadang tersasul jugak panggil nama kau aku jer. Maaf ye Atuk Atoi. Hihihi

Sebenarnya keluarga arwah Haji Sakip ni besar. Secara jujurnya PapaG banyak lagi tak mengenali. Memandangkan kita ni jarang balik kampung, agak sukar hendak mengenali. Tapi lama-lama ok kot. Ok la PapaG ceritakan sikit salah silah keluarga belah ibu mertua. Arwah Haji Sakip ni kiranya Moyang kepada wife. Arwah Haji Safuan pula anak kepada Arwah Haji Sakip ni. Arwah Haji Safuan pula ayah kepada ibu mertua PapaG iaitu Puan Hasnah binti Safwan. Dan sampai la kepada wife PapaG ni. Faham kan? Waupun tak la begitu jauh, tetapi keluara Arwah Haji Sakip besar sebab semuanya stok-stok anak ramai. Rezeki kan? Anak ni kan rezeki. Insyallah PapaG akan ikut jejak langkah mereka. Hahahaha. Satu team bola sepak katanyaaaa

Ok la majlis yang diadakan pada 26 Disember 2015 memang sangat kebetulan dengan sambutan maulidur rasul ini di mulai dengan bacaan Yaasin, tahlil dan selawat beramai-ramai. Semoga pahala bacaan dari anak-anak dan cucu-cucu ini insyallah dapat di hadiahkan kepada saudara-mara kami yang telah kembali menemui Allah. Selepas selesai selawat kami bergambar dan MAKAAAAANNN... Makanan sangat banyak. Tapi maaf la tak sempat nak ambil gambar. I is malu nak amek gambar kalau depan family sendiri. Tak biasa, Hehehe. Malu malu malu malu. (^_^)y

kampung-jambi-merlong-hari-keluarga

kampung-jambi-merlong-hari-keluarga

kampung-jambi-merlong-hari-keluarga
Yang tudung hijau tu nenek dan yang tudung merah belacan tu mak mertua PapaG. 
Yang lain adik-adik ipar

Lepas makan kami lepak-lepak je la. Borak-borak sambil kenal-kenal antara satu sama lain. Meriah la masa ni dengan gelak tawa, gurau senda dan siap ada anak umur 4 tahun hilang tau. Nak tahu hilang kat mana? Rupanya diam-diam dia keluar pegi kandang lembu sebelah rumah moyang PapaG ni. Punya la kecoh satu rumah mencari. Ingat dah kena culik dengan Bangla mana kan? Bahaya..... Nasib selamat. Senanya tak jauh mana pun kandang tu. Cuma kami tak la expect yang budak tu pergi ke situ. Buat kecoh jer. Orang jawa kata buat GEGER jer. Hehehe

Dan akhirnya, selepas zuhur kami pun siap-siap untuk balik. Mana makanan yang lebih tu masing-masing bungkus bawak balik. Eh lupa nak bagi tahu. Untuk jamuan, kami semua berpakat untuk menetapkan setiap satu keluarga bawak satu menu makanan. Kiranya ala-ala pot luck gitu la. Untuk keluarga belah PapaG kami bawa roti canai. Ada la lagi makanan lain yang family lain pulak bawak.

Insyallah tahun depan kami akan berkumpul semula sekiranya tiada aral melintang. Seronok kan sekali sekala berkumpul ramai-ramai ni? Orang kata boleh merapatkan lagi ukhwah gitu. Ok la yer sampai di sini je cerita PapaG unutuk kali ini. Jangan lupa untuk terus membaca blog ini tau. Babai.

With Love
Papaglamz

-sekian-


1 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com