20.2.16

Budaya menarik di German yang jarang orang Malaysia buat

Menarik di German


Assalamuaalaikum

Budaya menarik di German yang jarang orang Malaysia buat | Hari ni masuk hari ke 6 PapaG berada di bumi Eropah, German. Alhamdulilah lagi 3 minggu akan balik semula ke Malaysia. Tak sabar juga nak tunggu ni. Selama lebih kurang seminggu di sini macam-macam perkara juga yang berlaku. Ada yang best dan ada juga yang tak best. Yang tak bestnya tu ialah bila tak faham bahasa diorang. Orang-orang German sangat mengibundakan bahasa diorang. Memang langsung tak bercakap bahasa inggeris pun. Bos-bos di kilang tempat PapaG berkerja pon mereka semua gunakan 'broken english' dan bahasa isyarat dengan PapaG kalau hendak berkomunikasi. Berbeza sangat di Malaysia. Level-level bos je mesti english fluent dan power. Hehehe

good-manner

Selain bahasa yang berbeza, ada satu perkara yang PapaG suka kat sini. Mereka sangat peramah. Tak kira di mana sahaja mereka akan bertegur sapa. Sama ada berkata Hallo ataupun Gutten Morgen (Selamat Pagi) Tak kira di dalam train, jumpa di tengah jalan, naik tangga, dalam pejabat, dalam pantri dan di mana-mana sahaja la. Budaya yang sangat baik untuk diikuti kan? Dalam islam sendiri disuruh untuk kita meluaskan salam. Mereka ni bukan beragama islam tapi mereka macam mempraktikan akhlak islam jer. Insaf betul PapaG kat sini. Mungkin kat Malaysia kita jarang membudayakan perkara ini. Tu yang tak biasa dan kekok kan.

Kalau korang nak bershopping di supermarket atau di mana-mana sahaja. Diorang tak sediakan plastik tau. Memang semua yang datang berbelanja terutamanya barang dapur akan bawa bekas sendiri atau plastik bag sendiri. Kalau tak bawa plastik bag sendiri kena beli la. Kat Malaysia pun ade jugak tapi cuma hari sabtu ahad je kan? Tu pun tak semua supermarket yang buat. Sangat menjaga keharmonian alam sekitar ye di sini. Tu baru hal plastik bag kat kedai. Kalau kat rumah pulak ada sistem sendiri untuk korang buang sampah. Kita sendiri yang kena asingkan sampah kertas, palstik, botol dan biologikal sampah kat dalam rumah baru lah buang kedalam tong sampah yang akan di angkut oleh lori sampah. Kalau tak nanti kena saman. 

Sebenarnya ada lagi beberapa perkara menarik yang orang German buat tapi kita tak buat di Malaysia yang boeh kita ikut. Tapi nanti la PapaG ceritakan dalam entri yang lain yer. Harapnya rakan-rakan di tanah air sihat sejahtera. Doakan PapaG di sini semoga sihat yer. Jumpa lagi dalam lembaran yang lain. #SalamPerantauan (^_^)y

With Love
Papaglamz

-sekian-

12 ulasan:

  1. jumpa kak aisya x papa g ?

    BalasPadam
  2. Jauh perjalanan...luas Pandangan. Bestnya dpt jejakkan kaki ke German

    BalasPadam
  3. kita ni asyik dok agungkan bahasa luar je...
    pelik!

    BalasPadam
  4. Melaka dah lama praktikkan tanpa plastik ni.. Bukan sabtu ahad je.. Tapi hari2, sejak awal tahun aritu.. Tapi leceh la gi shopping kene bawak beg sendiri.. Sampah pun dorg dah mula suruh asingkan... Tetibe rase bangga lak jd anak melaka.. Hahaha

    BalasPadam
  5. lain tempat lain caranya kan.....

    BalasPadam
  6. kita suka sebenarnya cara org dekat sini beramah mesra tuh....tapi arituh balik malaysia, teramah dengan strangers, pastu org tengok kita pelik....ahhahahah :D

    BalasPadam
  7. gutten morgen PapaG...!! heheheheee... :)

    *balik Malaysia nanti PapaG kena cakap German tau.. show off la skit.. hikssss..*

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com