Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!

5.4.16

Awak Masih Ingat Lagi Saat Pertama Saya.....

Cerita tentang cinta


Assalmualaikum

Awak Masih Ingat Lagi Saat Pertama Saya.... | Baru-baru ini agak viral juga video muzik janji yang lagunya dinyanyikan oleh Hafiz Hamidon. Video atau movie pendek lakonan Hafiz sendiri dibantu oleh pelakon baru Mira Filzah sangat-sangat la membuat PapaG teringat dan mengimbau sejarah pertemuan PapaG dan juga wife. Rasanya dia masih ingat lagi tu. 

Dalam diam pertemuan dua mata antara kami sudah masuk 3 tahun 9 hari (ni dikira masa first time merisik). Berjumpa kali pertama dengan matlamat membina ikatan perkahwinan amat amat amat amat menggetarkan jiwa dan raga. Saat pertama berjumpa baru la PapaG faham apa itu maksud tulang rusuk bergetar dengan sendirinya. Hehehe. Bukan tulang rusuk je yang bergetar. Rasanya seluruh tulang yang ada pada tubuh ini turut sama bergetar mengikut alunan irama lagu Permata Yang Dicari oleh UNIC (lagu feveret yer). 


To my wife...
  • Awak ingat lagi first time mata saya melihat awak angkat dulang yang kotor bekas saya makan dari ruang tamu masuk ke dalam rumah?
  • Awak ingat lagi first time saya panggil awak dengan gelaran AWAK..?
  • Awak ingat lagi first time awak bagi saya kurma dan air sirap sambil tangan awak mengigil-gigil.? (Saya perasan) Hikhikhik
  • Awak ingat lagi first time awak mesej saya supaya berhati-hati naik kereta balik ke Kuantan?
  • Awak ingat lagi first time saya call awak terus bincang pasal barang-barang hantaran? Macam tak sabor je kan? Hahahaha
  • Awak ingat lagi segalanya....??
  • Dan yang pasti saya ingat lagi. Kesemuanyaaaa.......
Ya...!!! Kesemuanya I ingat yer. Jangan nak lupa-lupa sangat yer. Event anak dah satu dan dah besar tu, tak kan I lupa hokaayyy....!!!! Hahaha.. Orang kata la 'Permata yang ku cari telah ku temui, Pasti ku jaga sepenuh hati, Sampai ke mati" Gituuuuuuuu..!!!!

With Love Soooo Much....!!!!
Papaglamz

-sekian-

3 ulasan:

  1. Mesti gelabah sangat sampai menggigil tangan.. Hehe .. Sweet .. Moga bersama hingga ke jannah. Baby comeeeeei, ibu diaaa pun comeei :D

    BalasPadam
  2. Even papaG... Bukan event... Hahaa

    BalasPadam
  3. sampai tersasul ke Event plak seronoknya si papag ni menaip eh...

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com