RESEPI ASAM REBUS BATANG KELADI

Masakan berasaskan batang keladi


Assalamualaikum

RESEPI ASAM REBUS BATANG KELADI | Nah PapaG kongsikan resepi mudah Asam Rebus Batang Keladi. Jangan tak cuba tau. (Resepi asal : Ummu Durrah) 

Masakan-batang-keladi-asam

ASAM REBUS BATANG KELADI

Bahan-Bahan

3 pokok keladi- disiat kulitnya dan potong2,ambil sekali buahnya
1/2 cwn jus asam jawa, boleh juga guna asam keping
2 tangkai daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar

5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cwn ikan bilis-buang kotoran, cuci dan toskan
1 inci kunyit hidup
sedikit belacan

Cara Memasak

Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi dan batangnya hingga empuk.
Setelah empuk, tutup api dan toskan airnya. Ketepikan dulu.
Dalam periuk masukkan bahan2 kisar. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
Tambahkan air secukupnya. Masukkan batang keladi tadi, jus asam jawa, gula dan garam.
Masukkan daun kesum dan perasakan.
Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah tutupkan api dan hidangkan bersama lauk kegemaran.

Siap...!!! Mudah kan. SELAMAT MENCUBA.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags : Resepi masakanResepi masak asamAsam pedas berapiResepi mudahBatang keladi sedap

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Google+ Followers