RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Resepi masakan daging


Assalamualaikum

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI | Siapa peminat msakan thailand di sini? Di Kuantan sangat popular daging masak merah ala Thai ni. almaklum la. Kebanyakan kedai makan di sekitar Kuantan ini majoritinya pemilik dari thai yang bermastautin berdagang di Malaysia. Dan jagan terkejut kalau sangat banyak gerai makan yang berkonsep kan masakan Thailand. Dalam entri kali ini, PapaG nak kongsikan sedikit resepi daging masak merah yang PapaG dapat dari profi FB : Mazs Mansor. Selamat mencuba.

daging-masak-merah

Bahan Daging

500gram daging. Potong ketul besar-besar dan rebus dengan sedikit pewarna merah. Simpan sikit air rebusan daging untuk kuah. Bila daging empuk, hiris nipis dan goreng sekejap. Toskan.

Bahan Tumis

1 biji bawang holland (hiris kasar @ potong bulat)
2 btg daun bawang potong 1 inci
5 biji cili padi (ketuk)
3 ulas bawang putih (ketuk)
1 senduk cili kering blender (kalau nak kuah banyak lebihkan sikit cili kering)
2 sb sos tomato
2 sb sos cili 
2 sb sos tiram
1/2 sb gula
Sos ikan sikit

Cara-cara memasak

- Masukkan bawang putih yang diketuk tadi dalam minyak goreng daging. Kemudian masukkan cili kering blender.
- Tumis sampai cili kering garing. Masukkan cili padi ketuk, sos tiram, sos cili, sos tomato, gula dan sos ikan. Kacau-kacau sebentar
- Masukkan daging yangg dah digoreng tadi dan kacau lagi. Masukkan air rebusan daging kalau nak kuah lebih ya. Kacau lagi.
- Masukkan bawang holland dan daun bawang. Boleh tutup api.
- SIAP...

SELAMAT MENCUBA

With Love
Papaglamz

-sekian-

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
17 Januari 2016 2:35 PTG delete

terima kasih atas perkongsian...
husband suka masakan ni...

Reply
avatar
17 Januari 2016 5:21 PTG delete

SA suka daging masak merah ni..selalu buat tak jadi..pewarna merah tu nak cari kat mana?

Reply
avatar
17 Januari 2016 5:21 PTG delete

SA suka daging masak merah ni..selalu buat tak jadi..pewarna merah tu nak cari kat mana?

Reply
avatar
18 Januari 2016 7:20 PG delete

Favorite ni.. selalu oder menu ni kalau makan kedai Thai

Reply
avatar

Google+ Followers