Resepi Ikan Kembung Masak Pindang

Resepi masakan ikan kembung yang sihat


Assalamualaikum

Resepi Ikan Kembung Masak Pindang | Ok untuk entri kali ini, PapaG nak kongsikan resepi yang PapaG jumpa dalam FB Ummu Durrah lagi. Resepi kesihatan yer. Resepi Ikan Kembung Masak Pindang. PapaG memang suka sangan masak pindang. Kalau hirup kuah die, rasa segar jer. Lebih-lebih kalau rasa dia pedas sikit. Memang terangkat. Biasayany masakan pindang ni orana-orang lepas bersalin je yang makan kan. Sebabnya ianya adalah menu yang baik untuk ibu-ibu yang sedang berpantang kerana bahan-bahan untuk memasaknya adalah baik untuk pemulihan luka bersalin. Jom cuba resepi Ikan Kembung Masak Pindang ni. Enjoy.

ikan-kembung-masak-pindang

Resepi Ikan Kembung Masak Pindang

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembung
2 batang serai (dititik)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
sedikit halia*
sedikit air asam jawa
1 biji tomato (dibelah 4)
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara memasaknya:

1. Blendkan bahan yang bertanda *. Masukkan
Bahan yang dikisar, serai, air asam jawa 
serta air secukupnya ke dalam periuk.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan garam. 
Biarkan seketika. Sebelum tutupkan api 
masukkan buah tomato.
3. Setelah masak, bolehlah diangkat untuk 
dihidangkan.

With Love
Papaglamz

-sekian-






Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
8 Januari 2016 9:40 PG delete

sedap nie makan ngan nasi panas2

Reply
avatar
8 Januari 2016 10:11 PG delete

sedapnya masak pindang..makan dengan nasik panassss...perrgghhh!

Reply
avatar

Google+ Followers