MELAKA | Dr.N Yusmizee Merawat Tulang Belakang Secara Naturopatic

Yusmizee Naturopatic Centre, Melaka


Assalamualaikum

Dr.N Yusmizee Merawat Tulang Belakang Secara Naturopatic | Jarang sekali kita mendengar tentang perubatan alternatif secara Naturopatic. Secara ringkasnya Naturopatic membawa maksud perawatan sesuatu penyakit atau masalah kesihatan secara semulajadi yang menekankan konsep kepada penyembuhan sesuatu penyakit oleh tubuh badan sendiri tanpa menggunakan apa-apa ubatan yang bersifat kimia. Di Malaysia sahaja, sudah terdapat 300 naturopath berdaftar di bawah Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia. Dan diantara 300 naturopath yang berdaftar itu, Yusmizee  Naturopatic Centre, Melaka adalah antara yang berdaftar di bawah persatuan ini. 


Antara kaedah popular di dalam perawatan secara naturopatic ini ialah pengamalan makanan herba, tumbuh-tumbhan, homeopati, urutan dan berbagai lagi. Pengamal perubatan semulajadi seperti ini mempunyai banyak ubatan dan cadangan untuk menyokong persekitaran yang sihat supaya tubuh boleh memulihkan diri sendiri. Mereka melihat setiap orang adalah unik melalui gaya hidupnya, diet, program senaman, keadaan mental dan emosi dan juga sejarah peribadi apabila membuat cadangan rawatan tertentu.

Di Pusat Rawatan Yusmizee, terdapat berbagai kaedah rawatan yang di tawarkan antaranya ialah Terapi Hipnosis Minda, Rawatan Resdung, Akupuntur Sinergy, Urutan Tradisional serta Terapi Pembetulan Tulang Pinggul dan Tulang Belakang. Menarik bukan? PapaG percaya, boleh di katakan majoriti rakyat di negara kita sering mengalami kesakitan sendi pada bahagian pinggang dan tulang belakang. PapaG sendiri ada masanya pinggang dan tulang belakang PapaG akan berasa lenguh-lenguh dan tidak selesa. Jadi, adalah elok jika sekali sekala manjakan diri kita dengan berurut secara tradisional bagi membantu memulihkan atau membetulkan semula tulang pinggang dan tulan belakang kita. 

Yusmizee Naturopathic Centre, beroperasi di Bangunan MARA Alor Gajah Melaka

Kalau sesiapa ada rasa sakit pinggang, masalah sakit pinggang berpanjangan boleh lah ke sini tetapi sebelum itu mesti buat temujanji dahulu kerana selalunya terdapat pesakit datang terus ke klinik perlu menunggu lama untuk menerima rawatan. 

Di Klinik Yusmezee Naturopathic Centre, sakit pinggang boleh dirawat. Kaedah rawatan tidak melibatkan pembedahan . Di Kliniknya, Dr.N Yusmizee menggunakan teknik-teknik pembetulan tulang pinggang yang bermasalah dengan kaedah rawatan naturopatic.


DrN Yusmizee Bin Yusoff 
Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)
Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).
Tel : 012-3556736 Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 78000 Alor Gajah. Melaka

With Love
Papaglamz

-sekian-

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments

Google+ Followers