RESEPI SIAKAP STIM LEMON

/
3 Comments
Januari 07, 2016

Resepi masakan ikan


Assalamualaikum

RESEPI SIAKAP STIM LEMON | PapaG percaya, ramai yang suka makan ikan siakap ni kan? Kalau di kedai-kedai ikan bakar, ikan siakap adalah antara ikan yang paling popular dan menjadi pilihan ramai pengunjung. Ok, apa kata PapaG kongsikan satu resepi mudah untuk anda semua iaitu Resepi Ikan Siakap Stim Lemon. Lemon atau limau pun boleh. Mana-mana pun tak kisah. Resepi ni meyihatkan tau. Jadi, siapa yang nak kuruskan badan tu boleh makan siakap stim lemon ni setiap hari. Hehehe


SIAKAP STIM LEMON

Bahan-bahan

1 ekor siakap
3 sudu besar jus lemon
1 batang serai dititik
Daun bawang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung
1/2 biji tomato, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis

Bahan hiris halus

2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Cara Penyediaan

Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian.
Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia, bawang kecil dan bawang putih.
Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan. 
Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.
Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit.
Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon. 
Kukus kembali selama 5 minit.
Angkat dan hidangkan.

Mudah kan? Jadi, apa lagi selain masakan yang enak ia juga menyihatkan. BOLEH KURUS. Hehehhe. SELAMAT MENCUBA..

With Love
Papaglamz

-sekian-



Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini


You may also like

3 ulasan:

  1. sama lak menu kita malam ni papaG, kak ana bawal mas kukus :)

    BalasPadam
  2. sedappppppnyaaaa.....

    hai , ain datang singgah sini & follow.
    salam perkenalan .
    :)

    nanti singgah lah blog ain yer.
    http://akuainkausiapa.blogspot.my/

    BalasPadam