Perkara pertama yang akan korang lakukan bila salji turun

Pengalaman di bumi Eropah


Assalamualaikum

Perkara pertama yang akan korang lakukan bila salji turun | Masa PapaG tulis entri ni waktu di Malaysia dah tengah malam. Kat German ni baru pukul 5.30 petang. PapaG baru je balik dari kerja. Tapi kejap lagi dah nak maghrib. Kat sini maghrib cepat. Tapi subuh sama macam kat Malaysia dalam pukul 6 pagi waktu German. Kiranya siang di sini pendek. Yela musim-musim macam ni memang siang dia pendek dan malam dia panjang. 

Pagi tadi masa PapaG nak pergi kerja tak di sangka-sangka bumi Ludwigshafen di turuni gerimis sajli. Agak lama juga la. Dari pukul 7 pagi sampai la pukul 12 tengahari. Seriously ini adalah pengalam pertama PapaG tengok depan mata macam mana salji tu turun dari langit. Sejuk memang la sejuk. Macam nak beku yer. Ni baru gerimis. Kalau salji yang lebat entah tak tahu la apa akan jadi. Kejung kebekuan di tengah-tengah landasan keretapi kot. Hehehe





Bila salji turun apa lagi perkara pertama yang mesti dilakukan ialah amek gambar la. Buat kenang-kenangan gitu. At least ad bukti kita pernah rasa apa itu salji dengan mata kepala kita sendiri. Kat Malaysia susah kot. Haaa masa yang ada amek la gambar. Dah macam bebudak kecik jer. Lebih-lebih lagi geng-geng OTM yang sekali training kat German dengan PapaG. Seronok betul diorang menikmati suasana salji di kawasan rumah diorang. 

Walauapapun inilah pengalaman paling tak boleh PapaG lupakan bila dapat pegang salji dengan tangan sendiri. Ala macam air batu kisar jer. Cuma di jatuh dari langit jer. Dan lagi halus dari air batu kisar tu. Tapi kalau di bagi pilihan, Papag lebih rela khaltulistiwa. Tak sanggup la nak membeku di tengah-tengah jalan tu. Alhamdulillah Malaysia masih AMAN. Tetibe. Hahaha

p/s : Thank geng OTP BASF Petronas Chemical sebab aku pinjam gambar-gambar korang.

With Love
Papalamz

-sekian-

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

17 comments

comments
24 Februari 2016 1:40 PG delete

best la papag leh merasa salji ori..hehe

Reply
avatar
24 Februari 2016 6:00 PG delete

saya masih excited dengan salji, walaupun tak berapa suka part basah2 jalan kotor lepas salji tuu. :D

Reply
avatar
24 Februari 2016 7:35 PG delete

kalo keladi...salji turun...duduk je lama-lama biar badan ditutupi salji tu...hihihihih

Reply
avatar
24 Februari 2016 8:30 PG delete

alhamdulillah...merasa juga tengok & rasa salji turun...

Reply
avatar
24 Februari 2016 8:46 PG delete

seronoknya dapat merasa di tempat org

Reply
avatar
24 Februari 2016 5:03 PTG delete

pengalaman yang berharga kan papaG..so jangan lepaskan peluang...share lagi dan lagi

Reply
avatar
24 Februari 2016 7:27 PTG delete

"Ala macam air batu kisar jer. Cuma di jatuh dari langit jer. Dan lagi halus dari air batu kisar tu.".. Pergh! Je? Huntongla dapat merasa... Along ni, entah bila dapat merasa dan melihat salji turun dengan mata sendiri.

Reply
avatar
28 Februari 2016 12:50 PG delete

wahhh bestnya salji!!! bingen xsalji lagi winter kali ni....putus asa da menunggu :D hihihihihi

Reply
avatar
28 Februari 2016 3:03 PG delete

Diorg ckp mmg winter kli ni mcam x sejuk sgt mcm biasa. Salji pun trun ni je. Tu pun gerimis..

Reply
avatar
28 Februari 2016 3:03 PG delete

Hehheh. Insyallah. Belajar pepandai. Study ovesea..

Reply
avatar
29 Februari 2016 1:54 PTG delete

alaaa.. PapaG ni darah Jawa kuat sangat..! orang nak salji2 dia nak khatulistiwa plak... mende ntahhh... heheheheheee... :)

*salah satu impian kak ain.. nak main salji yg original tu..!*

Reply
avatar

Google+ Followers