Berhujung minggu di sekitar kawasan Kathedral Speyer, German

Jalan-jalan travel di German


Assalamualaikum

Berhujung minggu di sekitar kawasan Katedral Speyer German | Kathedral Speyer adalah antara kawasan yang agak popular di German. Di kawasan ini terletaknya satu gerja yang mempunyai pengaruh yang cukup besar kepada perkembangan arkitekstur Romawi semenjak abad ke-11 dan ke-12 serta ke-18 sehinggalah kini. Pada waktu ini, gereja ini masih lagi berfungsi tau. Memang sangat lama. Kalau kita tengok pada binaannya batu-batu yang digunakan merupakan batuan-batuan lama yang mempunyai nilai estetika dan sejarah yang tersendiri. Jadi memang tidak hairanlah Kathedral Speyer menjadi salah satu gereja yang mempunyai pengaruhnya yang tersendiri terhadap perkembangan komuniti Yahudi di German.

Ok la, itu sedikit sejarah. The main story is kitorang ronda-ronda sekitar kawasan gereja ini. Kebetulan hari Ahad adalah hari ibadah diorang kat sini, jadi masa PapaG ke sini sangat ramai orang. Di tambah pula cuaca cerah dan tak hujan. Memang ianya waktu yang elok untuk menghabiskan masa bersama keluarga di sekitar kawasan gereja ini.

gereja-speyer

Gambar ini adalah sebahagian daripada pandangan sisi gereja Kathedral Spreyer. Nampak sangat besar kan? PapaG ada masuk juga dalam gereja ini. Suhu di dalam sangat sejuk. Yela keadaan luar yang sejuk dan dinding gereja yang di perbuat dari batu ini menambahkan lagi suasana sejuk di dalam gereja. Kalau korang pegang dinding tu macam nak beku. Tak pasti la pulak diorang pasang heater ataupun tidak.

gereja-speyer

Gambar di atas ni pula adalah pandangan dari luar bahagian utama gereja. Kalau masjid kita panggil kawasan yang adanya mimbar tu la. Korang nampak tak batu-batu binaan yang lama dan ala-ala old school tu? Ni la antara keunikan struktur binaan yang ada di gereja Kathedral Speyer ni. Kat German ni gereja memang la besar-besar dan canggih-canggih kan? Negara diorang. What you expect? Hehehe

gereja-speyer

Haaaa ni adalah the best thing yang korang boleh cuba bila jalan-jalan di kawasan gereja Kathedral Speyer ni. Makan ais krim. Walaupun suhu yang sejuk, itu tidak menghalang kitorang semua untuk mencuba ais krim kat sini. Dengan harga 1 Euro sahaja korang dapat satu ais krim samaada nak dalam kun ataupun dalam mangkuk. Pilihan di tangan anda. Nampak tak keriangan kami bagaikan bebudak kecil di situ? Rasanya la kan. Orang-orang yang lalu kat situ mesti cakap budak dari kampunga mana la kitorang ni kan? Hehehe

For me it is ok la kalau sesiapa yang ada family or anak-anak kecil yang nak hang out lepak-lepak melihat keindahan struktur bangunan lama dan juga alam fauna kat kawasan ini. PapaG rasa kalau musim bunga mesti tempat ni lebih cantik. Sebab sekarang ni musim winter, semua pokok tak berdaun. Jadi tiada la warna-warni keindahan alam gitu. Selain gereja, berdekatan kawasan ini ada satu muzium kejuruteraan yang sangat popular di sini. Pasal muzium ni nanti PapaG cerita dalam entri yang lain yer. Ok la, rasanya cukup sampai di sini. Kita jumpa dalam entri yang lain pula. Insyallah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

13 comments

comments
22 Februari 2016 1:22 PTG delete

jelesnya!!!
insya Allah 1 hari nnt dapat gi holiday kat oversea

Reply
avatar
22 Februari 2016 1:57 PTG delete

cantiknya gereja tu. bestnya dapat jalan-jalan kat tempat orang :)

Reply
avatar
22 Februari 2016 5:29 PTG delete

seronoknya tengok....jauh bejalan luas permandangan ^^

Reply
avatar
22 Februari 2016 5:58 PTG delete

Insyallah satu hari nanti ye... dia byk2..

Reply
avatar
22 Februari 2016 5:58 PTG delete

Cantik.. tapi sy rindu masjid.. huhuhu

Reply
avatar
22 Februari 2016 5:59 PTG delete

Haar. Pengalamn tmpt org n bljar budaya diorg. Mne elok kta ikut, mne tak kita tinggal.

Reply
avatar
22 Februari 2016 6:27 PTG delete

senang nak makan tak dekat sana? ke bawak makan sendiri?

Reply
avatar
22 Februari 2016 10:27 PTG delete

aku set tahun ni sekali nak ke negara eropah. nak merasa pakai baju sejuk kat sana :D

Reply
avatar
28 Februari 2016 12:47 PG delete

wahhh xsejuk ke makan aiskrim winter2 ni? beku gigi...heheheheh :D

Reply
avatar
28 Februari 2016 3:06 PG delete

Susah jugak. Tap ad kedai seafood nordsee. Kami makan kt situ.

Reply
avatar
29 Februari 2016 1:50 PTG delete

PapaG masuk gereja tu baca Bismillahirrahmanirrahim tak...? hehehehehee... :)

Reply
avatar

Google+ Followers