Resepi Chicken Cheese Ball

/
0 Comments

Koleksi resepi ayam dan bebola ayam


Assalamualaikum

Resepi Chicken Cheese Ball | Ok tadi PapaG scroll timeline FB terjumpa satu resepi dari Tips penurunan berat badan berkesan. So untuk tidak resepi tu hlang, PapaG paskng dulu la kat blog PapaG ni yer. Ingat ni bukan resepi PapaG. Resepi orang. Mana tahu nak buat nanti PapaG boleh refer kat sini kan. Nak buat bebola ayam ni macam mudah je. Jom PapaG kongsikan.

bebola-ayam

Bahan-Bahan

500g Ayam/Daging Kisar
200g Cheese (Mozzarella, Cheddar, Parmesan)
300g Breadscrumb (Serbuk Roti)
400g Tepung Ubi
3 Biji Kentang
1 Biji Telur (Putih Sahaja)
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

Cara Membuat

1. Kupas kentang dan rebuskan kentang dengan sedikit garam sehingga empuk. Toskan dan lenyek sehingga hancur.
2. Campur kentang lenyek tersebut bersama-sama Ayam/Daging kisar.
3. Campurkan tepung ubi secukupnya dengan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan tepung sikit-sikit sehinggalah adunan boleh dibentuk.
4. Bentukkan adunan tadi menjadi bebola doh sebesar bola ping pong.
5. Leperkan bebola untuk disumbatkan cheese (Lagi banyak cheese lagi sedap). Tutup dan bentukkan kembali kepada bulat.
6. Pecahkan telur (Putih Sahaja) dan pukul sehingga kembang. Sediakan sepinggan breadscrumb (Serbuk Roti).
7. Celup bebola tadi didalam telur. Golek-golekkan sehingga sekata.
8. Golek-golekkan bebola atas breadscrumb pula. Golek sehingga serbuk roti tu kena pada semua tempat.
9. Goreng homemade Chicken Cheezy Balls anda dengan suhu api dapur yang sederhana untuk mengelakkan hangus hitam.
10. Siap untuk Dihidangkan.

Jangan lupa untuk mencuba tau. 

With Love
Papaglamz

-sekian-



You may also like

Tiada ulasan:

Google+ Followers

Blog Follower

Assalamualaikum

Papaglamz dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terima Kasih

With Love

-PapaG-