Baju Melayu Bersampin Fesyen Avergreen Buat Lelaki

/
0 Comments

Baju melayu tradisional


Assalamualaikum

Baju Melayu Bersampin Fashion Avergreen Buat Lelaki | Bila bercakap tentang baju melayu je, mesti ramai yang cakap ianya hanya baju yang dipakai ketika musim perayaan khasnya ketika Hari Raya Aidilfitri. Tapi bagi PapaG pemakaian baju melayu dalam kalangan lelaki tu bukan hanya ketika hari raya sahaja. Tahu kah korang yang sebenarnya pemakaian baju melayu mempunyai satu nilai yang tersendiri. Terutamanya dalam nilai kesantunan. Pernah PapaG bertanyaka pada golongan wanita tentang pendangan mereka terhadap lelaki yang memakai baju melayu. Ramai yang berkata bahawa lelaki yang memakai baju melayu ini nampak lebih 'sweet' dan ala-ala lelaki yang baik-baik gitu. Tapi harus bersesuaian dengan keadaan la dalam pemakaian baju melayu ni kan?

Sejak zaman berzaman baju melayu kini melalui proses perubahannya yang tersendiri. Jika tahun lepas kita di gegarkan dengan baju melayu hipster yang viral dimedia-media sosial. Inovasi dalam fashion baju melayu yang mengetengahkan elemen-elemen modern dalam baju melayu itu sensdiri. Tapi, bagi PapaG pemakian baju melayu ini adalah lebih manis dan mempunyai nilai estetika yangtersendiri jika ianya adalah baju melayu tradisional. 

Antara gambar PapaG berbaju melayu

fesyen-terkini-baju-melayu

fesyen-terkini-baju-melayu

fesyen-terkini-baju-melayu

fesyen-terkini-baju-melayu

fesyen-terkini-baju-melayu

PapaG sendiri, dalam almari banyak koleksi baju melayu yang menjadi kegemaran PapaG. Kalau dikira ada dalam 20 pasang jugak la. Tapi termasuk yang dah tak muat. Hehehe. Ya..!! PapaG suka berbaju melayu. PapaG memakai baju melayu for sure masa nak solat samada di rumah atau di surau. Dan kadang kala pegi shopping pun pakai baju melayu jugak yer. Pakai melayu sambil lipat tangan sampai ke lengan. Terasa amat-amat stylo. Hahahaha. #Perasan. 

Tak kira la perasan ke ape ke. Yang penting PapaG sangat suka berbaju melayu. Dah nak raya ni. Nak cari baju melayu warna apa pulak ek? hikhikhik. Nak study dulu la apa trend warna dan gaya baju melayu untuk tahun 2016 ni.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags:


You may also like

Tiada ulasan: