28.2.16

#Projek100buku Buku Bergambar Kanak-kanak | Papaglamz Support Dari Jauh

#PROJEK100BUKU | BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH


Assalamualaikum

Buku #Projek100buku buku bergambar kanak-kanak berkualiti dan murah | Selamat pagi rakan-rakan dan sahabat di Malaysia. Semasa Papag tulis entri ini, waktu di German baru pukul 11. malam dan di Malaysia dekat pukul 6. Sambil-sambil mendengar radio Sinar FM dari internet ni, azan subuh di Kuala Lumpur sudah berkumandang. Rindunya dengar azan dari corong-corong speaker di masjid-masjid atau surau-surau macam di Malaysia. #Nangessss

Ok la, entri kali ni macam lari tema sikit dengan cerita PapaG di German ni, tapi PapaG just nak sharing satu projek dari rakan blogger PapaG sendiri yang di beri nama #Projek100Buku. Jadi, bagi korang yang nak tahu lebih lanjut tentang projek ni, MESTI BACA SAMPAI HABIS ENTRI INI. Hehehe




Korang perasan tak, peranan buku dalam kehidupan sangat penting. Kebiasaannya, dari bukulah kita dapat ilmu. Al-quran sendiri dalam bentu buku kan? Dan wahyu pertama sendiri pada Nabi kita ialah BACALAH. Selain dari itu, sejak dari alam persekolahan lagi kita telah berdamping dan bersahabat dengan buku. Buku merupakan aset paling penting dalam dunia pembelajaran. Ia memberikan kita ilmu dalam pelbagai bidang. Walaupun zaman telah berubah kepada dunia moden dan teknologi, buku masih menjadi pilihan di sekolah mahupun Universiti. Buku sentiasa dekat dan terus menerus bersahabat dan memikat hati kita, dari kita kecil hinggalah dewasa.

Seriously cakap dulu masa kecik-kecik PapaG ni jenis tak suka sangat nak baca buku-buku yang typical. Maksudnya yang banyak sangat tulisan. Macam novel. Serious baca sehelai dua je. Macam tu jugak la kanak-kanak lain kan? Cuba kita bawa anak-anak kecil berlalu di hadapan kedai buku, adakah mereka akan berhenti untuk melihat dan menyelak buku-buku yang dipamerkan ataupun tak tertarik lansung dengan buku. Pastinya mereka akan tertarik hati dengan buku yang bukan hanya typical sahaja kan? Mereka lebih berminat dengan buku-buku yang berwarna warni atau mempunyai watak kartun yang comel. Buku sememangnya sangat dekat di hati kanak-kanak tapi untuk memupuk budaya membaca di kalangan kanak-kanak hingga dewasa memerlukan sokongan dari kedua ibubapa.

Atas kesedaran pentingnya budaya membaca di kalangan kanak-kanak dan juga memberikan ilmu bermanfaat yang menarik untuk kanak-kanak, Karangkraf telah menganjurkan #projek100buku bagi menyediakan bahan bacaan berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki oleh setiap keluarga.


ISTIMEWANYA BUKU #PROJEK100BUKU

  • Dihasilkan oleh penulis dan pelukis tempatan dengan bimbingan pelukis seni naif  dan penulis buku kanak-kanak berpengalaman, Yusof Gajah yang pernah memenangi pertandingan ilustrasi kanak-kanak di Pulau Nami,Korea dan kini berperanan sebagai juri dalam pertandingan tersebut.
  • Dengan bimbingan Yusof Gajah, buku buku ini di hasilkan mengikut format buku kanak-kanak di peringkat antarabangsa.
  • Berkonsepkan buku bergambar yang menitikberatkan gambar/ilustrasi, yang mana walaupun kanak-kanak tak mampu membaca tapi masih boleh memahami jalan cerita hanya dengan melihat gambar.
  • Sangat dekat dengan dunia kanak-kanak ,yang mana buku ini dihasilkan dari sudut pandangan seorang kanak-kanak dan menitikberatkan apa yang disukai dan gemari kanak-kanak.
  • Memberikan kanak-kanak ilmu tentang budaya hidup melayu ,dan kisah masyarakat di Malaysia yang kebanyakkan nya tidak diketahui oleh kanak-kanak disebabkan kurang pendedahan.
  • Buku bergambar ini bukan sekadar membantu kanak-kanak belajar membaca,tetapi juga berperanan menyelesaikan permasalahan yang di hadapi ibubapa dalam mendidik anak-anak dari segi kebersihan, kesihatan, pemakanan dan juga emosi.


    



MENGAPA BUKU #PROJEK100BUKU WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH


  • Mempunyai 100 judul buku yang menarik untuk dipilih
  • Mempunyai 5 kategori buku untuk memudahkan pemilihan.
  • Ilustrasi yang comel dan berwarna warni.
  • Harga mampu milik, hanya RM3 sebuah.
  • Saiz buku yang kecil dan ringan sesuai dengan kanak-kanak.
  • Cerita pendek sebanyak 16 mukasurat yang padat dengan ilmu pengetahuan dan nilai murni.
  • Didatangkan dengan kotak menarik untuk simpanan koleksi 100 judul buku sekiranya anda membeli 100 tajuk.




         
Untuk  dapatkan buku-buku #projek100buku secara online boleh dapatkan dengan melawati blog salah seorang pelukis ilustrasi #projek100buku ini di www.housewifearts.blogspot.my .Untuk maklumat lanjut tentang buku #projek100buku boleh juga ikuti laman sosial pelukis ini di FACEBOOK

dan INSTAGRAM . Buku-buku #projek100buku ini boleh juga didapati di kedai-kedai buku milik Karangkraf.

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

  1. Comel-comelkan buku2 ni.. PapaG balik dari Jerman nanti jangan lupa belikan Dhia buku2 ni ok.. nanti boleh bacakan untuk Dhia.. :)

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com