AMARAN | JANGAN PERGI Butik Qaseh Zamri di Bandar Country Homes, Rawang

/
3 Comments
April 13, 2016

Butik Online Qaseh Zamri Collection


Assalamualaikum

JANGAN PERGI Butik Qaseh Zamri di Bandar Country Homes | PapaG percaya kini ramai yang nak semuanya mudah kan? Segala serbi nak mudah. Termasuklah nak shopping pun nak mudah. Sebab tu sekarang ni ramai yang buka butik online. Macam Butik Online Qaseh Zamri ni. Dulu butik ini beroperasi secara online. Tapi sekarang dah ade butik sendiri di Bandar Country Homes, Rawang. Tapi kan, PapaG tak recommend sangat korang semua pergi butik Qaseh Zamri di Rawang ni. Nak tahu kenapa?

Butik-Online-Qaseh-Zamri-Collection

2 Sebab-sebab JANGAN PERGI Butik Qaseh Zamri di Bandar Country Home

1. Butik Qaseh Zamri adalah butik online terbaik 

Salah satu sebab kenapa korang tak payah nak susah-susah pergi ke butik Qaseh Zamri ni ialah butik ini telah lama menjalankan perniagaan secara atas talian. Dah banyak pengalaman yang mereka dapat dalam melayan pelanggan-pelanggan bagi memastikan pelanggan online mereka puas hati. Lebih-lebih lagi servis penghantaran, bukan menjual barang yang tipu sebagai contoh promosi dalam online lain, tetapi bila dapat barang lain pulak dan macam-macam lagi. Jadi, jangan datang ke butik Qaseh Zamri tau sebab mudah kan berurusan di online. Bak kata sorang kawan PapaG ni:
Kalau setakat nak beli sehelai shawl tapi mesti memandu ke tengah kota dan berhadapan dengan kesesakan jalan raya yang meletihkan tu, sangat tak berbaloi..!! Baik beli online sahaja. Tak perlu nak berpeluh-peluh bersesak dengan orang ramai juga kan.. :) - Dramaticuniq.com
TAPI...!!! Kalau korang nak pergi butik Qaseh Zamri kat Rawang tu pun boleh je. Apa salahnye. PapaG just bagi suggestion bagi memudahkan korang. Tiada paksaan la. Hehehe

2. Detail produk online sangat lengkap dan memudahkan untuk memilih

Normal la kan sebagai pembeli, sebelum membeli nak tengok-tengok barang dulu. Cantik ke tak. Sesuai dengan citarasa ke tidak. Warna kena dengan tema ke tidak. Dan macam-macam lagi la perincian yang kita nak tengok. Butik Online Qaseh Zamri menyediakan pelbagai jenis kain, shawl, baju raya dan baju pengantin. Dan kesemua produk ini korang boleh lihat dengan jelas segala perincian-perincianya secara online jer. Tak payah la nak susah-susah naik kenderaan menghadap jammed segala bagai nak pergi butik diorang di Bandar Country Homes, Rawang tu. Nah PapaG kongsikan sedikit gambar koleksi-koleksi kain dan juga shawl yang ada di laman instagam dan facebook Butik Qaseh Zamri.

Butik-Online-Qaseh-Zamri-Collection

Butik-Online-Qaseh-Zamri-Collection

Butik-Online-Qaseh-Zamri-Collection

Butik-Online-Qaseh-Zamri-Collection

Butik-Online-Qaseh-Zamri-Collection

Butik-Online-Qaseh-Zamri-Collection

Haaa cantik kan? Tak payah nak susah-susah pergi ke butik, cuci mata online je. By the way, satu Malaysia boleh cuci mata kan? Tak payah pergi butik pun dah boleh tengok-tengok. Tapi kalau korang gigih juga nak pergi apa salahnya. Alang-alang gigih tu beli la banyak-banyak. Borong satu kedai pun boleh. Hehehe.

Walaubagaimanapun cara korang nak shopping di Butik Qaseh Zamri ni, tak kisah la yang penting korang selesa. Apa yang PapaG kongsikan ni adalah sebagai panduan untuk memudahkan korang. Kalau selesa shopping secara online, jangan pergi ke butik Qaseh Zamri ni. Tapi kalau selesa walk in ke butik pun boleh juga yang penting anda semua bahagia. #JanganKecamSaya

Oh lupa. Sebelum PapaG mengundurkan diri. Berita baik untuk anda yang sedang mencari baju sedondon untuk dayang-dayang pengantin ni, anda boleh sewa sahaja di Butik Qaseh Zamri Collection. Sangat mudah dan menjimatkan kan. Boleh la bincang secara lebih lanjut bersama pemilik butik nanti ya. Korang juga boleh mendapatkan perkhidmatan berikut dengan mudah, cepat dan harga yang berpatutan :
  • Menerima tempahan jahitan pakaian
  • Menyediakan koleksi pakaian untuk dijual dan disewa
  • Menyediakan koleksi kain English Cotton dan kain Sulam Bandung
  • Boleh menyewa sut dan baju pengiring pengantin
  • Menyediakan khidmat tempahan shawl untuk dijadikan gift majlis harij adi, majlis perpisahan dan sebagainya dalam kotak bertingkap (window box gift) yang menarik dengan harga dan pakej yang berpatutan. 

Ayuh jangan berlengah lagi : 

Qaseh Zamri Collection
No.3a Jalan 1/1
Bandar Country Homes
48000 Rawang
Selangor

Hubungi : 013-3240813

Facebook Page : Qaseh Zamri

With Love
Papaglamz

-sekian-



You may also like

3 ulasan: