Resepi Sihat | Ikan Kukus Kicap Berhalia

Resepi masakan ikan yang sihat dan mudah


Assalamualikum

Ikan Kukus Kicap Berhalia | Ikan adalah sumberportein yang terbaik. Namun, jika salah masak kebaikan protein yang ada di dalam ikan akan musnah. Jadi, menu paling baik untuk masak ikan ialah dengan merebus ataupun kukus. Dalam entri ini, PapaG kongsikan pada anda semua Resepi Ikan Kukus Kicap Berhalia yang mudah lagi menyihatkan. Resepi PapaG dapat dari FB : Ummu Durrah

resepi-ikan-merah-kukus

Ikan Kukus Kicap Berhalia


Bahan-bahannya

2 keping isi kan merah
1/2 batang lobak merah saiz sedang, hiris halus
2 inci halia muda, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
5 biji bawang merah, hiris halus
1 pokok daun bawang hiris halus
4-5 biji cili padi, diketuk
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
3 camca besar kicap cair*
1 camca teh sos tiram*
1/4 camca teh minyak bijan*
1 camca teh madu*(*disatukan dan kacau rata2)

Cara membuatnya

Ikan dilumur sedikit garam dan jus lemon, perap 10 minit, cuci bersih dan toskan. Lumur bahan yang disatukan (*) pada ikan hingga rata. Perap 20 minit. Kemudian letak ikan tadi dalam bekas tahan panas.
Letak bunga kobis dan tabur bahan lain atasnya, tabur sedikit garam jika kurang masin. Kukus selama15 - 20 minit atau hingga ikan masak. Hidangkan segera.

Ha mudahkan? Dalam setengah jam je dah siap masak dan boleh makan. Masakan berkukus ni elok tau sebab kurang minyak. Bagi mereka yang sangat mementingkan kesihatan dalam makanan, boleh la cuba. SELAMAT MENCUBA.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
7 Januari 2016 9:42 PG delete

masakan jenis ni bagus untuk diet kan?makan macam tu je tanpa nasi...

Reply
avatar
7 Januari 2016 9:53 PG delete

memang sempoilah papa ni.. untung jd isteri kalau suami pandai masak mcm papa

Reply
avatar
7 Januari 2016 11:59 PG delete

Pehhh, sedapp! Dah la tengah lapaq ni. Haha

Reply
avatar
7 Januari 2016 12:09 PTG delete

perghhh..sedapp..cantik gambaq

Reply
avatar
7 Januari 2016 1:56 PTG delete

Fuyooo..mcm sedap je..boleh la cuba masak kat laki i nnti..hihi

Reply
avatar
7 Januari 2016 1:59 PTG delete

Pergh! Terliur terus tengok gambar-gambar dekat atas tu. Phew!

Reply
avatar

Google+ Followers