Lelaki ini buat 4 perkara berikut bila isteri dia marah

/
2 Comments

Cerita kisah rumah tangga


Assalamualaikum

Lelaki ini buat 4 perkara berikut bila isteri dia marah | Alam rumah tangga sudah pasti ada pasang surutnya. Kejap rasa cinta. Kejap rasa marah. Merajuk dalam rumah tangga ni juga adalah perkara biasa yang berlaku dalam rumah tangga. Tipu la kalau dalam rumah tangga langsung korang tak pernah bergaduh ataupun saling menarik muka. Mesti pernah. Yang pentingnya bagaiman kita nak handle rasa amarah serta rajuk-rajuk kita tu. 

Isteri-sedang-marah

Tak keterlaluan juga jika PapaG katakan bahawa isteri ni lebih banyak marah dan rajuknya berbanding lelaki. Yela, sifat wanita itu sendiri yang sensitif dan mudah tersinggung membuatkan mereka mudah terasa. PapaG sendiri kadang kala pernah membuat Ibu Dhia korang  merajuk jugak. Kadang dalam penulisan PapaG sendiri dan juga segala posting-posting status di media sosial, boleh membuatkan isteri PapaG yang sorang tu merajuk dan terasa. Jadi kena la berhati-hati dalam mengatur kata dan bicara dalam setiap entri PapaG kan. Hati isteri kena jaga juga kan? Siapa lagi yang nak menyayangi dia kalau bukan kita. Siapa lagi yang nak jaga hati mereka jika bukan kita suaminya. Insyallah.

Menjadi seorang lelaki ni kadang pening jugak nak menghadapi situasi di mana isteri yang kita sayang tu merajuk atau sedang marah kat kita. Ada 4 cara mudah yang boleh kita cuba kalau nak tenangkan hati isteri yang sedang marah. Antaranya:
  • Cubalah untuk berbicara dengan baik dan halus.
  • Cubalah untuk menyentuh tanganya dengan lembut.
  • Cubalah untu memujuk dirinya dan tanyalah.
  • Cubalah untuk peluk dirinya dan cium keningnya.

PapaG pasti ramai lelaki yang tahu 4 perkara ni. Tapi tu la kadang kita malu nak buat. Bukan nak kata orang. PapaG sendiri pun. Tapi apa salahnya kan sekali sekala. Buangkan rasa malu tu. Jom sama-sama cuba. Insyallah. Keharmonian dan keberkatan rumah tangga akan kekal selama-lamanya.

p/s: Kalau Ibu Dhia kau baca entri ni jangan dia saje2 merajuk n marah dah le. Yela nak rasa kita buat 4 cara ni kat dia kan? Hahahaha.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

2 ulasan:

  1. Alhamdullilah..suami saya selalu buat macam ni..tp sebab dah selalu sgt, dah tak jalan sgt dah...huhu...

    BalasPadam
  2. haha..ada jugak husband buat macam ni bila time merajuk..selalunya mmg x tahan lama, mesti cair

    BalasPadam

Google+ Followers

Blog Follower

Assalamualaikum

Papaglamz dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terima Kasih

With Love

-PapaG-