Bila anak tak nak tidur ini yang berlaku

Bayi susah tidur


Assalamualaikum

Bila anak tak nak tidur ini yang berlaku | Pernah atau tidak suatu ketika anak korang yang dah tidur tiba-tiba terbangun dan tak boleh tidur semula? Bila hal ini terjadi, jenuh la hai kita ni sebagai mak bapak nak teman kan die sepanjang malam. Sapa yang pernah rasa kita geng. Macam anak PapaG sendiri kadang kala ada juga perangai macam ni. 



Baru-baru ini Imtiyaz terjaga dari tidur sambil merengek. Tak tahu la kenapa. Di buai tak nak. Bagi susu tak nak. Nenen pun tak nak. Last-last kami bawak keluar dari bilik duduk kat ruang tamu suruh dia main. Terus senyap. Dan yang bestnya Imtiyaz mintak buku dan pen nak menulis. Korang dapat bayangkan tak? Pepagi buta nak main dan menulis. Kita ni dah kengantukan yang amat. Nak tinggal main sensorang menangis. Mintak di teman gituuu. Tabahkan je la hati ni.

Rasanya cerita anak bangun tengah malam ni bukan PapaG je yang melalui. Setiap ibu bapa yang ada anak kecil pastinya pernah melalui. Malah lebih teruk lagi. Ya..!! Memang ini sebagai salah satu cabaran untuk kita membesarkan anak. Orang kata biar susah-susah dahulu asal senang-senang kemudian. For sure ramai yang tahu ANAK-ANAK NI KAN SAHAM AKHIRAT KITA. Jadi, pelaburan saham akhirat itu tidak semudah yang disangka. Bersabarlah. Insyallah di akhirat nanti kita dapat hasilnya. SELAMAT BERAMAL

With Love
Papaglamz

-sekian-

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Google+ Followers