6 Dokumen Penting Yang Harus Ada Ketika Pemeriksaan Imigresen Di Negara Orang | Travel Tips

Tips travelling ke luar negara


Assalamualaikum

6 Dokumen Penting Yang Harus Ada Ketika Pemeriksaan Imigresen Di Negara Orang | Kadang korang rasa pening nak bawa barang apa masa nak travel kan? Untuk kali ini PapaG nak bagi tips macam mana kita nak mudah untuk lepas dari pemeriksaan imigresen di negara orang. Imigresen di German ni sangat detail ye. Ketaq kaki nak kena periksa. Dengan muka ketatnya, tanpa senyum, soalan yang di beri tu kasar tanpa lemah lembut. Banyak jugak soalan yang di tanya semasa PapaG nak lepaskan diri dari pemeriksaan imigresen. Jadi, untuk tidak membuatkan anda tidak lama kena periksa, sediakan dan susunlah dokumen-dokumen perjalanan korang tu elok-elok semoga mudah untuk di capai.

Tip-travelling-dokument-penting-perjalan

Antara dokumen yang penting semasa korang di kaunter pemeriksaan imigresen seperti di bawah ni:
  • Passport. (Paling penting. Benda pertama pegawai imigresen tu akan tanya)
  • Document booking hotel.Tak kira secara online ke ataupun ada agent yang tolong booking kan. Korang kena bawak jugak dokumen ni sebagai supporting dokumen.
  • Surat jemputan. Surat jemputan ni kalau korang ada jemputan-jemputan rasmi ke negara tu korang boleh bawak. Macam PapaG aritu pegawai imigresen tu minta surat jemputan dari BASF Germany untuk training selama sebulan. Nasib baik PapaG ada print masa nak datang aritu. Selamat. Alhamdulillah
  • Jadual perjalanan. Kalau korang bercuti, mesti agent travel akan bagi korang satu jadual perjalanan atau aktiviti. So, untuk memudahkan korang, print dan masukkan siap-siap dalam satu fail dokumen ini. Mana tau masa kat kaunter pemeriksaan imigresen tu nanti korang boleh tunjuk sebagai dokumen tambahan kan.
  • Surat booking kapal terbang. Masa nak travel for sure tiket flight dah booking untuk pegi dan balik kan? So, print dokument ni. Dan simpan siap-siap dalam satu fail. Insyallah dokument booking flight ni nanti boleh membantu korang untuk lepas dari pemeriksaan imigresen.
  • Duit yang di tukar. Kadang pegawai imigresen nak tengok duit yang kita tukar. PapaG sure korang yang nak pergi berjalan mesti dah tukar duit siap-siap kan? Jadi, simpan la duit tu elok-elok dalam poket atau dompet. Kalau pegawai imigresen tu nak tengok, boleh la tunjukkan.
PapaG rasa ini je la antara dokumen-dokumen penting yang korang boleh sediakan bagi memudahkan korang lepas dari pemeriksaan imigresen nanti. Kalau ada terkurang minta tolong tambah dan betulkan ye. Semoga percutian korang membawa seribu makna dan dipermudahkan. SELAMAT BERCUTI.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
29 Februari 2016 2:04 PTG delete

Duit yang ditukar....?? heheheheheee...
*baca ulang2 sambil gelak*

PapaG ni dah duk German pun kelakar....! :)

Reply
avatar

Google+ Followers