Resepi Sihat | Ikan Masak Asam Rebus

/
3 Comments
Januari 04, 2016

Resepi untuk diet yang sihat


Assalamualaikum

Ikan Masak Asam Rebus | Nak sihat kena la jaga pemakanan. Betul tak? Jadi dalam entri kali ni PapaG kongsikan sedikit reepi yang mudah, sedap dan menyihatkan. Sesiapa yang tengah on diet tu boleh la cuba. PapaG dapat resepi Ikan Masak Asam Rebus ni dari FB : Ummu Durrah. PapaG share dalam blog ni supaya mudah untuk refer nanti kalau nak buat. Hehehe. Korang pun mesti cuba resepi yang menyihatkan ni tau. 

Gambar-ikan-selar-masak-asam

IKAN ASAM REBUS

Bahan-Bahan :

Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
Tomato / kacang bendi / batang keladi
Serai - 1 batang (di ketuk)
Asam keping (3-4 keping)
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan-Bahan B : untuk di kisar

Lada kering (8-10 batang)
Bawang merah besar - 1 labu
Bawang putih - 2 ulas
Belacan - setengah inci
Kunyit - setengah inci

Cara-cara :

1. Didihkan air di dalam periuk
2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)
sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang.

Untuk ikan tu tak semestinya ikan selar kuning, nak tukar ikan lain pun boleh. Ikut kesukaan semua. Selamat mencuba

With Love
Papaglamz

-sekian-



Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini


You may also like

3 ulasan:

  1. aduhh..!! memang sedap ni walau pun simple je kan..
    kak ain kalau rasa nak demam tu cepat2 buat asam rebus ikan selar macam ni, bagi berselera sikit makan.. :)

    BalasPadam
  2. Huaaaa sedap ni. Fav! Suka hirup kuah asam pedas ni.. ena panggil asam pedas juga lauk ni hehehe

    BalasPadam
  3. Kalau balik kampung dan tiba-tiba mak masak ni, memang sangat heaveeeen rasa dia. alltime feberet ni

    BalasPadam